Sunday, November 08, 2009

Laut Biru Pasaran Genre Teenlit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel awal remaja "Tempat Pertama" dan "Warna-warni Si Puteri" ini adalah teenlit terbaru terbitan PTS.

Pasaran novel-novel genre teenlit adalah satu lagi Laut Biru yang sedang ditekuni pembukaannya oleh PTS ONE Sdn. Bhd.

Siri teenlit PTS ditargetkan kepada remaja awal perempuan dalam barket usia antara 10 -14 tahun.

Walaupun pasaran ini besar, namun margin keuntungannya sangat nipis kerana novel-novel ini dibeli menggunakan wang saku sekolah, oleh itu harga jualannya tidak boleh mahal. Justeru, jika dinilai dari sudut keuntungan, maka pelaburan dalam sektor ini bukanlah pelaburan yang besar pulangannya.

Walaupun setiap tahun jualan teenlit PTS ONE bernilai berjuta ringgit, tetapi keuntungannya kecil. Margin keuntungan daripada 5 judul teenlit baru serupa dengan margin 1 judul buku profesional!

Kos menerbitkan genre teenlit juga lebih tinggi daripada menerbitkan judul profesional kerana teenlit memerlukan ilustrasi yang banyak. Mutu ilustrasi perlu tinggi, jika tidak mereka tidak mahu membelinya. Inilah faktor yang menipiskan margin genre ini, sehingga jualan cetakan pertama sebanyak 3 ribu naskhah hanya cukup-cukup bagi menampung kos sahaja. Jika ia diulangcetak, barulah ada margin keuntungan.

Bagi PTS, walaupun margin penerbitan teenlit amat nipis, namun ia adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang bisnes PTS. Ia adalah salah satu strategi bagi memupuk brand-loyalty.

Dengan awal-awal lagi logo PTS sudah diperkenalkan kepada kanak-kanak dan remaja awal, diyakini mereka akan mencintai logo PTS sejak kecil lagi, dan diharapkan dengan itu mereka akan kekal meminati buku-buku terbitan PTS sehingga mereka dewasa.

Kedai-kedai buku berangkaian seperti MPH dan POPULAR suka mempamerkan genre teenlit kerana ia membantu orang ramai masuk ke dalam kedai buku. Kanak-kanak antara 10 - 14 tahun datang ke kedai buku ditemani ibu bapa yang membayarkan harga buku. Sementara si anak memilih buku, ibu bapanya akan memilih buku untuk mereka sendiri. Ini menghasilkan lebih banyak jualan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Untungnya PTS Mengamalkan Dasar Bisnes Bebas-Rasuah Previous entry: Catatan Pembeli Buku Melayu di MPH

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: