Thursday, April 30, 2009

Laut Biru Terbaru: Perempuan Mula Membaca Komik

Nona kecil ini khusyuk membaca Komik-M PTS sehingga tidak menyedari fotonya diambil oleh fotografer PTS yang bertugas.

.

Dalam foto di atas gadis-gadis awal remaja, pelajar sekolah menengah rendah, yang telah datang lama menikmati Komik-M PTS tetapi tidak cukup wang mahu membelinya. Sungguh kasihan!

.

Di atas adalah gadis-gadis remaja, pelajar sekolah menengah atas, yang membeli Komik-M PTS.

Dua orang wanita bekerja di atas menunjukkan minat kepada Komik-M yang terletak di atas meja. 

Dalam foto di atas ibu-ibu muda teruja apabila mereka ternampak Komik-M PTS terletak di atas meja.

Dua bulan yang lalu saya diberi taklimat oleh Tuan WanZu (Editor Komik-M), Tuan Alif Firdaus (pekomik Orang Kuat), dan Tuan Firdaus Ariff (novelis sai-fai PTS) tentang trend terbaru pasaran komik di Malaysia.

Mereka memberi maklumat bahawa sejak akhir-akhir ini banyak perempuan mula membeli dan membaca komik. Ertinya, sudah tidak betul lagi sangkaan bahawa komik hanya dibaca oleh lelaki.

Menurut mereka, bukan lagi perkara ganjil jika kita pergi ke kedai buku pada waktu petang dan nampak bukan remaja lelaki, sebaliknya perempuan remaja, yang berdiri-diri di depan rak komik sambil membaca. 

Apa yang mereka beritahu saya itu dapat saya lihat dengan mata kepala saya sendiri sepanjang Pesta Buku 2009 yang baru berlalu.

Fenomena perempuan meminati komik bukan hanya berlaku di rak Komik-M di booth PTS tetapi juga di gerai penerbit komik lain. 

Keadaan ini, yakni komik untuk pembaca perempuan, adalah Laut Biru terbaru bagi penerbit. 

PTS komited mahu memasuki dan sekaligus mengembangkan pasaran sektor komik Melayu karya asal pekomik Malaysia, baik komik untuk pembaca lelaki mahupun pembaca perempuan. 

Matlamat PTS adalah mendapatkan rak khusus untuk komik sahaja di dalam kedai-kedai buku.

Pada masa ini jumlah judul komik belum cukup banyak bagi meyakinkan pihak pengurusan kedai supaya memberikan rak khusus untuk komik sahaja.

Sekarang ini, komik dipamerkan bersama-sama buku lain, ada kalanya terselit-selit, sehingga pengunjung kedai tidak perasan kahadiran komik-komik itu.

Jadi, PTS mengajak rakan-rakan penerbit supaya melabur dalam Laut Biru ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: OK yang Tidak OK Previous entry: Pegawai 20%
Syaizul Amal  on  04/30  at  08:22 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Doa saya agar sihat sejahtera dan dikuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Saya telah lama berbincang dengan Helmino [pelukis freelance PTS] mengenai komik pelajar Sekolah Sri Bangsar.

Maklumat ini menguatkan lagi teori saya. Komik ini juga boleh dijadikan permulaan bagi kartun siri Aku Mahu.

Sekiranya Tuan Wanzu ingin menerokai laut biru komik untuk pasaran “nona manis” ini. Saya sedia bekerjasama.


Wasalam
Syaizul
Pengurus AinMaisarah

Ice  on  04/30  at  01:21 PM

hmm..nampak gayanya kena tag team dengan penulis buku wanita-remaja lepas ini.

Firdaus  on  05/01  at  07:31 AM

Tn. Ice, saya sedang mencari pelukis bagi satu siri yang ditujukan kepada wanita. Mahu turut serta? Penulis buku wanita-remaja Pn. Kusyi Hirdan juga akan turut serta. smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: