Laporan dari Tuan Roslan Isa
Assalammualaikum.
Kali ini laporan selepas saya berdiskusi di Perpustakaan Negara Malaysia, alang-alang sudah dekat dengan Bernama, saya terus menghubungi Tuan Haji Saiee Driss selaku Editor Berita di Radio 24, yang saya panggil Tuan Haji. Beliau ada di pejabat. Alhamdulillah.
Pada kunjungan itu, beliau berasa seronok dengan kunjungan yang dinantikan itu. Ia kerana mereka akan mengadakan perubahan slot bermula 1 Mei 2008. Hasil perbincangan adalah seperti berikut:
Hari slot: Setiap hari Sabtu ataupun Ahad
Masa: 2.00 - 3.00 petang
Tetamu: Penulis daripada pelbagai genre, kini semua penulis di bawah anak syarikat PTS berpeluang membicarakan buku masing-masing.
Tuan Haji Saiee Driss berasa gembira dan memuji kerjasama luar biasa dari PTS. Beliau menegaskan nama PTS sentiasa disebut dalam mesyuarat pengurusan mereka kerana penulis kita sering ke udara. Sehingga menampakkan seperti Tuan Haji yang merancang segalanya. Namun beliau pula menerangkan, penerbit lain juga diberitahu bagi mengisi slot itu, tetapi dari awal hanya pihak PTS yang berusaha keras dan gigih mempromosi buku dan penulis. Penerbit lain seperti tidak berminat dan kadangkala menghantar bahan yang kurang memuaskan dan tidak konkrit atau meyakinkan. Terasa bangga seketika....![]()
Mereka juga akan menjadualkan slot mengikut tema yang sudah disusun. Antara tema yang beritahu adalah:
Hari Kebebasan Akhbar: 3 Mei
Hari Ibu: 11 Mei
Hari Belia: 12 Mei
Hari Guru: 16 Mei
Hari Tanpa Tembakau: 31 Mei
Bagi editor setiap anak syarikat, saya akan cuba buat borang bagi diisikan nama penulis yang mahu turut serta, dan kita cuba sesuaikan dengan tema yang dirancang mereka. Tuan Haji Saiee Driss juga setuju, pasti PTS sudah ada penulis bagi setiap hari itu kerana menerbitkan buku yang pelbagai genre. "Memberangsangkan," katanya yang juga tertarik dengan program M-Book yang PTS lancarkan semasa pesta buku yang lalu.
Tuan Haji Saiee Driss yang juga suka berpantun dan memiliki web pantun iaitu http://pantunonline.com ini berkongsi pengalaman apabila masa slot yang dirancang elok sedari awal, tetapi perlu diubah apabila masalah seperti tetamu memberitahu tidak dapat datang pada saat akhir, lalu terpaksa mencari pengganti pada waktu ad hoc itu. PTS pula sering menepati janji, pujinya lagi.
Itu sahaja laporan saya bagi kali ini. Semoga memberi inspirasi terus semangat bekerja. Sekian, terima kasih.
MOHD ROSLAN MD ISA
Eksekutif PR, Jabatan Pemasaran PTS
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tuan Roslan,
Semangat tuan juga kami contohi. Ini mungkin yang disebut oleh Puan Ainon di Pesta Buku dahulu, bekerja dengan minda perjuangan memandaikan bangsa tingkahnya berbeza dengan bekerja 100% ringgit dan sen semata-mata.
Tuan Roslan,
Mohon huraikan dengan spesifik maksud Tuan “menghantar bahan yang kurang memuaskan dan tidak konkrit atau meyakinkan.”
Mungkin ciri-ciri dan caranya (sebagai ingatan kepada penulis)
Terima kasih dan tahniah sekali lagi!
ZAMRI MOHAMAD
Entri blog dikemaskini http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Terima kasih di atas nilai tambah ‘berfikir seperti rakan kongsi’ yang ditunjukkan oleh Tuan Roslan. Ianya bukan sahaja menguntungkan PTS, tetapi banyak memberikan peluang dan ruang kepada penulisnya untuk terus maju kehadapan.
Terima kasih di atas peluang yang diberikan ketika bersama Radio 24 pada Disember 2007.
http://www.shamsuddinkadir.com
Seperti yang dipinta oleh Tuan Zamri, mohon penjelasan “menghantar bahan yang kurang memuaskan dan tidak konkrit atau meyakinkan.” Ini untuk persediaan di masa akan datang.
Saya juga nak ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya dalam tahun 2007.
Sunthara - 017871944
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
Post a comment