Lateral Thinking
Dalam majlis pelancaran kempen Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), tidak ada hailer, tidak ada mikrofon digunakan.
Tidak ada ucapan disampaikan.
Apabila wartawan ternampak sahaja Dato' Dr. Hassan Ahmad tiba, mereka terus mengerumuni beliau.
Tidak sampai 10 minit wartawan bertanya soalan kepada Dato' Dr. Hassan Ahmad, polis-polis yang bertugas menjaga keamanan mengarahkan beliau supaya berhenti menjawab pertanyaan para wartawan dan meninggalkan Dataran Sogo supaya orang ramai yang mula datang mendekati majlis itu bersurai .
Saya pun serta-merta menggunakan Lateral Thinking, lalu saya jemput semua VIP dan anggota badan penganjur GMP semua ikut saya minum kopi di kafe di anjung Sogo. (Foto menunjukkan sebahagian VIP itu duduk sambil menunggu kopi dihidangkan. Yang bertudung putih di kanan itu, saya.)
Sambil bergurau saya katakan kepada mereka, "Sila! Sila! Order minuman. Saya belanja. Duit royalti buku!)
Tujuan saya yang sebenar adalah supaya para pejuang bahasa itu tidak dapat dipaksa meninggalkan premis. Disebabkan mereka semua duduk, maka semua wartawan dan jurugambar yang datang, dan belum puas menginterviu para pejuang itu, juga tidak mahu beredar.
Dengan itu mereka terus dapat bertanya dan mengambil gambar-gambar kepada VIP-VIP itu.
Disebabkan kafe itu menjagi penuh sesak, masa yang diambil bagi menghidangkan kopi kami juga lambat.
Foto disalin dari blog Tuan MSO.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam SifuPTS
Sewaktu demo dan pelancaran GMP, Hisham Onn berada di Dubai, transit dari umrah dan melawat Atlantis… tidak sempat bertemu dan protes depan dia, hanya bercakap dengan ustaz Pirdaus….
Saya tulis dalam entri http://1426.blogspot.com/2009/02/gmp-demo-depan-sogo-hisham-di-atlantis.html
Puan sifu,
Mabruk, tahniah! Bijak, bijak!
Post a comment