PTS Terus Mencari di Mana Laut Biru Baru dalam Sektor Buku Remaja
Bila-bila masa sahaja sektor novel awal remaja akan menjadi Laut Merah. Selama ini PTS boleh dikatakan menjadi pemain utama dalam sektor novel awal remaja kerana PTS-lah yang menerokai sektor ini.
Tetapi keadaan akan berubah pada bila-bila masa sahaja dalam waktu terdekat. Sudah menjadi hukum alam bisnes, apabila sesuatu sektor itu terbuka, maka akan berduyun-duyun pemain baru ikut terjun ke dalam sektor itu bagi mengambil peluang yang ada.
Gosip pasaran mengatakan Karangkraf akan terjun ke dalam laut ini melalui 2 buah anak syarikatnya yang tidak asing lagi, yaitu ALAF21 dan BUKU PRIMA.
Kemasukan ALAF21 dan BUKU PRIMA sudah tentu amat menggerunkan PTS kerana kedua-dua buah syarikat itu mempunyai keupayaan masuk secara besar-besaran dan mencipta persaingan sengit dalam pasaran. Mereka mampu menghayunkan pukulan maut kepada pesaingnya.
Berbanding PTS, kekuatan ALAF21 dan BUKU PRIMA adalah:
(1) Mereka mempunyai kepakaran editorial dalam penerbitan fiksyen popular.
(2) Mereka mempunyai lebih 30 buah majalah yang dapat mengiklankan novel-novelnya secara amat efektif.
(3) Mereka mempunyai rangkaian pengedaran yang sangat luas.
(4) Mereka memiliki kilang cetak sendiri, dan ini membolehkan buku-buku mereka dijual pada harga amat berpatutan.
(5) Mereka mempunyai beratus orang pengarang novel cinta popular yang dapat dipujuk supaya menulis novel-novel remaja pula.
(6) Dengan modal besar yang mereka miliki, mereka dapat menawarkan insentif kewangan yang amat menarik kepada para penulis.
Berdepan dengan kemasukan 2 ekor jerung besar itu, apakah langkah PTS?
PTS mempunyai kekuatan yang sangat berharga iaitu:
(1) Tim editorial PTS adalah amat muda, oleh itu amat agile, kreatif dan berani mencuba idea-idea baru.
(2) Tim penulis PTS sudah banyak jumlahnya. Mereka juga amat agile, yakni mereka pandai menghasilkan pelbagai kategori buku. Mereka dapat diharapkan bagi menghasilkan genre dan cerita-cerita yang segar, yang baru, yang belum ada dalam pasaran.
Dua ciri di atas adalah modal survival PTS yang amat berharga dan dapat digantungkan harapan. Dengan 2 modal itu, PTS akan mudah dapat menerokai Laut-laut Biru baru!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu…
Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi. Namun ianya bukan titik noktah untuk terus PTS menghasilkan karya yang lebih bermutu.
Berhadapan dengan 2 jerung besar boleh menjadikan tim penulis PTS lebih bersemangat untuk terus menghasilkan karya yang lebih kreatif.
‘PTS Tetap Di hati!’
Perkembangan ini sihat. Walau bagaimana pun, PTS masih memiliki ‘daun sat’ dan ‘ace’ yang belum digunakan.
Akan datang, barisan penulis-penulis baru yang berjuang bersama PTS beberapa bulan lagi, dengan idea-dea baru yang hebat. Bergabung di bawah satu bumbung, bersama-sama penulis-penulis lama dan senior yang berpengalaman, semoga PTS akan terus hebat.
Ini bagaikan peperangan; peperangan menakluki lautan merah dan menerokai lautan biru.
Saya akan menyokong PTS dan Karnadya!
Sebaik membaca tulisan Puan Sifu, saya menjadi gundah gulana. Bukan kerana PTS harus berenang bersama jerung-jerung di laut lepas, tetapi masih kabur dengan bahasa Melayu tinggi yang diterima pakai oleh PTS.
Puas saya mencari perkataan “tim” dalam khazanah bahasa Melayu, tetapi tidak berjumpa.
Mmmmm….
...................
Nota Sifu:
Tuan Sang Katarsis, buka Kamus Besar Indonesia, ataupun mana-mana kamus Bahasa Indonesia. Pasti ada. Saya menggunakan perkataan ‘tim’ itu dengan meminjamnya daripada Bahasa Indonesia Tinggi.
Salam
Apa kata adakan promosi berdasarkan tema.
Contoh:
Bulan Sai-fai
Dalam bulan ni buku2 sai-fai dilancarkan. Ada banner-banner. Ada poster. Ada roadshow
Lain2 tema seperti Bulan fantasi, Bulan komik Malaysia, Sastra Islami dll. Juga tema berdasarkan musim… musim cuti sekolah, musim kawin, musim lawat2 Malaysia, musim kembali pada agama dll. Yang penting untuk bulan ini ada produk2 baru mantap yang boleh diperandalkan untuk jadi ‘figurehead’ tema. Juga ada pakej samada diskaun atau hadiah edisi terhad seperti poster dll.
Promosi pula tak perlu terlalu kerap, nanti pembeli bosan, promosi tim letih.
Percetakan… Kalau mahu buka kilang percetakan sendiri… banyak teori disebalik ok atau ko strategi ini. Kebanyakan syarikat sekarang ‘outsource’ aktiviti yang agak lari dari bisnes teras (core business) syarikat. Bila terlalu ‘diversified’, penumpuan kurang. Biasanya mereka lebih gunakan strategi ‘strategic alliance’ atau ‘long term contract’ menerusi ‘open bidding’
Remaja lelaki kurang membaca. Ada juga golongan yang lebih suka baca buku Inggeris dari Melayu. Maknanya ada peluang market di sini. Perlu ada formula untuk tarik minat pembaca ini.
Kekalkan konsep ‘Syariah compliance’.
wassalam
Puan Sifu,
Saya bukanlah pakar bahasa Melayu. Tetapi saya pencinta bahasa Melayu. Pendapat saya begini : Mengapa harus kita mengambil sesuatu perkataan itu yang saya yakin etimologi katanya berasal daripada bahasa Inggeris? Baiklah, mungkin akan ada yang mengatakan kata “tim” itu kita pinjam. Lagipun proses peminjam kata dan menyerapnya ke dalam bahasa Melayu merupakan proses yang berterusan dan sudah lama berlaku. (Saya akan tersenyum sumbing apabila ini jawapan yang diberikan oleh mana-mana pihak).
Apakah bahasa Melayu itu sendiri tidak mempunyai kata yang boleh mendokong makna bagi kata “tim”? Apakah kata “pasukan” itu martabatnya lebih rendah berbanding dengan kata “tim” kerana kata “pasukan” tidak berbunyi ciri-ciri bahasa Inggeris?
Salam untuk Puan Mahaguru(Sifu)
Cadangan Pultraman cukup menarik, saya bersetuju dengan aktiviti membudayakan buku mengikut bulan. Apabila aktiviti membeli dan membaca buku dijadikan sesuatu yang ‘trendy’ mengikut genre, mungkin fokus promosi boleh dipertajamkan lagi.
Post a comment