Tuesday, September 28, 2010

Mahu Membaca Buku di Dalam Kedai Buku tetapi Dihadapkan ke Mahkamah atas Tuduhan Mencuri

Kepada pengunjung kedai-kedai buku, berhati-hati apabila mengambil buku dengan niat mahu membaca buku itu di dalam kedai buku itu.

Apa yang berlaku kepada bekas pelakon drama TV Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah (foto), atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim, elok dijadikan iktibar.

Beliau pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri buku di sebuah kedai buku elit yang sangat terkenal di kompleks membeli-belah Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur. Akibatnya beliau dijatuhi hukuman 2 bulan penjara dan denda RM2,000.

Tetapi pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman itu kerana tiada bukti bahawa beliau mencuri buku-buku tersebut.

Menurut beliau, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau mengambil buku-buku itu dan cuba mencari sudut di dalam kedai itu di mana beliau hendak membaca buku-buku tersebut.

Baca ceritanya di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Elakkan Fenomena Menerbitkan Banyak Buku Tetapi Tidak Memiliki Harta Intelek Previous entry: Tip Survival Penerbit: Peranan Penting Eksekutif Harta Intelek
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/05  at  11:24 AM

Wah! ...Kalau saya seorang pengarah filem, saya akan cari dia untuk berlakon kerana berbakat besar!!!

Wah!...Kalau saya seorang penjenayah, saya akan mencari peguam tersebut kerana berjaya memanipulasikan kejadian dan undang-undang!!!

Wah!...kalau saya seorang pembaca dan peminat buku, saya tidak akan mencari sudut tersorok dan menukar serta membuang tanda harga di belakang buku tersebut.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.