Laporan dari Pesta Buku Bangkok (1)
Presiden PTS, En. Arief Rahmad, baru pulang dari mengetuai delegasi MABOPA ke Pesta Buku Antarabangsa Bangkok 2007.
Pesta itu dirasmikan oleh Puteri kepada Raja Bhumipol dan Ratu Sirikit. Majlis ringkas perasmian selesai dalam masa 40 minit tepat.
Selepas itu Sang Puteri menghabiskan waktu lebih 3 jam melawat gerai-demi-gerai buku dalam dewan pesta. Sang Puteri itu sendiri adalah peminat buku, dan juga penulis buku kanak-kanak yang terkenal.
Dalam ucapannya, Sang Puteri mahukan supaya lebih banyak perpustakaan kampung dibina bagi membolehkan penduduk kampung seluruh Thailand membaca buku.
Dalam majlis itu, En. Arief mewakili Malaysia menyampaikan cenderamata buku-buku terbitan Malaysia kepada Sang Puteri.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah sekali lagi untuk Presiden Arief dan PTS. Sayap makin berkembang, InsyaAllah. Makin luas jajahan penerokaan, InsyaAllah.
Sang Puteri Siam meminati buku dari hatinya. Kalau pihak tertinggi begitu sekali minatnya, tak hairanlah industri buku kita tertinggal 20 tahun di belakang Thailand.
Bolehkah Sang Menteri kita meminati buku dan ilmu, datang dari hati, bukan kerana ia sebagai peluang? Peluang di sini maknanya peluang apa saja.
Bolehkah Sang Menteri kita mempunyai perpustakaan di rumah kerana minat dan ilmu bukan kerana imej? Berapa ramai Sang Menteri yang boleh menjadi ulat buku seperti bekas Menteri kita—Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
——-
Tan Sri Kang,
DS Anwar Ibrahim ada di Dubai ketika ini dan inshaAllah akan bertemu beliau dari 3 hingga 5 petang waktu Dubai. Banyak perkara yang mahu dibincangkan, dan saya turut membawa beberapa tokoh korporat Arab tempatan yang meminati karisma beliau.
Semalam beliau ada memberi ulasan mengenai seorang menteri yang dikatakannya, ‘jangan layan orang yang tidak berpelajaran’.
Secara peribadi, saya masih saja, sama ada benar atau salah, mengganggap beliau ‘our best PM that we never had’, malah tidak kering gusi kalau duduk bersembang dengan beliau.
Sekian.
Nota Sifu: Jika ‘jangan layan orang yang tidak berpelajaran’ itu ditujukan kepada orang yang tidak mempunyai pelajaran formal, pada pendapat saya yang dhoif ini, sifat ‘tidak mempunyai pelajaran formal’ adalah salah satu sifat Nabi Muhammad. Sang Menteri itu tahukah implikasi kata-katanya itu!
Saya rasa dia merujuk kepada mereka yang tidak belajar dan tidak mahu belajar. Bukan apa, sejak kebelakangan ini, banyak sangat ayat tidak berpelajaran dan ayat kurang ajar keluar dari mulut mereka yang berkenaan.
Terutamanya ayat yang merujuk kepada blog. Saya terasa juga, sebab laman web saya adalah blog (berasaskan Wordpress).
Puan Sifu,
Saya hendak bertanya. Kalau buku-buku PTS dipasarkan di 3 wilayah selatan Thai; Yala, Naratiwat dan Patani; bolehkah?
Nota Sifu: Cuba call En. Zaharin 012 236 5460.
Post a comment