Lomba Novel Cinta PTS Mencari Sponsor
Entri ini khusus untuk mentee-mentee SifuPTS!
Adakah saudara mempunyai network dengan seseorang yang bertugas di institusi Islam seperti LUTH, Bank Muamalat, YADIM, Takaful Nasional dan lain-lain?
Kita sedang mencari sponsor bagi menghadiahkan tiket-tiket penerbangan mengerjakan umrah bagi para pemenang lomba.
Sebagai balasan, nama lomba ini akan menggunakan nama institusi itu dan ia akan dicetak pada semua kulit novel yang menang hadiah. Sebagai contoh sahaja: "Pemenang Pertama Lomba Novel Cinta Islami LUTH."
Tolong ceritakan kepada beliau siapa dan apa perjuangan PTS, dan ceritakan apa idea sebenar di sebalik lomba novel cinta ini. SifuPTS dan penasihat PTS, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan mahu berjumpa beliau dan menerangkan secara rasmi lomba ini.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

puan.
cuba cek dengan yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia. setahu saya antara program ypeim ialah program pencetakan bahan dakwah. percetakan ensiklopedia sirah (afzalurrahman) dan tafsir si bawah naungan al-quran (syed qutb) dulu diterbitkan kerjasama dbp dan ypeim. saya rasa puan tahu kot. kalau kena gaya dan caranya mungkin boleh dapat. saya ada kawan yang ada kontek dengan orang-orang besar dalam sana. (kontek saya tak berapa kuat). tapi dia pergi haji. tunggu dia balik dulu. esok rasanya.
cek http://www.ypeim.net.my
——-
Saya pernah bertugas dengan sebuah syarikat insuran terbesar di Malaysia (Mnrb Holding Bhd) yang mempunyai anak syarikat Takaful Ikhlas.
Sepanjang bertugas di sini saya dapati syarikat ini amat bermurah hati dalam soal-soal kebajikan dan merupakan penyumbang utama Tabung Kanser Malaysia (MAKNA). Sila layari laman web berikut:
http://www.takaful-ikhlas.com.my/frame.html
http://www.malaysian-re.com.my/home/home.asp
Takaful ikhlas - CEO - Tuan Haji Syed Moheb
Malaysia-RE - CEO - Tuan Haji Anuar Hasaan.
InsyaAllah saya percaya mereka sudi membantu.
Puan yang dihormati,
Bolehkah Puan perincikan lagi tentang sponsor ini (berapa jumlah tiket atau jumlah RM, bila tarikh tutup). Insya Allah, bila peluang ada, boleh saya membuka mulut.
Lagi satu, selain novel cinta, adakah rancangan untuk sponsor buku-buku tema lain? Saya kurang pasti tema cinta sesuai dengan organisasi ini, (bank misalnya).
Terima Kasih,
Rihan
Post a comment