Monday, September 24, 2007

Lelaki dan Komik: Surat Seorang Isteri

Salam muhibbah penuh sejahtera Sifu Ainon…

Saya sentiasa melayari laman sesawang UNIKA dan saya dapati Puan sentiasa menawarkan pakej-pakej penulisan yang amat menarik. Saya dan suami begitu teruja apabila Puan turut mengetengahkan kepada umum tentang projek hebat PTS iaitu novel berbentuk game dengan pihak METADOME.

Untuk pengetahuan Puan, suami saya adalah ‘hantu’ komik bersiri daripada China - Pahlawan Naga Kembar. Dia ketagih komik ini sejak di universiti sehingga sekarang. Malah, dia sanggup mengenepikan sebahagian kecil gajinya semata-mata untuk membaca komik yang pada pandangan saya langsung tidak menarik. Kadang-kadang, kerana terlalu taksub dengan jalan cerita komik berkenaan, dia menggadai nyawa membacanya sambil memandu. Alahai…

Saya selalu membebel dan pernah bertindak nekad membakar koleksi buku komiknya itu. Walaupun dia tidak marah, tetapi ternyata dia tidak pernah mengubah tabiatnya.

Pada pandangan saya sebagai seorang wanita, buku sedemikian langsung tidak bermanfaat dan tidak membawa apa-apa faedah selain membazir wang sahaja - biarpun saya tahu ia lebih baik daripada dia membeli rokok - mujur dia tidak merokok. Dalam pada itu, dia juga gila dengan game komputer, PS2 dan juga filem-filem thriller. Memang jiwa lelaki muda begitu agaknya.

Bagaimanapun, persepsi saya berubah apabila meneliti idea tentang projek novel-game Puan itu. Rasanya ‘ketaksuban’ suami saya terhadap komik China itu boleh dieksploitasi supaya dia mencernakan semula jalan cerita komik itu kepada versi novel-game berjiwa tempatan. Saya tidak pasti sejauh mana kemampuannya, tetapi saya yakin Sifu PTS tentu sekali boleh membantu dan memberi tunjuk ajar.

Terima kasih sekian kali. Assalamualaikum wbt…
NT

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Skim Pinjaman Buku Teks 100%: Apa Agenda Tersembunyi yang Rakyat Perlu Tahu Previous entry: Tip Survival Penerbit: Bertahan Menjalani Naik Turun Pasaran Buku
Zamri Mohamad  on  09/28  at  04:10 AM

Assalam alaikum,

Kebanyakan rakan-rakan saya (termasuk saya) sukakan komik-komik Hong Kong seperti Pedang Setiawan dan beberapa komik lain.

Kami pun mahu jadi hero dalam komik. Heheheh

Dari zaman sekolah, pelajar mengumpul wang saku bagi membeli komik nipis dengan cetakan penuh warna setiap minggu. Ya! Setiap minggu!

Ada penerbit mengeluarkan edisi bumper, digabungkan beberapa siri dan dijual sebagai edisi yang tebal.

“Kuasa Titanium!” (sudah lupa tajuk komik ini)

wanzu  on  09/28  at  04:57 AM

dewata raya la tu

Zamri Mohamad  on  09/28  at  05:04 AM

Ha! Betul, komik Dewata Raya! Makin lama makin mengarut, itu yang lama tak ikuti lagi. Hampir tersebut Dewangga Sakti tadi hahaha!

Teringat watak Pelawak Tulang dengan wanita-wanita di sekelilingnya.

Semua ada masalah hidup. Akhir sekali jadi samseng (dibaca pahlawan)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  07:49 AM

Saya sukakan alam perwira…^_^

Fable Fox  on  10/01  at  05:43 AM

Nasib baik saya berkawan dengan peminat setia, jadi tidak payah beli. Saya suka Raja Rimba. Komik lain terlalu ‘kemasa lampauan’. Heh..heh..

alifstyle  on  10/01  at  08:53 AM

Saya suka semua tulisan Wan Yat Leung. Best! Penulis komik yang hanya boleh buat cerita dengan melukis orang lidi. Tetapi semuanya best. Antaranya, Pendekar laut, wira tunggal dan parang gila

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/13  at  04:55 PM

Saya suka pahlawan naga kembar juga.. komik ni baru 3tahun jer rasanya..
yang lama.
juara jalanan.. raja rimba.. alam perwira.
paling lama.. jejak wira rasanya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.