Tuesday, February 19, 2008

Lain-lain Produk Residual yang Dapat Dijual Bersama Novel HP PTS-METADOME-HOTLINK

Apabila novel saudara dapat dibeli dan dibaca menggunakan telefon HP, maka akan terbukalah peluang menjual produk-produk sampingan kepada pengguna HP yang membeli novel saudara itu. Antaranya:

1. Lagu tema novel.

2. Wallpaper daripada ilustrasi dalam novel.

3. Poskad dan kad ucap selamat berdasarkan tema dan watak utama dalam novel. 

4. Voice-SMS berdasarkan tagline kata-kata watak utama dalam novel, ataupun bacaan puisi dan pantun dalam novel.

5. Ringtone lagu tema novel.

Sebagai penulis, semua lima produk sampingan itu boleh menjadi sumber wang yang lumayan dengan syarat saudara memasukkan elemen-elemen itu dalam karya saudara.

Ini bermakna saudara perlu kekal memegang hakcipta karya saudara itu. Jika saudara sudah menjual hakcipta saudara kepada penerbit, saudara tidak mendapat sebarang manfaat kewangan lagi daripada karya saudara itu. 

Kita tidak pernah membayangkan akan wujudnya peluang-peluang baru yang muncul dengan terciptanya teknologi yang membolehkan karya sastera dijual menggunakan telefon HP. 

Disebabkan hal itu, para penerbit buku tidak memasukkan dalam dokumen perjanjian penerbitan klausa-klausa berkaitan hak-hak mengeksploitasi sesebuah karya bagi membolehkan produk-produk residual seperti lagu tema, voice-SMS, greeting card, wallpaper, dan ringtone.

Para penulis pula tidak terfikir mahukan supaya klausa-klausa yang berkaitan hakcipta produk-produk residual itu mengambilkira hak-hak mereka sebagai pencipta produk utama yang dieksploitasi.

Sebagai penulis, kita pun tidak dapat membayangkan produk-produk residual yang bagaimanakah lagi bentuk dan rupanya yang mungkin dicipta oleh kelompok teknologi dengan mengeksploitasi karya sastera.

Malah, para peguam yang pakar dalam bidang harta intelek dan hakcipta sekalipun sentiasa berada di belakang aktiviti dan kreativiti kelompok teknologi dan para pembangun produk-produk residual yang begitu cepat berkembang.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Isu Rambut Perempuan dan Unsur Seksual Previous entry: Isu 'Rambut Perempuan' dalam Foto dan Lukisan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: