Macam-macam Cara Penerbit Menagih Hutang
Menjual buku bukanlah perkara paling sukar yang mesti dilakukan oleh penerbit buku. Perkara yang paling sukar adalah mengutip hutang.
Antara penghutang yang paling berisiko adalah peniaga buku yang tidak mempunyai kedai. Jika yang berhutang itu mempunyai kedai buku, kita boleh pergi ke kedai bukunya. Contoh peniaga buku yang tidak mempunyai kedai adalah mereka yang menjual buku dengan membuka meja di pasar-pasar malam, mereka yang pergi dari ceramah ke ceramah, dari sekolah ke sekolah, ataupun dari pejabat ke pejabat dan lain-lain.
Ini yang pernah berlaku kepada seorang sahabat penerbit buku yang terkenal juga nama syarikatnya.
Seorang peniaga buku bergerak mengambil stok secara kredit 90 hari. Mula-mula peniaga itu datang membayar tunai, setiap kali datang dia beli tunai, lama-lama dia minta kredit 30 hari lalu diberi. Dia membayar hutangnya, lalu meminta kredit 60 hari lalu diberi. Dia membayar hutangnya. Lama-lama kepercayaan sahabat saya itu semakin tinggi, lalu dia meminta had kreditnya dinaikkan sampai RM10 ribu selama 90 hari, itupun diberi juga, maklumlah trek rekodnya baik.
Kemudian peniaga itu tidak membayar hutangnya dan tidak muncul-muncul lagi. Apabila ditelefon dia tidak menjawab. Kemudian nombor itu pun tidak dalam perkhidmatan lagi.
Sahabat saya itu bertanya kepada networknya di mana alamat rumah peniaga itu. Lalu beliau pergi, tetapi rumahnya tutup. Lalu sahabat saya berkenalan dengan jiran peniaga itu dan menceritakan masalahnya. Jiran itu berjanji akan menelefon sahabat saya apabila sahaja dia nampak peniaga itu ada di rumah. Lalu itulah yang dilakukan oleh si jiran....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment