Friday, December 22, 2006

LAN dan “Dr.” Palsu

Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sudah membuka pendaftaran semua warga Malaysia yang memegang ijazah PhD. Ini dapat membantu masyarakat menyemak Dr.-Dr. palsu yang sekarang banyak berkeliaran dalam pasaran pelbagai produk.

Daftar ini berguna kepada penerbit disebabkan memang ada penulis yang menggunakan "Dr." dan "Ph.D." pada nama mereka dengan niat memberi gambaran palsu tentang kelayakan akademik mereka.

Penipuan yang dilakukan oleh penulis itu dapat merosakkan nama baik syarikat, suatu kerugian yang sangat serius implikasinya.

Pembeli dan pembaca yang tidak memiliki pendidikan tinggi dapat diperdaya oleh Dr.-Dr. palsu ini dan jualan buku mereka tinggi. Dari satu sudut, penulis Dr. palsu itu untung dan penerbit pun untung.

Jika buku-buku Dr. Palsu itu laku sampai diulangcetak berkali-kali, di manakah risikonya kepada penerbit?

Apabila sesebuah penerbit itu sudah ketahuan menerbitkan buku-buku yang ditulis oleh Dr. palsu, penulis-penulis yang berkelulusan tinggi dan profesional tidak mahu menerbitkan karya mereka dengan penerbit yang sama. Justeru, payahlah bagi si penerbit hendak mendapatkan penulis-penulis yang memiliki Ph.D. sah dari universiti-universiti ternama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(27) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi Masuk Lautan Biru Previous entry: Bestseller Kekal Bestseller
alang kelana  on  12/22  at  08:36 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, tuan-tuan & puanpuan,

Saya petik kata-kata Sahabat Nabi & Khalifah, Ali bin Abu Talib (r.a): “Jangan lihat pada orang yang berkata, tetapi lihatlah kepada kata-katanya.”

Jika di’applikasi’ kepada situasi ini, jika “dr’ palsu sekali pun yang menulis buku, tetapi kandungan bukunya itu membawa kebaikan dan memberi manafaat kepada orang lain, tidak salah buku itu diterbitkan.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  08:52 AM

Sheikh, tuan-tuan dan puan-puan,

Perbuatan memberi gambaran palsu adalah perbuatan berdusta, menipu, ia salah satu ciri orang munafiq. Orang munafiq tidak boleh diambil sebagai saksi, wali, ketua, hakim, imam, apatah lagi rakan niaga. Duit yang diperoleh daripada jualan buku-buku yang ditulis oleh pendusta, penipu… apa hukumnya? Kita tanya dulu apa fatwa sahibussamahah Tun Dr. Kang Razzi….

zalisa  on  12/22  at  08:55 AM

buku memeng tidak salah diterbitkan. tetapi perbuatan menipu mempunyai implikasi yg amat besar kepada penyampai dan orang yg disampaikan ilmu itu.

‘amat besar kemurkaan Allah kepada orang yang berkata tetapi tidak melakukan’

Maksud saya, apabila menulis yang bagus2 janganlah menipu. Jaga peribadi. tidak mengapa orang tahu kita tidak ada Dr. di awal nama. Yang penting apa yang kita tulis itu baik2 dan benar2 belaka. insyaAllah orang tetap terima.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  09:00 AM

Kalaulah Dr. palsu itu tahu betapa azabnya menyudahkan PHD (Permanent Head Damage) pasti dia tidak sewenang-wenangnya menggunakan gelaran itu. Phd bukan seperti anugerah Datuk yang diberikan (Datuk goyang-goyang, Datuk kawan pergi dangdut, main golf etc.)

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  09:48 AM

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita selalu mendengar hujah “perkara itu ada baiknya takkan tak boleh buat.”

Prinsip lain, logik “ada baiknya” lain.

Industri arak banyak baiknya, yang terang dan jelas, ia mencipta peluang pekerjaan. Tapi ini isu “prinsip”. Quran kata arak itu haram. Semua aktiviti yang berkenaan arak adalah haram. Noktah.

Memberi gambaran palsu adalah haram. Justeru, membuat keuntungan dengan cara memberi gambaran palsu adalah haram. Noktah.

Raja Tan Sri Dr Rastom  on  12/22  at  10:27 AM

Pernah ada Dr palsu pegang jawatan tinggi kerajaan. Bila terbongkar, dia undur sambil tunduk tunduk kepala. Ada dalam beberapa jabatan kerajaan juga Dr Dr yang tidak ketahuan apa kepakaran khususnya, entah dibelinya PhD, tetapi bila pulang layak pula naik pangkat. Adakah kerajaan kita suka melayan penipu?

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  10:44 AM

Dr. Rastom,

Ini pengalaman peribadi saya. Kalau dalam majlis ilmu, orang suka panggil saya “Dr. Ainon” agaknya sebab saya tulis banyak buku. (Buku dikaitkan dengan Dr.-Dr.)

Mula-mula saya kata, “Saya bukan Dr.” tapi sekarang dah letih dah cakap macam itu. Lama-lama saya diam sajalah. Yang penting saya tidak tulis “Dr.” atau PhD beserta nama saya.

Kalau dalam majlis masyarakat, orang suka pangil saya “Datin”. (Barangkali mereka tak sedap hendak panggil saya dengan panggilan ‘kakak’ ataupun ‘makcik’ sebab saya isteri profesor) Mula-mula dulu saya akan beritahu, “Minta maaf, saya bukan datin.” Lama-lama saya diam sajalah. Tapi saya tidak tulis “datin” dengan nama saya.

Inilah faktor yang menyebabkan saya tulis nama saya di mana-mana lengkap dengan gelar “Puan” sahaja!

Yang Benar,
Toh Puan Tengku Dr. Ainon.

Raja Tan Sri Dr Rastom  on  12/22  at  11:27 AM

Bagaimana agaknya kalau buku saya meletup dengan nama yang saya gunakan contoh:

Tajuk Buku: Ke Puncak Gemilang Terbilang
Penulis: Dr Palsu
Harga: Ikut Kemampuan (macam tambang teksi di kampung2, “bagi sajalah berapa pun”.
Halaman: 300ms

alang kelana  on  12/22  at  12:53 PM

Em, oh ya, ada satu lagi yg guna “dR”...ingakah kita suatu masa dulu ada seorang penyanyi, nama dia…

“dR Sam” ??

yang teringat,
As-Sheikh Brother Alang Kelana (dulu: Bidara) As-Sudani

Kang  on  12/22  at  01:01 PM

Topik yang saya tunggu-tunggu akhirnya ditulis oleh Mbakyu dan didedahkan di TV. Memang sudah lama saya ‘berjuang’ cuba membenteras Dr. Ayam ini. Menyakitkan mata dan hati.

Mula-mula dalam industri MLM—MasyaAllah, ramainya Dr. Ayam. Sesedapnya saja mereka meletakkan “Dr.” di depan nama. Cara saya mengesahkan sangat mudah. Saya tak terus tanya, “Doctorate di mana?” sebaliknya tanya, “Master di mana?” Mereka sudah sedia dengan jawapan di Universiti mana mendapat PhD (biasanya “Neverheard University”) tetapi tak pernah bersedia dengan jawapan di mana mereka mendapat “Master”. Bahkan yang amat pelik, ramai yang tidak tahu “Master” adalah anak tangga sebelum sampai ke PhD. Lebih kelakar lagi ramai yang tak tahu bahawa PhD itulah yang diperlukan untuk menjadi “Dr”.

Satu lagi cara mengesan adalah melalui “bahasa tubuh” (body language). Kalau sambil menjawab, matanya beralih ke tempat lain, atau tiba-tiba menggaru bahagian yang tak gatal, apa mesejnya?

Satu lagi, “Dari buah kenal pokok” (atau sebaliknya)—kalau ideanya, kata=katanya, bukunya macam sarkis, memang sah Dr. Ayam.

Betul atau tidak kata bijaksana, “Mereka yang ada sedikit akan menunjuk banyak”? Para Dr. Ayam ini akan bermati-matian menonjolkan diri mereka sebagai Dr., hatta sampaikan baru-baru ini terlihat di dalam syarikat MLM, ada yang menyulam nama Dr. Ayam pada baju mereka, sedangkan Dr. sebenar pun enggan meletakkan perkataan “Dr.” pada tanda nama mereka. Mereka malu. Dr. Ayam tak pernah malu.

Pelik? Memang pelik, mengapa mesti meletakkan “Dr”? Ia sama-sekali bukan faktor pelaris. Mereka perasan boleh melariskan tetapi hakikatnya meleset sangat jauh.

Kisah benar: Ramai yang bulat-bulat percaya dengan gelaran: “Tun Dr. Kang Razzi Armansur”. Mesejnya: masih ramai yang boleh dibohongi dan selagi ada yang boleh ditipu selagi itulah akan ada penipu. Kini wabak Dr. Ayam ini merebak ke dalam dunia penulisan dan hiburan.

Nota: Saya bukan menipu meletakkan gelaran itu tetapi memperli Dr. Ayam.

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  01:15 PM

Tan Sri Kang,

Bagi penerbit, kita mesti hati-hati dengan Dr.-Dr. Palsu ini. Sebabnya, kalau ketahuan ada SATU orang Dr.Palsu yang kita terbitkan bukunya, habislah kredibiliti kita sebagai penerbit.

Katakanlah, kita terbitkan buku Dr. Hang Jebat (palsu), nanti lain kali, kalau kita terbitkan buku Dr. Betul yang namanya Dr. Hang Kasturi, orang takkan percaya Dr. Hang Kasturi itu Dr. Betul. Orang akan kata semua penulis kita Dr.-Dr. Palsu belaka.

Bukan itu sahaja, bila kita terbit buku Dr. Palsu, habis Dr.-Dr. yang sah tidak mahu terbitkan bukunya dengan kita sebab mereka takut diasosiasikan dengan Dr. Palsu itu.

Cakap fasal tanda-tanda kepalsuan kedoktoran seseorang, memang banyak. Tengok warna kotnya pun kita sudah tahu. Mana mungkin ada Dr. Betul masuk TV memakai kot warna kuning raja ataupun merah jambu menyala?!

Kang  on  12/22  at  02:07 PM

Hahaha… Dr. Hang Jebat… seakan ku

Kang  on  12/22  at  02:12 PM

Hahaha… Dr. Hang Jebat… seakan kukenal siapa yang dimaksudkan.

Teka-teki: Dalam ribuan Dr. di Malaysia ini, dalam 25 juta rakyat Malaysia siapakan yang kadang-kadang (hanya kadang-kadang) muncul di TV dengan kot warna pelik belaka? Paling lucu warna merah jambu. Siapa?

Clue: Dia suka menjawab, “Dia gini, dalam apa jua pun kita kena berilmu…” Itu budak Tadika pun tahu—apa pun kena berilmu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  02:43 PM

saya tahu siapakah yang dimaksudkan. tapi betulkah dia dr palsu? musykil2. jika betullah dia doktor palsu, malunya orang komunikasi. kerana dia ada tulis buku komunikasi. tak tahulah mengapa kita mesti berbohong untuk popular?

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  03:10 PM

Puan Saridah,

Puan sudah tengok kulit buku puan dalam web PTS? Klik dalam “buku akan terbit”.

Tahniah! Hilang rasa penat Sifu memberi ilmu. Sekarang Sifu dan semua staf PTS tumpang dapat pahala daripada karya puan. Yang mengedit, yang menjual, yang menyusun masuk kotak, yang pandu lori hantar buku ke kedai, semua tumpang berkat!

Bab Dr. Palsu itu, saya pun tulis buku komunikasi juga, walaupun saya bukan lulusan jabatan komunikasi. Tapi saya tidak letak “Dr.” di depan nama saya. (Dr. saya kantoi, tidak siap, saya buat separuh jalan di UPM.)

Raja Tan Sri Dr Rastom  on  12/22  at  03:38 PM

Siapa agaknya Dr. yang dimaksudkan itu. Dalam senarai ahli PDPM (Persatuan Dr Palsu Malaysia) yang baru saya kemakinikan selaku Setiausaha, tak jumpa pun yang berkot warna kuning raja ataupun merah jambu menyala, yang ada pakai kot warna merah hanya Dr L. Ramlee penyanyi 60’an lagu Ayahku Kahwin Lagi…..siapakah Dr itu ya?

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  03:46 PM

DR. RASTOM,

Dr. L. Ramlee itu ada merakamkan satu lagi lagu. Tajuk lagu itu “Kak Enon Janda Muda”!

Korus lagu itu bunyinya begini…

“Kak Enon janda muda!
Kak Enon janda kaya!”

Hmm… dulu betul, sekarang dak lagi!

rastom  on  12/22  at  04:04 PM

Hahahaha! Sekarang lain korusnya, walaupun L Ramlee masih belum diluluskan lesen memandunya, masih L lagi…..tambah korusnya
“Mak Enon ber(anak) dara, untung besar jadi menantunya” grin

panaharjuna  on  12/22  at  04:09 PM

Alamak!, saya baru berniat hendak menggunakan semula nama samaran lama saya, Paduka Amok. Sebenarnya nama samaran Paduka Amok ini saya guna dah terlalu lama, tetapi masa mula-mula menggunakan nama itu, saya tidak berniat seperti hendak menggunakan pangkat Dato’ dan sebagainya, hanya sebagai satu “pemboleh ubah” yang mewakili diri saya didalam karya saya.Hmmm, nampaknya kena fikir baliklah hendak guna nama samaran ini…

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  04:13 PM

Sdr Panaharjuna,

Sdr boleh gunakan gelaran Dato’ itu, asalkan jangan digunakan bagi tujuan menipu orang supaya membeli buku saudara. Saya suka nama samaran Dato’ Paduka Amok itu! Garang bunyinya…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  11:07 PM

Terima kasih puan. Akhirnya terbit juga buku saya. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari gurunya siapa lagi…..? Buku itu saya jadikan pembakar semangat bagi menghasilkan buku seterusnya….insyaAllah. Tahun 2007, tahun produk menghasilkan karya2 seterusnya….

alang kelana  on  12/23  at  01:33 AM

Gelaran Untuk Tuan Rastom =Tan Sri Datuk Dr Panglima Garang Harimau Berantai.. bolehkah? smile

alang kelana  on  12/23  at  01:34 AM

Semoga buku travelogue saya akan terbit tahun 2007 nanti, ye Puan Sifu..??

Puan Ainon Mohd.  on  12/23  at  05:28 AM

Sheikh,

Saya sudah serahkan projek travelogue sheikh kepada En. Fauzul. Pandai-pandai mengampu beliau! Hahaha… Beliau suka diampu!

Sudah siap menyemak semula perkara-perkara yang ada dalam feedback Tuan RASTOM?

Apabila En. Fauzul sudah ok, beliau akan serahkan kepada editor. Pada waktu itu pandai-pandai mengampu editor. Editor2 teks PTS cun-cun belaka.

mba  on  12/23  at  07:05 AM

Tuan-tuan dan Puan-puan;

Seronok saya membaca pelbagai catatan di sini mengenai “Dr.” yang rata-ratanya merujuk kepada pemegang ijazah PhD (Doktor Falsafah) sahaja. Lantaran itu perlu ditanya di mana Master diperolehi dan sebagainya.

Di zaman dahulu kala, semasa saya memperoleh ijazah sarjana muda, ramai kawan-kawan saya terus ditawarkan untuk membuat PhD, tanpa melalui ijazah sarjana. Kebanyakan mereka sekarang bekerja di universiti atau institut penyelidikan. Ini adalah pelajar yang amat cemerlang dalam ijazah pertama mereka.

Kemudian, kelompok lain yang saya rasa agak kurang cemerlang sedikit, ditawarkan membuat MPhil (Sarjana Falsafah), kemudian barulah boleh membuat penyelidikan untuk PhD (tanpa menghadiri kelas PhD).

Kemudia daripada itu, memang ada sekelompok lagi manusia yang tidak memerlukan sarjana atau PhD untuk mendapat gelaran Dr., tetapi memadai dengan ijazah sarjana muda sahaja. Mereka ialah pemegang ijazah sarjana muda perubatan, sarjana muda perubatan dan pembedahan dan yang setaraf dengannya. Inilah manusia yang sebenar-benarnya bergelar Doktor (Dr.). Bagi Dr.-Dr. lain samada palsu atau tidak, semuanya tidak boleh berikan “cuti sakit” dan dianggap palsu dan mengada-ngada sahaja gelarannya oleh Dr. dari golongan ini.

Persoalannya mengapa jawatan “pegawai perubatan” dengan gelaran Dr. telah dikelaburi dengan gelaran Dr. dari pemegang PhD?. Saya rasa di luar negara, hanya Dr. perubatan sahaja tang bergelar Dr. sedangkan pemegang PhD hanya meletakkan PhDnya selepas nama.

nota: Dalam dunia perubatan, “Dr.” adalah lebih rendah martabatnya berbanding dengan “Mr.”. Sebab itu doktor pakar, khususnya pakar bedah akan mencampakkan gelaran Dr. dan memakai gelaran Mr. sahaja.

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: