Laporan dari Bangkok 2
Buku-buku bisnes yang diterjemahkan ke dalam bahasa Thai dan laku keras adalah:
1. Buku-buku yang ditulis oleh nama-nama besar dan best-sellers dalam bahasa asalnya.
2. Buku itu sederhana tebalnya, yang dapat dijual antara Bhat200 - 300 (RM20 - 30). Contoh: Buku 8 Habits oleh S. Covey yang dijual Bhat300.
Nampaknya, seperti di Indonesia, buku-buku bisnes adalah kategori yang laku di Thailand.
.
.
1. Buku-buku yang ditulis oleh nama-nama besar dan best-sellers dalam bahasa asalnya.
2. Buku itu sederhana tebalnya, yang dapat dijual antara Bhat200 - 300 (RM20 - 30). Contoh: Buku 8 Habits oleh S. Covey yang dijual Bhat300.
Nampaknya, seperti di Indonesia, buku-buku bisnes adalah kategori yang laku di Thailand.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Nampaknya ada kesamaan di Malaysia. Buku bisnes pun agak laju di Malaysia (kedua-dua bahasa, Melayu dan English). Menurut Presiden Arief, punca sebenar pesatnya industri buku di Thailand dan Indonesia ialah kerana mementingkan 1) bahasa Ibunda 2) kebebasan media.
Kalau di Thailand agak trendy—menurut Mbakyu, tahun depan akan berubah ke arah cerita hantu, dan juga pelancongan, kita teringin hendak tahu berapa lama perubahan trend tersebut. Berapa lama boleh bertahan.
Hanya pendapat dan pemerhatian hamba yang daif ini, di Malaysia selalunya antara 10 hingga 15 tahun. Sebelum novel cinta sekarang ini adalah “cerita hantu” yang apa saja cerita asalkan ada hantu di dalamnya (tak kira seram atau sebaliknya), pasti laku keras. “Bersembang dengan Jin”, “Berborak dengan Jin” yang penuh khurafat dan tahyul itulah yang menjadi kesukaan.
Selepas itu barulah novel cinta.
Di dalam industri muzik pun begitu. Dari rock, dangdut, nasyid, semuanya bertahan lebih kurang selama 10 hingga 15 tahun.
Pada pendapat saya yang daif ini, “titik permulaan atau pengakhiran” ialah bila ada yang mula merosak dan membawa sikap “mee segera”.
——-
Tan Sri Kang,
Seperti Tan Sri, saya pun meramalkan trend produk-produk komersial bertahan antara 10 - 15 tahun sahaja. Ataupun mungkin kurang.
Salah satu faktor yang penerbit jarang ambil kira adalah product behavior. Ambil kes novel yang sudah ‘lost it’s magic’, meminjam istilah En. Norden Alaf21.
Novel adalah produk yang dibeli, disimpan, dan dapat dibaca oleh generasi berikutnya. Jadi kakak yang membeli novel cinta, adiknya akan membaca novel yang sama tanpa membelinya.
Ini adalah salah satu faktor yang menurunkan jumlah pembeli secara natural, walaupun jumlah pembacanya meningkat!
Dari sudut analisis pasaran, kita perlu membuat anggaran berapa besar saiz peminat jenis-jenis fiksyen. Setiap jenis fiksyen ada peminatnya sendiri. Jadi, peminat novel cinta tidak semestinya meminati novel horror.
Kita perlu membezakan jumlah pembeli dengan jumlah pembaca. Satu buku dibeli oleh satu orang, tetapi yang membacanya mungkin lebih sebab buku itu dipinjamkan kepada orang lain.
Katakanlah, peminat novel cinta ada 200 ribu orang, ini tidak bermakna kita dapat menjual 200 ribu naskhah.
Kek 200 ribu itu dikongsi oleh banyak penulis dan penerbit. Sehingga 6 bulan yang lalu, jumlah judul novel cinta yang terbit setiap bulan adalah antara 15 - 20 judul! Inilah faktor utama yang merosakkan pasaran novel cinta.
“Ada orang kata “Cinta Itu Buta”.
Tetapi sekarang kita mungkin akan bertanya: “Adakah orang yang berniaga novel Cinta juga buta?” (buta=buta mengenai product behaviour)
Maaf jika soalan ini sedikit keras….
Post a comment