Thursday, June 11, 2009

Laporan Prestasi Jualan Buku di Pesta Buku ReadMalaysia

Foto di atas menunjukkan suasana dalam gerai PTS di Pesta Buku ReadMalaysia, anjuran MINES, baru lalu.

Foto itu menceritakan banyak tentang prestasi jualan buku-buku Melayu umumnya, dan buku-buku PTS khususnya sepanjang pesta itu.

PTS menyewa 12 booth dalam pesta itu. 

Dalam pesta itu booth buku-buku Cina mengisi 50% ruang, manakala buku-buku Inggeris dan Melayu mengisi 50% lagi.

Inilah kali pertama sebuah pesta buku yang bersemnagat 'Malaysia' diadakan, yakni semua buku Melayu, Inggeris dan Cina dipamerkan. 

Sebelum ini MINES hanya mengadakan pesta buku-buku Cina sahaja.

Tahun lalu, 2008, buat kali pertama buku-buku Inggeris dipamerkan apabila MPH mengambil bahagian. Ada maklumat mengatakan MPH rugi teruk pada tahun lalu, di mana kos sewa sahaja adalah RM100 ribu, manakala jualan cuma RM50 ribu. Tetapi pada tahun 2009 ini MPH senyum lebar kerana jualan sangat baik.

Tahun 2009 ini, barulah penerbit buku-buku Melayu ikut mengambil bahagian. Seperti apa yang dialami oleh MPH pada tahun 2008, jualan buku-buku Melayu amat lembap, maklumlah ini adalah kali pertama buku Melayu dipamerkan dalam pesta buku itu.

Menurut Tuan Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Sales PTS, kelembapan jualan buku-buku Melayu berpunca daripada 2 faktor:

(i) Jumlah pengunjung Melayu yang datang ke pesta itu sangat kecil. 

(ii) Orang ramai tidak mendapat maklumat tentang tentang pesta itu.

Jualan buku-buku PTS selama 10 hari pesta itu berjalan adalah RM62 ribu sahaja.

Apa yang menarik adalah, majoriti pembeli buku-buku PTS adalah kaum Cina. Manakala majoriti buku yang dibeli adalah buku-buku fiksyen remaja dan kanak-kanak.

Seperkara lagi, Menurut Tuan Zaharin, walaupun pembeli tidak banyak, disebabkan ruang yang luas dan keadaan yang tidak sesak, pembeli meluangkan masa yang lama dalam booth PTS sambil membuat pilihan. Hasilnya, purata pembelian setiap orang yang datang adalah tinggi berbanding di Pesta Buku PABKL di PWTC baru lalu. Banyak pembeli membeli antara RM100 - RM200.

Bagi Tuan Zaharin, pengalaman yang paling berharga yang dipelajari daripada Pesta Buku ReadMalaysia adalah kesedaran bahawa buku-buku Melayu berpotensi besar memasuki pasaran Cina tempatan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sekeluarga ke UK dengan Wang Royalti Novel PTS Previous entry: Dato' Husam Musa Tertangkap Membeli Buku
Iskandar  on  06/11  at  07:17 AM

Betul kata Tuan Zaharin!

Berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC yang sesak dengan orang ramai, kali ini saya senyum lebar sebab boleh meluangkan masa yang lama di gerai PTS.

Saya belanja lebih daripada RM100. Saya borong buku Andrea Hirata dan buku-buku yang lain.

Bukan itu sahaja, sempat pula tengok desain rak-rak buku PTS untuk cari idea desain rak buku untuk Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim Islamic Relief Malaysia.

Hehehe..

Syalida Rosnan  on  06/11  at  09:37 AM

Assalamualaikum ^_^

Memang tidak dinafikan orang ramai tidak mendapat maklumat tentang pesta itu, mungkin ada yang perasan majlis pelancarannya di TV..mungkin juga tidak…

Saya cadangkan kepada semua penyokong buku-buku PTS, supaya lebih ramai akan sertai PTS di Facebook ^_^ dan jangan lupa ‘link’kan bersama akaun Twitter.InsyaAllah beribu-ribu kawan anda @facebook and @twitter akan dapat info tu nanti ^_^

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/11  at  10:40 AM

Assalamu`alaikum
Saya habiskan sekitar RM 400 di booth PTS sahaja di Read Malaysia. RM 300 pembelian sendiri saya ke sana, dan lagi RM 100 untuk pembelian dikirim melalui rakan saya.

Sebelum ini beli di KLIBF, itupun tidak pergi sendiri kerana pengalaman saya KLIBF terlampau bersesak-sesak dengan ramai orang.

Di Read Malaysia, saya lebih selesa memilih buku, dan diberi layanan mesra dari staf PTS. Saya diberikan kotak untuk mengisi buku yang saya hendak beli, dan saya mendapat diskaun lebih berbanding di KLIBF, hehehe.

Saya fikir tahun hadapan, mungkin sambutannya berganda, insya Allah smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/07  at  11:48 PM

Betul tu, promosi tidak dijalankan secara berkesan.

Saya cadangkan, jadikan pesta buku setiap 3 bulan sekali.

Lokasi

1.  Kajang (Metro Point)
2.  Cheras (Mines)
3.  Bangi (PKNS)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: