Monday, August 13, 2007

“Laskar Pelangi” adalah Jibunsyi

Apakah kejayaan novel Laskar Pelangi itu semata-mata faktor yang disebut "beginner's luck"?

Di Bandung, novel ini diulangcetak 3 kali dalam tempoh 7 bulan, dan sampai saat ini jualannya masih laris.

Di Malaysia, PTS mencetak Laskar Pelangi 2 ribu naskhah, belum sempat keluar dari kilang cetak, semuanya habis ditempah oleh MPH dan POPULAR!

Novel ini akan difilemkan, dan pengarahnya adalah pengarah filem box-office "Apa Ada dengan Cinta".

Kata Andrea Hirata Seman: "Buku Laskar Pelangi (LP) pada awalnya bukan untuk diterbitkan.

Niat saya menulis buku ini sudah ada sejak saya kelas 3 SD (sekolah dasar = sekolah rendah), ketika saya demikian terkesan pada jerih payah kedua guru SD saya Ibu Muslimah dan Bapak Harfan Effendi, serta 10 sahabat masa kecil saya.

Novel Laskar Pelangi saya tulis sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru dan sahabat-sahabat saya itu. Seorang teman, tidak sengaja menemukan deraf buku itu di kamar saya, dan diam-diam mengirimkannya kepada penerbit...."

Bagi mengetahui proses dan kelebihan menulis novel berdasarkan kisah benar pengarang sendiri Baca lagi di sini...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Training adalah Bisnes Khidmat Peribadi Previous entry: Buku Kecil Potensi Besar
endok sempo  on  08/13  at  01:02 PM

Salam,

Saya sudah baca buku ini yang dibeli secara online dari kedai buku online PTS.
Wahhhh memang hebat, Andrea is a real storyteller!

Saya ketawa, menangis, senyum dan masam dan perasaan simpati, bangga, benci, geram bercampur baur selama membaca buku ini.

Di samping itu Novel ini mempunyai nilai intelektual, sains teknologi serta ilmu botani yang meransang minda.

Selagi tidak habis baca, buku ini tidak terlepas dari genggaman!

Mesti beli.. secara online lebih mudah. Terima kasih, PTS/Fauzul.

.

Nota Sifu: Puan Hjh Endo Sempo adalah seorang jurutera elektrikal, dan kini mempunyai firma perundingan beliau sendiri.
——-

Fable Fox  on  08/13  at  01:35 PM

Ia sememangnya jibunsyi, tetapi adakah ia menggunakan kaedah surah Yusuf? Hmmm… pilihan…pilihan….

.

Kisah Nabi Yusuf itu kisah benar. Itulah… dalam kelas, suka angan-angan!

Fable Fox  on  08/14  at  01:10 PM

Maksud saya, adakah ia menggunakan kaedah surah yusuf? 80% dialog, jangan ada ayat menerangkan, dan sebagainya? Maaf, tetapi cuba baca baik-baik.

.

Ilmu dalam Surah Yusuf tidaklah secetek itu! Klik pada kategori “Fakulti sastera Islami” sudah hampir 200 entri saya tulis berkenaan Surah Yusuf. Sudah dibaca baik-baik?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/16  at  11:47 AM

trailer filem laskar pelangi dah ader kat youtube! gempak! gempak!

work at home  on  07/01  at  05:56 PM

Di samping itu Novel ini mempunyai nilai intelektual, sains teknologi serta ilmu botani yang meransang minda.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: