Wednesday, December 22, 2010

Tip Survival Penerbit: Laut Biru Fiksyen Terjemahan

PTS sudah beberapa lama menjalankan market-testing bagi menguji pasaran fiksyen terjemahan. Tujuannya adalah bagi mengenal pasti saiz pasaran fiksyen terjemahan dalam Bahasa Melayu. Terbukti bahawa pasaran fiksyen terjemahan memang ada, dan saiz pasaran itu cukup bagi membolehkan penerbit survive dengan menerbitkan fiksyen terjemahan sahaja.

Pada masa ini jumlah cetakan pertama novel terjemahan PTS adalah 3 ribu unit, berbanding dengan jumlah cetakan pertama novel original sebanyak 5 ribu unit. Antara faktor yang menyebabkan pasaran fiksyen terjemahan masih kecil adalah disebabkan fiksyen terjemahan diletakkan di rak fiksyen Melayu bersama-sama dengan karya original.

PTS akan terus menerbitkan judul-judul fiksyen terjemahan sehingga kategori ini mendapat raknya sendiri di dalam kedai-kedai buku.

Faktor rak khusus bagi fiksyen terjemahan adalah penting kerana selagi kedai buku tidak mahu memberikan rak sendiri kepada fiksyen terjemahan maka selagi itu sukar bagi kita hendak menarik perhatian mata pembeli.

Pengurusan kedai buku tidak akan memberikan rak khusus kepada fiksyen terjemahan selagi jumlah judul tidak cukup banyak bagi mengisi rak itu. Berdasarkan pengalaman PTS, jumlah minimum judul yang diperlukan adalah 50.

Bagi mana-mana penerbit yang berminat menekuni sektor fiksyen terjemahan, dua faktor yang kritikal dijaga adalah:

(i) Mengawal kualiti terjemahan

(ii) Memilih judul-judul yang popular sahaja

Disebabkan pasaran fiksyen terjemahan masih Laut Biru, ini bermakna mana-mana penerbit yang menekuni sektor ini berpeluang menjadi 'big boy' (budak besar).

Di sisi lain, mana-mana penterjemah yang berminat menekuni sektor fiksyen terjemahan, mereka masih berpeluang menjadi 'big name' (nama besar) dalam sektor ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Definisi Sastera Islam Previous entry: Strategi Menjual Buku kepada Anak-Anak Kelas Menengah dengan Menggunakan Teori Interteks
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  04:15 AM

Novel-novel John Grisham menjadi kegemaran saya kerana ia tidak meleret-leret, bahasanya mudah difahami dan jalan ceritanya cukup menarik.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.