Latihan Drama Pentas sebagai Persediaan Menjadi Trainer-Speaker
Baik mengendalikan sesi training mahupun speaking, kedua-dua aktiviti itu menggunakan kemahiran berlakon. Dengan demikian pengalaman dalam bidang lakonan drama pentas menjadi relevan pada kejayaan sebagai trainer ataupun speaker.
Antara begitu banyak kemahiran lakonan pentas, dua aspek yang amat relevan adalah (i) latihan vokal, dan (ii) interaksi dengan audiens.
Suara adalah salah satu daripada beberapa modal asas bagi kejayaan yang penting baik dalam drama pentas mahupun dalam bisnes training dan speaking.
Contoh trainer-speaker yang mempunyai vokal baik adalah Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi, justeru tidak hairanlah apabila bisnes training beliau amat berjaya.
Disyorkan supaya penulis PTS yang berminat menceburi bisnes training dan speaking memasuki kelas latihan drama pentas ataupun kelas vokal.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya amat bersetuju dengan apa yang Puan Sifu cadangkan di sini. Malah perkara ini telah lama saya sampaikan kepada mentee-mentee saya. Saya beritahu mereka perkara yang sama iaitu untuk menjadi trainer yang baik mereka perlu tahu melontar suara dan berlakon. Malah mereka perlu ada skrip ‘lembut lidah’.
Untuk makluman sifu, saya telah mempelajari asas-asas ini sewaktu dibangku sekolah rendah lagi. Ketika itu saya mewakili sekolah dalam pertandingan drama pentas dan bakat ini juga telah saya bawa hingga ke sekolah menengah. Malah sempatlah menjadi pelakon drama terbaik Peringkat Negeri ketika itu.
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa latihan dan praktikal seni lakon seharusnya diberikan kepada semua penulis buku kerana penulis buku juga bakal menjadi seorang promoter yang mendagangkan buku-bukunya.
Tuan Syafiq,
Sudah terang lagi bersuluh, saya cadangkan kelab drama ditubuhkan di sekolah-sekolah aliran agama supaya ustaz-ustaz kita pandai menyampaikan khutbah dan ceramah yang mengujakan jemaah dan pendengar - yakni supaya jemaah solat Jumaat tidak mengantuk, manakala pendengar ceramah agama di TV/radio tidak menukar channel.
Trainer yang baik bukan sahaja punya hujah rasional, juga punya hujah emosi. Kisah yang kita maklum, ketika seorang pemuda meminta izin daripada Nabi Muhamamad untuk berzina, Nabi tidak memberikan hujah hukum dan akal, tetapi memberi hujah emosi. “Sukakah engkau kalau orang lain berzina dengan adik perempuan engkau, sukakah engkau orang lain berzina dengan ibu engkau......?”
Ketika penduduk Madinah tidak mendapat ganjaran (unta, kambing) daripada operasi Hunain, sebahagian mereka bersedih. Timbul kata-kata bahawa Nabi Muhammad setelah berjumpa dengan kaum kerabatnya orang Mekah, orang Madinah tidak lagi dipedulikan. Bila sahaja Nabi Muhamamd mendengar perkhabaran, beliau telah mengumpulkan mereka dan memperdengarkan khutbah yang penuh emosi.
“Aku memberikan mereka unta, kambing kerana mahu menjinakkan hati mereka kepada Islam. Kamu, kaum Ansar telah lama Islam dan punya keimanan. Tidakkah kamu suka kalau mereka (orang Mekah) kembali ke rumah mereka bersama unta dan kambing sedang kamu (kaum ansar) kembali kerumah kamu bersama Nabi kamu? Tidakkah kamu suka, mereka bila mati meninggalkan unta dan kambing, sedang kamu dikebumi bersama Nabi kamu?”
Maka bercurahanlah air mata orang Ansar, “kami reda, wahai Rasulullah, kami rela”.
Biarlah mereka pulang dengan kambing, kami pulang bersama Nabi kami.
(Selepas operasi Hunain, Nabi akan kembali ke Madinah bersama orang Ansar, orang Mekah pula kembali ke rumah mereka bersama unta dan kambing).
Tuan Arrantaui,
Subhanallah! Maha Suci Allah!
Tuan telah menuliskan sesuatu yang memberikan saya satu lagi pencerahan!
Saya hari ini belajar daripada tuan satu lagi prinsip penting dalam komunikasi interpersonal sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, yakni strategi dan teknik memujuk dan menghargai orang yang tidak puas hati disebabkan mereka berasa dirinya tidak lagi dihargai.
Dalam contoh yang tuan sebut berkenaan orang-orang Madinah yang berasa mereka tidak dipedulikan lagi oleh Nabi Muhammad selepas beliau memberikan unta dan kambing yang banyak kepada orang-orang Mekah, respon yang betul adalah:
(i) Katakan kepada orang yang tidak puas hati itu di mana ruginya pihak yang mereka cemburui. (Orang Mekah cuma mendapat unta dan kambing.)
(ii) Katakan kepada orang yang tidak puas hati itu betapa untungnya mereka. (Nabi Muhammad akan ikut orang-orang Madinah pulang ke Madinah, jadi mereka mendapat Nabi Muhammad.)
Nota: Prinsip dan teknik ini sesuai digunakan apabila suami berpoligami mendengar komplen isteri yang tidak puas hati kerana iri terhadap madunya.....
Salam Puan Sifu,
Saya amat gembira jika dapat berhubung dengan Tuan Arrantaui. Orangnya pasti sangat warak dan dilimpahi dengan ilmu laduni.
Saya amat berbesar hati jika beliau sudi menghubungi saya di ataupun meninggalkan pesanan nombor telefonnya di 019 3001200.
Shamsuddin Kadir
Tuan Arrantaui,
Benar sekali apa yang tuan tuliskan, memberi motivasi dan menanam kesedaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Hari ini saya, seperti yang lain-lain, dapat mempelajari cara yang pernah Nabi SAW gunakan dan terbukti keberkesanannya. Alhamdulillah.
Syukran Jazilan.
YM Dr. Tengku,
Apakah sudah dicuba teknik itu, dan kepada siapa-siapa dipercubakan (sambil tergelak)?
Puan Sifu,
Sudah gaharu cendana pula.
Post a comment