Layanan 5 Bintang di Booth PTS
Seorang pembeli buku PTS yang menggunakan nama FB "CT" menulis posting seperti di bawah ini:
"Pakaian (topi koboi PTS) sebagai first impression.... tetapi layanan mereka yang amat saya hargai.... Dengan senarai buku yang ingin saya beli, staff PTS membantu saya mencarinya, sampai ada buku tu panas lagi, baru sampai ke PWTC. Dah tu bila saya siap membeli... mereka tolong jaga buku-buku yang saya beli sementara saya keluar mencari teksi, selepas itu, mereka bantu pula usung buku-buku yang saya beli dan masukkan ke dalam teksi."
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan,
Saya pula akan komen sedikit. Saya akui gerai PTS paling menarik. Senang mencari buku yang diminati bila dikelaskan mengikut temanya sendiri. Saya pergi hari Isnin lalu.
Komen saya,
1. Terlalu ramai staff PTS yang bertugas. Mengganggu pembeli mencari buku kerana ramai yang berdiri keliling meja dan setiap rak pasti ada penunggu!
2. Ada staff yang amat berat mulutnya. Soalan saya hanya dijawab selepas tiga kali saya bertanya. Janganlah begitu melayan pelanggan.
Layanan petugas PTS memang mengkagumkan, bila saya tanya apa novel lain penulis ini, macam tak cukup langkah petugas tu dapatkan kesemua buku dari penulis yang sama. Mereka tahun koleksi apa yang ada.
Staf PTS majoritinya kacak dan cantik. Kalau tak kacak dan cantik pun, mereka manis.
Terima kasih kepada staf PTS yang seorang ini, kerana membantu dalam pertanyaan saya, walaupun kena menjawap 2,3 soalan daripada orang lain.
Post a comment