Tuesday, September 19, 2006

Lesen Hakcipta: Pandangan Peguam Nisah Haron

Semalam saya makan tengah hari dengan Puan Nisah Haron, peguam dan novelis terkenal. Pada 12 September lalu MABOPA mengundang beliau mengadakan bengkel kepada anggota-anggota MABOPA tentang dokumen perjanjian penerbitan.

Sebelum menjalankan bengkel itu beliau mendapatkan contoh-contoh dokumen perjanjian beberapa penerbit terkenal dan mengkajinya. Bagi pihak PTS, saya sendiri mengarahkan pegawai undang-undang PTS supaya menghantarkan kepada beliau dokumen itu.

Bagi penerbit lain, beliau tidak menerima kerjasama, lalu beliau mendapatkannya daripada penulis yang karyanya diterbitkan oleh penerbit-penerbit itu.

Menurut penilaian Puan Nisah Haron, perjanjian penerbitan PTS adalah yang paling baik. Menurut beliau hanya PTS yang meletakkan tempoh kuatkuasa perjanjian itu dengan jelas dan tepat, manakala penerbit-penerbit lain tidak meletakkan tempoh itu.

Menurut Puan Nisah, beberapa penerbit terkenal telah 'mengubah' dan 'memperbaiki' isi kandungan perjanjian mereka dengan penulis. TETAPI, apa yang berlaku, selepas 'diperbaiki' ternyata klausa-klausa dalam versi baru itu lebih menekan para penulis berbanding dengan versi lama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta: Isu Tempoh Izin Penerbitan Previous entry: Hakcipta dan Kontrak Kerja
alang bidara  on  09/19  at  07:00 PM

Kan saya dah komen dalam blog (semasa universitipts.com belum ada..), kalau nak kurangkan risiko dieksploitasi oleh piahk yang tidak bertanggung-jawab, elok bersama PTS. Kini terbukti andaian saya itu. Emm…
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: