PTS Menerokai Laut Biru Sastera Jantan
![]()
![]()
Statistik menunjukkan di mana-mana negara, 80% novel dibeli dan dibaca oleh perempuan.
Realiti ini menyebabkan penerbit antarabangsa mempakejkan novel-novel jantan sekalipun dengan desain kulit yang neutral gender, yakni desain dipandang cantik baik oleh lelaki mahupun perempuan.
Dua kulit di atas menunjukkan dua aliran pakejing yang berbeza. Novel sai-fai Armada Azur adalah novel jantan tetapi covernya menggunakan wajah lelaki perkasa yang muda lagi tampan pada mata remaja perempuan.
Manakala Gerila, sebuah novel triler perang bawah tanah, menggunakan desain cover yang sangat 'jantan'. Novel kisah benar ini ditulis oleh Allahyarham seorang bekas gerila bawah tanah yang aktif dalam gerakan pembebasan Patani, dan bekas tahanan ISA. Hanya selepas beliau wafat barulah balunya menyerahkan manuskrip ini kepada PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment