Laut Biru: Buku Agama untuk Kanak-Kanak dan Remaja Awal
Saiz kelas menengah Melayu-Islam semakin besar. Mereka adalah pembeli utama buku-buku di dalam kedai buku.
Golongan ini mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu mampu membeli banyak buku bagi membantu pendidikan anak-anak mereka.
Mereka memerlukan buku-buku pendidikan agama untuk bacaan anak-anak mereka, baik yang masih kanak-kanak mahupun yang sudah remaja.
Pasaran buku-buku agama untuk kanak-kanak dan remaja adalah Laut Biru.
Pada masa ini, buku-buku pendidikan agama yang terdapat di kedai-kedai buku tidak dapat menarik minat kanak-kanak dan remaja membacanya.
Inovasi pada gaya penulisan dan ilustrasi sangat diperlukan bagi menyampaikan pendidikan agama kepada kanak-kanak dan remaja. Ini memerlukan banyak pemikiran kreatif di kalangan para editor buku-buku agama.
NOTA: Buku 'Ikan Nun dan Surat Tuhan' adalah contoh buku agama yang tujukan kepada ibu-ibu supaya membacakan cerita-cerita agama untuk anak-anak kecil mereka sebelum tidur. Siri ini sangat laku dan sudah dilesenkan kepada PT Gramedia (Jakarta).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment