Sunday, September 18, 2011

Laut Biru Pasaran Buku-Buku Pembaca Awal

Kedai-kedai buku mempunyai seksyen khusus bagi mempamerkan buku kanak-kanak bagi kategori early readers atau pembaca awal, tetapi kebanyakan judul yang dipamerkan adalah buku-buku belajar ABC dan 123.

Kebanyakan buku-buku early readers yang ada dalam kedai-kedai buku sekarang bukan dalam Bahasa Melayu, manakala buku-buku yang ada pula kualitinya belum memenuhi kehendak ibu bapa dan kehendak kanak-kanak.

Di Malaysia juga belum ada penerbit yang khusus membina kepakarannya dalam penerbitan kategori 'early readers', oleh itu sektor ini menjanjikan peluang yang baik bagi pelabur.

Begitu juga, belum ada penulis dan pelukis tempatan yang mencipta nama sehingga menjadi sangat terkenal dalam pasaran buku-buku berbahasa Melayu sebagai penulis dan pelukis buku sastera kanak-kanak yang kredibel pada penilaian pakar, guru dan ibu bapa.

Meskipun saiz pasaran ini besar dan menjanjikan peluang bisnes yang baik kepada penerbit, penulis dan ilustartor, namun penghasilan judul-judul tempatan dalam bahasa Melayu bagi kategori ini masih tersangat kecil. Ini adalah suatu kerugian kepada semua pihak, terutama sekali kepada ibu bapa yang memerlukan bahan-bahan bacaan bermutu tinggi bagi membantu perkembangan psikologi dan akademik anak-anak mereka.

PTS sedang berusaha meneroka dan mengambangkan pasaran sektor ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu Kosa Kata Terkawal? Previous entry: Peluang Mencipta Nama Sebagai Penulis dan Pelukis Buku Pembaca Awal

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.