Wednesday, September 13, 2006

Lokasi dalam Novel

Menurut seorang penulis novel cinta terkenal, Puan Aina Emir, beliau dapati apabila dalam novel beliau ada unsur nama-nama sesuatu tempat, jualan novel itu di daerah tersebut jauh lebih tinggi daripada jualan di tempat-tempat lain.


Sebagai contoh, novel beliau yang menggunakan lokasi Kelantan terjual banyak di Kelantan. Manakala novelnya yang menggunakan lokasi Kuala Kangsar, banyak terjual di Perak.


Pemerhatian yang beliau lakukan ini mempunyai implikasi menarik apabila saudara menulis novel saudara.


1. Apabila saudara menggunakan satu sahaja lokasi, appeal novel itu lebih tinggi di suatu kawasan sahaja. Sebagai contoh, jangan gunakan Kelantan sebagai lokasi daripada awal cerita sehingga akhir cerita. Nanti novel itu cuma lebih popular di Kelantan.


2. Gunakan banyak lokasi, supaya novel itu mempunyai appeal ke atas kawasan pasaran yang lebih luas. Sebagai contoh, sesetengah peristiwa berlaku di Kelantan, ada yang berlaku di Johor, dan ada yang berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Sesetengah kawasan mempunyai populasi pembeli buku yang lebih ramai daripada kawasan-kawasan lain. Ambil kira faktor ini apabila memilih lokasi.


Jika saudara memilih Sabah ataupun Sarawak sahaja sebagai lokasi, kedua-dua negara ini belum mempunyai pasaran novel yang besar. Maka perlu saudara tambahkan lokasi-lokasi lain dalam novel saudara itu dengan memasukkan tempat-tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kota Baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta: Isu Persamaan Jalan Cerita Previous entry: Nasib Buku dalam Kedai Buku
pezul  on  09/14  at  10:08 AM

saya begitu tertarik dengan novel tombiruo tulisan RAMLEE AWANG MURSHID(penulis yang saya kagumi). beliau berjaya menggambarkan keadaan hutan keningau sabah dengan baik sekali.bila saya membacanya saya rasa seolah-olah berada di hutan keningau sabah.saya tak mampu lagi untuk ke sana…
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.