Friday, July 04, 2008

Macam-macam Kerenah Penulis PTS

 

 

 

 

 

Petang tadi Sifu makan tose dengan Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi dan Tuan Fauzul di kedai Mamak di hadapan pejabat editorial PTS di Wangsa Melawati.

Dr. Tengku termasuk Top 10 penulis PTS bagi tahun 2007.

Beliau datang ke PTS bagi mengambil cek royalti tahun 2007 (yang handsome jumlahnya). Beliau juga datang membeli 200 naskhah buku beliau sendiri untuk para peserta program motivasinya.

Selepas habis makan tosenya, Dr. Tengku mengeluarkan buku cek, lalu menulis sekeping cek, lalu diserahkan kepada Tuan Fauzul.

"Lain kali, apabila Dr. membeli buku PTS, Dr. tidak perlu tulis cek, tolak sahaja dengan royalti," kata saya kepadanya.

"Oh! Tidak. Saya tidak mahu royalti saya ditolak," jawab pakar motivasi itu.

"Saya mahu fotokopi cek royalti saya, kemudian saya mahu tunjukkan kepada orang lain supaya mereka pun mahu menulis buku. Saya mahu mereka tengok sendiri berapa banyak saya mendapat wang royalti daripada buku saya Motivasi Alihan Pelajar," katanya lagi.

Kemudian beliau berkata lagi, "Saya akan masukkan cek ini ke dalam akaun Tabung Haji saya, dan saya akan biarkan di situ. Selama ini saya hidup tanpa wang royalti, jadi biarlah wang royalti saya beranak-pinak di situ."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Menjadi Pengarang Besar Previous entry: Akan Diterjemah dan Diterbitkan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: