Laut Biru: Buku Cerita untuk Target Remaja Awal



.gif)

Inilah contoh buku-buku cerita untuk remaja awal perempuan.Pasaran sektor ini amat besar dan masih belum dibangunkan. Ertinya, mana-mana penerbit yang menekuni sektor ini berpeluang mendominasinya.
Sehingga saat ini belum ada penerbit yang terkenal khusus menerbitkan buku bagi kategori ini sahaja, baik karya asal mahupun karya terjemahan.
Justeru, bagi pelabur baru, kategori ini adalah Laut Biru yang relatif selamat bagi pelaburan disebabkan belum ada persaingan yang kuat.
Ada dua kategori produk yang patut dihasilkan. Pertama adalah buku-buku cerita yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan. Yang kedua adalah karya terjemahan. Kedua-duanya mempunyai potensi yang amat baik.
Bagi para penulis kreatif tempatan pula, mereka patut mempelajari psikologi kelompok ini bagi mengetahui ciri-ciri buku yang diminati oleh mereka.
Cerita-cerita yang baik bagi kelompok ini berpeluang menjadi karya evergreen, yang dapat diulangcetak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Dalam kedai buku, judul-judul remaja awal diletakkan di rak yang sama dengan buku untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca sendiri, kerana jumlah judul dalam sektor remaja awal masih belum cukup banyak bagi melayakkannya diberikan rak sendiri.
Remaja awal adalah antara 8 tahun hingga 10 tahun. Ciri-ciri remaja awal adalah:
(a) Mereka sudah pandai membaca sendiri. Justeru mereka mahukan buku yang mempunyai lebih banyak ayat-ayat bagi mereka baca sendiri tanpa bantuan ibu.
(b) Mereka masih suka membaca lukisan tetapi mereka juga sudah meminati cerita. Jadi mereka mahukan cerita-cerita yang menarik berkenaan watak kanak-kanak lain.
(c) Mereka suka berkhayal dan berangan-angan. Justeru, remaja awal perempuan suka cerita-cerita yang ada watak binatang pandai bercakap, ada tuan-tuan puteri, ada ikan duyung dan lain-lain. Remaja awal lelaki suka cerita watak-watak orang kuat, robot, naga dan yang seperti itu.
(d) Mereka sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi doktor, guru, penyanyi dan lain-lain profesion yang mereka tonton dalam TV, dan yang mereka lihat di sekeliling mereka.
Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit masuk ke dalam sektor yang masih merupakan Laut Biru ini.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu,
Saya kagum dengan idea bisnes PTS yang giat meneroka laut-laut biru. Dan nampaknya PTS One telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan dari pembaca dan kedai buku sendiri. (walaupun saya sudah agak ~tua~, ada juga buku PTS One yang saya baca.)
Cuma, saya harap Sifu dapat komen.
Satu masa dahulu, Creative ada menerbitkan buku dalam kategori ini (awal remaja). Tidak salah saya dipanggil Siri Novel Kenari (generasi kedua). Mereka siap ada kelab peminatnya sendiri. Buku-bukunya lebih menjurus ke arah sains fiksyen.
Tetapi kini, siri ini sudah tidak ada. Bolehkah Sifu kupas sedikit faktor-faktor yang menenggelamkan siri ini. Sedangkan boleh dikatakan mereka berada di laut biru juga ketika itu.
Manalah tahu, kami dapat sedikit pengajaran untuk diaplikasikan dalam bidang lain juga.
Terima kasih
Sabri
——-
Post a comment