Saturday, August 29, 2009

Laut Biru pada Komik untuk Golongan Remaja Alim

PTS adalah sebuah penerbit yang suka dan selesa menerokai Laut-laut Biru dalam pasaran buku-buku Melayu. Itulah faktor yang menjadi PTS terkenal dengan siri-siri buku Melayu yang sebelum ini tidak ada dalam pasaran.

Terbaru, PTS sedang membuka sektor komik yang ditargetkan kepada remaja-remaja alim.

Remaja adalah remaja, baik yang alim ataupun yang tidak alim. Mereka suka membaca komik.

Selama ini remaja-remaja alim tidak mempunyai pilihan memilih komik disebabkan komik-komik yang ada dalam pasaran semuanya lebih sesuai untuk remaja yang citarasanya adalah 'biasa', manakala golongan remaja alim ini mempunyai citarasa 'luar biasa'.

Ketua Unit Komik PTS, Tn. Wan Zuhairi, baru melancarkan siri komik "TAKAZA" khusus ditargetkan kepada remaja alim. Beliau memberitahu, perkataaan takaza adalah dipinjam daripada bahasa Urdhu yang bermakna 'menyeru'.

Sitrahaslee, pelukis siri TAKAZA adalah pelajar Maktab Perguruan Islam. Watak utama dalam siri ini adalah seorang bekas anggota samseng!

Komik-komik terbitan PTS menggunakan brand Komik-M (Komik-Malaysia). Tiga ciri utama Komik-M adalah (i) syariah-compliant, (ii) berbudaya Melayu, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Majalah 'Gedung Kartun' Diramalkan Semakin Laku Keras Kerana Diharamkan Previous entry: Mengapa PTS Hanya Menerbitkan Karya Kreatif yang Ditulis Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/29  at  04:58 PM

Watak utama siri ini adalah seorang bekas anggota samseng——

Puan, pada tahun 2001, saya berjiran dengan seorang tabligh yang sambung belajar bersama-sama kami. Setelah lama kenal di UIA, memang benar beliau adalah bekas anggota samseng di Singapura sebelum berhenti dan menyambung pengajian di sini dalam bidang teknikal.

Amin Ahmad  on  09/01  at  02:58 AM

Takaza adalah istilah yang dipakai dalam jemaah tabligh smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.