Tuesday, September 18, 2007

Macam Apakah Citarasa Pembaca Kota Madya

Pada masa ini 60% jualan buku-buku PTS adalah dalam rangkaian kedai-kedai buku elit yang berada di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain.

Sebelum ini rangkaian MPH adalah saluran buku-buku PTS yang No. 1 dari sudut nilai jualan. Kedudukan itu sekarang sudah berpindah kepada POPULAR, apabila rangkaian itu banyak membuka outletnya di kota-kota madya di luar Lembah Kelang.

Penerbit dan penulis buku-buku Melayu mesti memecahkan persoalan ini bersama-sama: Apakah jenis-jenis buku yang dapat dijual kepada pembaca di bandar-bandar sederhana besar, seperti Keluang, Kemaman, Sungai Petani, Kuala Selangor, Tumpat dan lain-lain?

Pada suatu masa dahulu KFC mengambil risiko membuka restorannya di bandar-bandar kecil, dan terbukti pelaburan mereka itu berhasil.

Apabila POPULAR membuka cawangannya di bandar-bandar sederhana, ini adalah peluang bagi penerbit dan penulis buku-buku Melayu ikut menerokai potensi meningkatkan jualan buku-buku Melayu ke mana-mana POPULAR pergi.

Data jualan PTS menunjukkan apabila POPULAR membuka cawangannya di bandar Sungai Petani, Kedah, jualan sesetengah judul naik, manakala sesetengah judul tidak naik.

Buku "Pasar Malam" ini adalah contoh buku yang laku di bandar besar dan di bandar-bandar kecil. Buku ini habis terjual dalam tempoh 4 bulan sahaja!

Ini menunjukkan, ada jenis buku yang laku di kotaraya seperti Kuala Lumpur, dan laku juga di bandar seperti Sungai Petani.

Pada pendapat saudara, buku apakah lagi yang dapat dijual kepada peminat buku di kawasan sekitar kota-kota madya kita?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Peluang Memiliki Harta Intelek dengan Menterjemah Previous entry: Di Mana Etika Penerbit Ini?
mkRiza  on  09/19  at  12:38 AM

Pada pendapat saya mungkin buku-buku motivasi yang berkaitan dengan pekerjaan masyarakat di bandar-bandar sederhana.

Contohnya:
(a) Menjadi kaya dengan bertani.
(b) Menabung untuk pekerja industri
(c) Bisnes MLM untuk suri rumah

Ini sekadar cadangan sahaja tau ! grin
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/19  at  12:50 AM

Assalamualaikum,

Saya melihat buku-buku berkaitan motivasi dan kaedah pendidikan sentiasa dicari oleh masyarakat di kawasan seperti ini. Contohnya

1. Cara mendidik anak yang betul
2. Buku Motivasi Alihan Pelajar

Saya percaya masyarakat di kawasan seperti ini juga menjadi pendengar setia Radio IKIM. Kisah Motivasi Alihan Pelajar ini sudah tidak asing lagi kepada pendengar-pendengar radio tersebut.

Wallahua’lam.

Wassalam

xara  on  09/19  at  02:01 AM

Mungkin juga buku berjudul..“Bagaimana bekerja dari rumah”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  09:09 AM

Bagaimana berfikir lebih kreatif..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  09:23 AM

Banyakkan buku-buku yang membantu membangunkan individu…tidak terhad kepada cerita-cerita motivasi saja..sedih melihat kawasan-kawasan yang bukan bandar utama disogokkan dengan pelbagai cerita tahyul & cinta yang berlebihan…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.