Tuesday, May 06, 2008

Apakah PTS Cemas Apabila Laut Biru Sastera Remaja Semakin Meriah

Saat ini, kita dapat melihat sudah mula ada buku-buku sastera remaja yang diterbitkan oleh pemain-pemain baru dalam sektor ini.

Selama 4 tahun yang lalu hanya PTS menerbitkan buku-buku sastera awal remaja dan remaja. Kemudian penerbit KarnaDya ikut masuk dengan secara sangat konsisten. Kini, semakin banyak penerbit novel cinta ikut masuk pasaran novel remaja. 

Bagaimanakah PTS melihat perkembangan terbaru ini? Tidakkah PTS berasa terancam dengan banyaknya pemain baru itu?

Perkembangan terbaru ini amat menggembirakan PTS. Sebagai pemain terbesar dalam sektor novel remaja, PTS memang mahukan lebih banyak penerbit ikut menerbitkan buku-buku remaja.

PTS mahukan lebih banyak judul Melayu dipamerkan dalam kedai-kedai buku supaya dengan itu akan terciptalah fenomena yang disebut "supermarket-effect". Apabila di sesuatu tempat itu dibuka sebuah supermarket, maka berduyun-duyun orang pergi membeli-belah di supermarket itu, sehingga tutuplah kedai-kedai runcit tradisional di sekelilingnya.

Orang lebih suka pergi ke supermarket kerana supermarket menawarkan lebih banyak pilihan. Bukan hanya lebih banyak orang pergi ke supermarket, malah setiap orang yang masuk supermarket membeli lebih banyak barang.

Apabila lebih banyak novel remaja diterbitkan, ia mendorong pengurusan kedai memberikan lebih banyak rak bagi mempamerkan novel-novel itu. Inilah yang kita amat mahukan kerana lebih banyak rak bermakna lebih mudah rak-rak itu menarik perhatian pengunjung. Barulah orang yang masuk kedai itu perasan adanya rak-rak buku-buku novel remaja. Situasi ini mendorong lebih banyak pengunjung pergi kepada rak-rak novel remaja. 

Lebih banyak buku memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung kedai buku. Pilihan yang banyak mendorong orang membeli lebih banyak.

Kalau industri buku Melayu hendak survive, kita terpaksa segera mencipta supermarket buku-buku Melayu supaya lebih banyak orang pergi mengerumuni rak-rak buku Melayu dan membeli lebih banyak buku Melayu.

Ini bermakna penerbit buku-buku Melayu mesti menerbitkan beribu-ribu judul Melayu. Barulah dengan itu kedai-kedai buku yang ada sekarang dapat menawarkan ribuan judul-judul Melayu.

Ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh 1 ataupun 2 buah penerbit sahaja. PTS dan KarnaDya berdua tidak mungkin dapat menerbitkan ribuan judul sastera remaja setiap tahun.

Hanya apabila banyak penerbit menerbitkan buku-buku Melayu barulah ribuan judul itu dapat dibekalkan kepada kedai-kedai buku. Barulah tercipta "kesan supermarket" itu.

Apa yang berlaku dalam supermarket itu nanti adalah persaingan yang sihat. Apabila pembeli berdepan dengan ribuan buku pilihan, seperti biasa, mereka berpeluang memilih buku-buku yang terbaik.

Di dalam supermarket, 'brand' mula memainkan peranannya. Justeru, para penerbit buku Melayu perlu melabur dalam aktiviti "branding". 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laporan Jualan Sastera Remaja PTS di MPH Alamanda Putrajaya April 2008 Previous entry: Waris Leftenan Adnan Dijejaki
Amiene Rev  on  05/06  at  08:14 PM

Pada mulanya saya berasa cemas membaca entri ini, tetapi sampai ke perenggan ke-4, barulah saya berasa lega dan tersenyum.

Hidup PTS! Hidup KarnaDya! Bersatu padu memajukan sektor buku-buku novel untuk remaja!

Dan saya juga akan memecut laju untuk memberi sokongan kepada PTS dan KarnaDya;, masanya, detiknya… hampir tiba.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: