Saturday, September 11, 2010

Laut Biru: Novel Gedik Islami

PTS membuka satu lagi pasaran genre baru bagi novel popular iaitu novel gedik Islami. Inilah Laut Biru terbaru dalam pasaran buku Melayu.

Dua orang novelis gedik Islami PTS yang sedang mencipta nama di PTS adalah Lily Haslina Nasir dan Rose Harissa.

Novel gedik Islami adalah berunsurkan bacaan hiburan ringan yang menyampaikan unsur-unsur pendidikan nilai-nilai moral yang murni.

Target pembacanya adalah remaja perempuan dalam lingkungan usia antara 17 - 24 tahun, yakni mereka yang baru lulus SPM, ataupun sedang berada di kolej, ataupun baru mula bekerja, TETAPI belum berkahwin. 

Ia diterbitkan di bawah label 'Syok!' oleh 2 buah anak syarikat iaitu PTS One Sdn. Bhd. dan PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

NOTA: Sebagaimana dengan dasar syariah-compliance yang menjadi prinsip bisnes PTS, novel gedik Islami tetap tidak membenarkan senario di mana ada babak-babak dating, asmara, pergaulan bebas dan lain-lain seperti itu. Semua perhubungan adalah berdasarkan hubungan persahabatan yang murni sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laut Biru: Buku Agama untuk Perempuan Muda dan Modern Previous entry: Laut Biru: Buku Agama untuk Kanak-Kanak dan Remaja Awal

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.