Laporan Bengkel En. Martias
Peserta macam tidak percaya apabila En. Martias tiba di bilik kuliah, lalu beliau mencadangkan bengkel dibuat di tempat makan!
Maka kami pun beramai-ramai turun lalu pergi ke Restoran Anwar, maka di situlah bengkel dijalankan sehingga jam 1.15 petang. Maka tuan punya dan para pelanggan restoran pun terpinga-pingalah melihat 16 orang sibuk mengambil nota apabila En. Martias bercakap.
Terbukti bengkel yang dibuat gaya kedai kopi itu lebih efektif.
Kepada semua yang hadir jangan lupa hantar 'tag-line' segera kepada Sifu!
Terima kasih banyak-banyak, En. Martias, atas ilmu yang dicurahkan kepada kami.
Pantun untuk En. Martias:
Naik sampan membawa peti,
Berisi gula dengan ramunya.
Orangnya tampan dan baik hati,
Bertambah pula bagus ilmunya.
.
.
Maka kami pun beramai-ramai turun lalu pergi ke Restoran Anwar, maka di situlah bengkel dijalankan sehingga jam 1.15 petang. Maka tuan punya dan para pelanggan restoran pun terpinga-pingalah melihat 16 orang sibuk mengambil nota apabila En. Martias bercakap.
Terbukti bengkel yang dibuat gaya kedai kopi itu lebih efektif.
Kepada semua yang hadir jangan lupa hantar 'tag-line' segera kepada Sifu!
Terima kasih banyak-banyak, En. Martias, atas ilmu yang dicurahkan kepada kami.
Pantun untuk En. Martias:
Naik sampan membawa peti,
Berisi gula dengan ramunya.
Orangnya tampan dan baik hati,
Bertambah pula bagus ilmunya.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

botox?? mmmm… Boleh percayakah? susuk???...ei.. takutlah… pembedahan plastik?
mana satu pilihanku… TUNGGU!!!!
Kisah penyesalan seorang perempuan selepas membuat final desicion antara tiga perkara di atas. Jeng! jeng! jeng…
——-
Assalamualaikum,
Terima kasih Puan kerana memberi dan menunjukkan satu lagi sumber pendapatan kepada saya. Terima kasih juga memberi peluang untuk saya menuntut ilmu baru.
Terima kasih kepada Encik Martias atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan.
Assalamualaikum Puan Sifu,
Terima kasih Puan kerana membuka satu peluang baru untuk para penulis PTS.
Terima kasih En Martias kerana sudi menjadikan kami bahan uji di makmal drama dan showbiz Tuan. Semoga Allah membalas kebaikan Tuan dengan kebaikan yang lebih lagi untuk Tuan dan keluarga Tuan.
Assalamualaikum,
Suka hati saya mendengar perkhabaran di atas.
Jadi bila agaknya pengambilan ‘batch’ kedua bagi bengkel skrip ini.
.
Maaf, tidak ada batch kedua.
Assalamualaikum,
Nampaknya hilang peluang kami nak menjadi barisan pelapis bagi program penulisan skrip.
Mungkin Puan Sifu sendiri yang menganjurkan pada kali ini.
Saya masih mengingati kata-kata Puan Sifu “Bengkel kita ini, ibarat Masjid tidak ada had bilangan bagi orang yang ingin bersembahyang”.
Saya berharap semoga lebih banyak peluang Puan buka bagi memastikan lebih banyak skrip yang syariah complaint dijadikan drama bagi santapan generasi muda khususnya.
Assalamualaikum,
Terima kasih Puan Ainon kerana membuka peluang dan ruang. Terima kasih Encik Martias kerana menurunkan ilmu yang bukan mudah diperoleh daripada mana-mana penulis skrip.
Semoga sembang-sembang di restoran itu bakal membuahkan hasil yang penuh khasiat pastinya.
...Semoga ‘tandatangan mati’ yang puan ungkapkan itu bakal menjadi realiti.. Terima kasih.
.
Doa guru adalah makbul. Amin!
Post a comment