Thursday, September 22, 2011

Faktor Utama Penerbitan Buku-Buku Sektor Pembaca Awal

Pada masa ini, negara kita memerlukan penerbit yang khusus membina kepakarannya dalam penerbitan kategori early readers, yang memenuhi pelbagai keperluan kelompok ini.

Ini adalah suatu kerugian kepada semua pihak, terutama sekali kepada ibu bapa yang memerlukan bahan-bahan bacaan bermutu tinggi bagi membantu perkembangan psikologi dan kompetensi anak-anak mereka.

Bagi menerbitkan buku-buku early readers yang bermutu tinggi, 3 kumpulan yang sangat diperlukan adalah:

1.  Penulis-penulis dalam pelbagai bidang ilmu yang mempunyai pengetahun dalam ilmu psikologi kanak-kank dan memiliki bakat menulis untuk golongan ini.

2.  Editor yang mempunyai pengetahun dalam bidang penerbitan buku kanak-kanak, terutama dalam bidang psikologi perkembangan kanak-kanak, prinsip dan teknik pakejing fizikalnya.

3.  Ilustrator yang mempunyai kemahiran membuat ilustrasi khusus untuk buku kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M Semakin Agresif Dipasarkan Previous entry: Apa Itu Kosa Kata Terkawal?

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.