Laut Biru: Buku-Buku Agama untuk Golongan Profesional Berpendidikan Sekular
Dalam bidang pemasaran ada 2 istilah yang penting menjadi asas strategi marketing, iaitu "demografi" dan "psikografi".
Demografi memberitahu "siapa" yang membeli buku-buku kita. Manakala "psikografi" memberitahu mengapa mereka membeli ataupun tidak mahu membeli buku-buku kita.
Dari sudut demografi, secara tradisional buku-buku agama Islam diterbitkan dan ditargetkan kepada orang-orang Islam yang sudah sedia elok kepercayaan agamanya.
Dari sudut psikografi, buku-buku agama tradisional itu tidak dibeli oleh golongan profesional yang berpendidikan sekular kerana:
1. Desian cover buku-buku agama tidak bermutu seni.
2. Bahasa yang digunakan berbelit-belit, gaya bahasa Melayu ala tahun-tahun 1950-an dan 60-an.
3. Banyak menggunakan istilah-istilah Arab.
4. Layout halamannya semak dan menyukarkan proses membaca.
PTS menerbitkan buku-buku agama yang ditargetkan kepada golongan modern-profesional-sekular. Ciri-ciri mereka adalah:
1. Mereka berada di bandar-bandar utama. Mereka pergi membeli-belah di mall-mall dan supermarket. Justeru buku-buku PTS disalurkan melalui kedai-kedai buku di dalam mall-mall dan supermarket.
2. Mereka mempunyai daya beli yang tinggi kerana mereka mempunyai double-income, yakni suami isteri bekerja. Justeru harga buku bukan faktor utama yang menentukan pembelian mereka.
3. Mereka mempunyai citarasa seni yang sofistikated, oleh itu kualiti fizikal buku perlu memenuhi citarasa mereka itu.
4. Mereka lebih mudah memahami bahasa Melayu kontemporari.
Menerbitkan buku-buku agama untuk golongan modern-profesional-sekular adalah kerja yang rumit dan memerlukan kemahiran editorial dan grafik yang tinggi.
Jumlah golongan yang menjadi majoriti kelas menengah ini semakin membesar dari waktu ke waktu, bermakna mereka adalah pasaran Laut Biru yang menguntungkan apabila dapat diteroka dengan berkesan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan,
saya berharap agar catatan ini sedikit sebanyak menjelaskan isu penggunaan kata ‘direkodkan’ bukan ‘diriwayatkan’ pada satu ketika.
Perkara yang penting ialah sampainya mesej dakwah kepada golongan sasar.
Kaver desain buku ini sangat menarik. Saya kagum dengan individu yang terlibat dalam pembikinan kaver yang menarik ini. Saya suka.
Post a comment