Monday, May 08, 2006

Lantai T. Pinkie

Dalam ceramahnya yang bertajuk "Nilai Ekonomi Bakat Sastera" pada 10 Julai 1994, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said memberitahu hadirin, jumlah royalti dan honorarium daripada karya dramanya Lantai. T. Pinkie yang telah diterimanya sudah melebihi RM100 ribu.Setiap kali dramanya dipentaskan oleh mana-mana pihak, beliau menerima honorarium. Pada suatu masa dramanya itu pernah dipentaskan oleh 5 pihak dalam musim yang sama.

Jumlah honorarium yang diterimanya bergantung kepada dana pihak penerbit. Ada penerbit yang membayar RM15 ribu, ada yang membayar RM 2 ribu, manakala ada yang membayar RM500 sahaja.

Baru-baru ini beliau mendapat tawaran daripada penerbit drama TV supaya menulis 13 sinopsis siri sambungan kisah hidup T. Pinkie dengan bayaran RM5 ribu bagi setiap sinopsis, tidak termasuk bayaran untuk menuliskan skripnya.

Beliau juga memberitahu pada masa ini pendapatan tahunannya dari royalti dan honorarium adalah antara berpuluh-puluh ribu dan lebih RM100 ribu setahun, dengan honorarium kemunculan di khalayak dalam majlis baca puisi, ceramah dan tetamu undangan khas menjadi sumber pendapatan yang lumayan.

Pendapatannya daripada royalti dan honorarium membolehkan beliau membeli 3 buah rumah, di Subang Jaya, di Ampang dan di Bangsar, menyara 2 orang isteri dan menyekolahkan anak-anaknya tanpa biasiswa.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dato' Johan Jaaffar Previous entry: Posisi Pengarang Omnipotent: Prinsip Surah Yusuf
Norhisham  on  07/11  at  09:31 AM

Asalamualaikum, terdengar khabar katanya DBP sudah setuju memulangkan hakcipta semua karya A. Samad Said kepadanya. Katanya ia dipersetujui oleh Dato Johan sendiri. Baik juga hati DJJ ni….
——-

Umi  on  07/11  at  12:04 PM

Bagus juga pendapatan seorang sasterawan ya! Beliau usia sudah 70 tahun lebih, tapi pendapatan masih 100 ribu setahun, pegawai kerajaan pencen pun tak dapat sebanyak itu.

wan a. rafar  on  07/11  at  03:47 PM

Tengoklah siapa orangnya dan sudah berapa lama dia mengharungi pahit manis kehidupan sebagai seorang insan dan sebagai seorang penulis, sebelum sampai tahap sekarang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: