Tuesday, August 16, 2011

Penulis Wajib Laporkan Pendapatan Royalti kepada LHDN walaupun Mungkin Tidak Dicukai

Setiap bulan Jun, para penulis, pekomik dan penterjemah PTS mula menerima laporan kira-kira royalti masing-masing. Jadual pembayaran royalti juga bermula pada bulan Jun.

Pengecualian cukai diberi ke atas royalti buku, honorarium makalah, dan upah terjemahan dalam Bahasa Melayu, tetapi laporan pendapatan itu wajib dihantarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kepilkan semua voucher-voucher pembayaran yang diterima daripada penerbit tuan dan puan bersama-sama borang taksiran. Pegawai LHDN akan mengira potongan cukai dan pengecualian cukai yang menjadi hak tuan.

Adalah menjadi kesalahan apabila kita menyembunyikan maklumat tentang pendapatan royalti kita.

Sebagai penulis kita tidak akan dapat lari daripada LHDN kerana semua syarikat penerbit dikehendaki melaporkan kepada LHDN jumlah yang dibayarkan kepada penulis-penulisnya. Dari situlah LHDN mendapat tahu berapa pendapatan royalti semua penulis, pekomik dan penterjemah di negara ini.

Hal yang serupa dilakukan oleh rumah-rumah produksi muzik, filem dan TV. Mereka dikehendaki melaporkan kepada LHDN berapa yang mereka bayar kepada pemuzik, penyanyi, pelakon, pengarah dan lain-lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 10): Apabila Semua Cerita dan Kulit Sudah Cantik Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 9): Mencari Desain Kulit yang Unik
mohamadkholid  on  08/16  at  10:07 AM

pelepasan cukai yuntuk hasil tulisan hanya RM20 000 sahaja.  Jumlah RM20 000 itu tak perlu diistiharkan.  Jumlah selebihnya akan dicukai.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: