Tuesday, December 26, 2006

Laporan Rakan-rakan COP PTS

Sebelum ini, judul entri ini adalah "Mengapa Buku PTS tidak ada di Dalam Kedai Besar"

Sesetengah kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur tidak membawa buku-buku PTS. Situasi ini menyebabkan pembeli merungut sebab susah hendak mendapatkan buku PTS yang dicari.

Ada beberapa sebab penerbit tidak mahu membekalkan buku ke sesetengah kedai, walaupun kedai itu nampak besar, dan ia terletak di tempat yang strategik.

Faktor yang paling penting adalah rekod hutang. Kalau kedai itu tidak berdisiplin dalam urusan membayar hutangnya, penerbit akan ambil dua langkah.

(a) Tahan bekalan buku baru selagi kedai itu tidak menghantar cek bayaran hutangnya.

(b) Tutup akuan kedai itu. Ertinya kita ambil balik semua stok buku yang masih ada dalam kedai itu dan putuskan hubungan bisnes yang ada. Risikonya, hutang yang masih belum dibayar tentu 'hangus'. Tetapi dalam keadaan tertentu, itulah tindakan yang betul.

Jadi, apabila saudara tengok kedai besar tidak membawa buku PTS, besar kemungkinan kedai itu ada masalah hutang dengan PTS.

Tidak akan ada penerbit yang tidak suka membekalkan buku kepada pekedai yang rajin membayar hutang!
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pelajaran dari Kubang Semang Previous entry: Undang-undang dan Nama Samaran
Kang  on  12/22  at  04:04 PM

Pernah berbincang dengan Presiden Arief mengenai 3 kedai buku utama di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga kedai buku mamak itu (Minerva, Mukmin, Mukmin) masuk dalam senarai hitam PTS.

Jawapan sebelum soalan. Sebelum terkena (bangkai gajah tak akan boleh ditutup dengan nyiru), pasukan pemasaran PTS tak akan sampai ke tiga-tiga kedai buku tersebut walaupun potensinya agak meliurkan. “Better safe than sorry”

Tapi, siapa yang membawa judul-judul PTS ke dalam kedai tersebut kerana bila saya meninjau memang banyak dan dipamerkan. Mungkin dia sesama dia (Cresent News).

Mbakyu, bagaimana dengan rekod 2 kedai Nile (mamak juga) di KL-Sentral sebab di situ, kebanyakan buku PTS dipamerkan (display). Potensinya tinggi, ramai yang keluar masuk, mengalahkan MPH yang agak tersorok di hujung sana.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  04:06 PM

Seorang penerbit Cina yang menerbitkan sebuah buku saya juga tidak mahu meletakkan bukunya di kedai buku (khasnya kedai buku India) di Jalan Tuanku Abdul Rahman,kerana masalah susah mendapatkan bayaran dari taukeh kedai itu.

Kang  on  12/22  at  05:24 PM

Begitulah Harat…. Setujukah kalau saya katakan bahawa kadang-kadang bermuamalat dengan kafir lebih mudah dari dengan Islam?

Mbakyu, bila membaca diskusi Oren dalam kuliah “Kedai Buku Bukan Setor Penerbit” mungkin ia boleh dipanjangkan—perlu ditubuhkan “Skuad Siasat PTS” (cadangan nama sementara).

Komuniti kita ini makin membesar dan siswa-siswa Universiti PTS boleh menjadi “mata-mata”. Mereka berada di mana-mana saja di pelosok negara. Dengan mudah mereka boleh melaporkan kedudukan, kelebihan, kekurangan buku-buku PTS di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Mungkin mereka boleh melaporkan tentang kekurangan stok, ketiadaan buku, susunan buku dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini dapat membantu pasukan pengurusan PTS bertindak berdasarkan maklumat.

Sudilah memeprtimbangkan.

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  09:23 PM

Dr. Kang,

Tuan HARAT di atas Dr. Betul. Beliau pakar sejarah gerakan nasionalisme kiri di kalangan orang Melayu (lebih-lebih lagi sekarang, di kalangan, orang Banjar!). Buku2 beliau ada di kedai buku koperasi UKM dan UM. Warna merah menyala (simbol gerakan kiri).

Tentang skuad PTS itu, saya akan kemukakan idea lateral tuan ini kepada En. Zaharin, Pengurus Pemasaran PTS.

Puan Ainon Mohd.  on  12/22  at  10:54 PM

...sambung

Petikan: “Tapi, siapa yang membawa judul-judul PTS ke dalam kedai tersebut kerana bila saya meninjau memang banyak dan dipamerkan. Mungkin dia sesama dia (Cresent News).”

Dr. Kang, memang kita perlu akui, ada kalanya jangan penerbit sendiri supply buku ke kedai mamak-mamak. Biarkan pengedar mamak yang supply mereka. Pengedar mamak juga yang pandai ‘handle’ akaun kedai2 mamak. Sesama mereka sendiri, mereka tahu teknik kutip hutang dan bayar hutang….

Hmm… dalam zaman IT begini, jika mamak-mamak itu masih terus mengamalkan budaya niaga mereka yang sudah kuno itu, mereka akan kalah kepada perubahan zaman.

Cuba tengok bagaimana MyNews.Com masuk ke dalam pasaran dan mengucilkan gerai-gerai mamak dari dalam kompleks-kompleks. Dulu gerai majalah adalah monopoli mamak. Sekarang pelabur Cina masuk dengan membuka rangkaian gerai majalah dengan cara yang mengejutkan mamak-mamak itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/23  at  05:16 AM

Jika polis ada ‘rakan-cop’, mungkin PTS patut menubuhkan ‘rakan PTS’.

Kang  on  12/25  at  02:30 AM

Saya mulakan tugas ‘Rakan PTS’ ini.

Di Borders Mutiara Damansara, novel jibunsyi ada tersusun sebanyak 3 judul. CUMA, ia tidak disusun bertentangan dengan mata.

Ia juga disusun selari dengan novel-novel cinta.

Sekian melaporkan.

Puan Ainon Mohd.  on  12/26  at  02:37 PM

Ini emel daripada En. Zaharin, Pengurus Jabatan Pemasaran dan Khidmat Pelanggan PTS:


Salam, Pn. Ainon

Ada 2 faktor utama yang saya nampak mengapa keadaan ini berlaku :

1. Pembayaran
      Adakah rekod pembayaran mereka ini baik? PTS masih lagi sedang berkembang dan memerlukan aliran “cash flow” yang stabil, maksudnya ada keseimbangan ataupun peningkatan dari segi kutipan berbanding jualan. Nak jual memang senang tapi nak kutip… masyaallah…. nanti berpeluh ketiak saya nak jawab kepada pihak pengurusan. Domino effect memang ketara, banyak perkara akan berlaku kalau kutipan tidak seimbang dengan jualan. Badjet buku baru mahupun ulang cetak pastinya akan dipotong. Silap-silap gaji staf pun mungkin sangkut juga. Ini perkembangan yang tidak sihat namanya!

2. Jumlah tajuk
Pengedar-pengedar besar (Crescent, Ar-Risalah, Mehraj dll) ada berpuluh ribu tajuk yang mereka edarkan. Kalau kedai-kedai ini tidak bayar, mungkin “satu kedai” tak boleh isi semula (replenish), kena blok dengan pengedar mereka, boleh menangis dibuatnya tak tahu nak jual apa pulak nanti. PTS baru ada 500 tajuk yang aktif, masih kecil dan boleh dipermainkan oleh kedai-kedai ini. Tapi ini pun kadang-kadang mereka boleh “pusing” lagi. Ini kita panggil gali lubang tutup lubang - e.g. Kedai A ambil 20 naskah satu tajuk dari Pengedar A, buku terjual dengan baik tapi Kedai A isi semula pesan dari Pengedar B. Bila Pengedar A tanya dia kata buku masih banyak lagi, tak boleh nak bayar. Lepas itu dia pesan pulak dari Pengedar C…... dan seterusnya cerita berulang-ulang. Jadi, pembayaran yang kita jangka boleh kutip dalam masa 3 bulan boleh berlarutan sampai setahun.

Kalau ada jawapan-jawapan yang lain yang saya boleh kongsikan, insyaallah akan saya e-melkan. Terima kasih.

Zaharin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/26  at  04:22 PM

Semalam saya pergi ke Pustaka Sri Intan 2 di Kuala Terengganu.  Seperti biasa, saya akan pergi ke rak buku kanak-kanak di belakang untuk melihat tajuk-tajuk baru.  Biasanya ada satu rak yang hampir dipenuhi dengan buku-buku PTS.  Tapi semalam, buku-buku PTS terselit di rak paling bawah dengan keadaan buku yang tidak tersusun dan dilambakkan sahaja.  Semua ruang telah diambil alih oleh siri-siri buku terjemahan lama yang dicetak semula, Enid Blyton dan Alfred Hitchcock! 

Hasrat untuk belikan buku Sahabat Kole Kacang untuk Amir tidak kesampaian kerana buku tersebut tiada lagi.

alang kelana  on  12/27  at  01:05 AM

Puan Sifu, puan-puan dan tuan-tuan,

Tidak mengapa tiada dijual buku di kedai-kedai yang mempunyai rekod ‘liat bila bayar hutang’ ini, kerena biznes jual saja tanpa dapat bayaran adalah amalan perniagaan yang amat tidak bijak…

Tun Dr. Kang  on  12/27  at  03:52 AM

Membaca e-mel dari Zaharin (Zet), menguatkan lagi bahawa dalam bisnes tidak ada penglipurlara—yang ada hanya berpijak di bumi nyata.

Memang menderita sekali berurusan dengan Mamak yang mendakwa diri mereka Islam. Berurusan dengan Cina, yang bukan Islam selalunya lebih mudah, lebih menggembirakan.

Jadi, bila kita nak jadikan RAKAN PTS sebagai pertubuhan rasmi? Banyak faedahnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.