Monday, January 21, 2008

Macam-macam Komplen tentang PTS

Kita berkali-kali menerima feedback tentang PTS. Berikut adalah komplen yang Sifu pernah terima dan catatkan seperti di bawah:

(1) Jika penulis baru hendak menerbitkan buku dengan PTS ia adalah sukar, kerana standard buku-buku PTS tinggi, oleh itu sukar bagi penulis baru hendak mencapai standard itu.

(2) PTS hanya mahukan penulis-penulis yang sudah terkenal sahaja. 

(3) PTS mempunyai kumpulan penulisnya sendiri, yang sudah jadi macam kroni PTS, jadi penulis-penulis lain susah hendak masuk.  

(4) PTS ada gayanya sendiri, oleh sebab itu sesiapa yang tidak menulis ikut gaya PTS, maka karyanya tidak berpeluang diterbitkan oleh PTS. 

(5) Editor-editor PTS suka mengedit karya orang sampai 'rosak' bahasanya. 

(6) Editor-editor PTS mengamalkan pilih kasih. Sesiapa yang pandai mengampu editor, buku-bukunya akan dicepatkan penerbitannya.

(7) Editor-editor PTS 'double-standard'. Ada syarat yang dikenakan kepada penulis lain, tetapi syarat itu tidak pula dikenakan kepada penulis lain. 

(8) PTS terlalu mementingkan untung, jadi buku-buku yang bagus tetapi sukar dijual, langsung PTS tidak mahu terbitkan.

(9) PTS tidak mahu bertolak ansur tentang kebebasan penulis menulis apa yang mereka mahu. Terlampau banyak syarat itu-tak-boleh ini-tak-boleh.

(10) PTS menyusahkan penulis dengan pelbagai kerenah kerja seperti penulis dikehendaki menghantar sinopsis lengkap dahulu, dan sinopsis perlu dibaiki sebelum boleh mula menulis.

(11) PTS tidak suka menerbitkan novel-novel remaja yang tidak bersiri.

(12) PTS mengongkong kebebasan penulis menggunakan gaya bahasanya sendiri kerana PTS mewajibkan penulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sahaja.

(13) PTS terlalu didominasi oleh teori-teori bahasa dan sastera yang dicipta oleh Chairman PTS (Sifu) dan Penasihat PTS (Prof. Abdullah Hassan).

(14) PTS hanya menerbitkan buku-buku karya penulis yang berpendidikan tinggi sahaja, mesti mempunyai segulung ijazah, kalau tidak, PTS tidak pandang sebelah mata.

(15) PTS penerbit yang sombong terhadap golongan penulis underground dan juga penulis generasi lama.

(16) Editor-editor PTS ada yang tidak menjawab emel. 

(17) Editor-editor PTS tidak bergaul dengan komuniti sastera oleh itu sukar hendak menjalin hubungan mesra dengan mereka.

(18) Editor-editor sastera PTS bukan lulusan sastera, mereka tidak faham teori-teori sastera dan teori-teori kritikan sastera.

(19) Semenjak PTS sudah menjadi penerbit "besar", PTS tidak mesra macam mula-mula dulu.

(20) Editor-editor PTS sombong sebab tidak melayan penulis yang tidak menggunakan internet. 

(21) PTS tidak terbuka kepada kritikan. Editor-editor PTS cuma suka dipuji-puji, menyebabkan penulis-penulisnya sendiri takut hendak menyuarakan pendapat, hanya berani bercakap sesama mereka di belakang PTS.

(22) PTS terlalu agresif dalam pasaran sehingga ada kalanya tidak mementingkan mutu ilmu dalam buku-buku terbitannya. 

(23) Buku-buku agama PTS merendahkan martabat bahasa Arab sebagai bahasa wahyu, menghina Nabi Muhammad dan menjatuhkan imej Islam sebagai agama Allah.

(24) Buku-buku PTS hanya gah pada kulitnya sahaja, sedangkan isinya tidak mantap. 

(25) PTS pandai main lobi itulah sebabnya setiap tahun buku-buku PTS sahaja paling banyak dipilih untuk pembelian pelbagai agensi kerajaan.

(26) PTS tidak suka menolong penerbit perseorangan sebab tidak mahu mengedarkan buku-buku mereka.

(27) Buku-buku PTS hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku bandar besar sahaja.

(30) Buku PTS asyik out-of-stock sahaja. Ejen dan kedai buku susah hendak mendapatkan bekalan lengkap bagi semua buku yang dipesan.

(31) Harga buku-buku PTS lebih mahal daripada harga buku Melayu terbitan syarikat lain. 

(32) PTS tidak menolong penerbit lain melesenkan buku mereka ke Jakarta. 

(33) PTS lambat mengulang cetak buku-buku yang sudah habis. Cuma buku-buku pengarang tertentu sahaja yang cepat diulang cetak. 

(34) Sangat susah hendak memohon menjadi ejen buku-buku PTS, syarat-syaratnya terlalu menyukarkan pemohon yang baru bertatih.

(35) PTS banyak melesen buku-buku dari Jakarta dan perkara itu merugikan penulis-penulis tempatan. 

(36) PTS tidak patriotik sebab ada design kulit buku pun sudah di-outsource kepada studio-studio di Jakarta, seolah-olah designer Malaysia tidak cukup berbakat.

(37) Banyak buku PTS yang ada dalam katalog tidak ada di kedai-kedai buku.

(38) Susah hendak membeli buku PTS sebab tidak semua kedai buku menjual buku PTS.

(39) PTS 'jahat' sebab PTS merampas rezeki penerbit lain yang selama ini menerbitkan buku-buku ulamak seperti Tuan Guru Hadi Awang tetapi sekarang buku-buku itu hanya dibenarkan PTS sahaja menerbitkannya.

(40) Sesetengah judul buku PTS mengaburi mata pembeli. Judulnya sahaja yang gah tetapi isinya tidak berkualiti. 

(41) PTS pilih kasih apabila memilih penulis mana dan buku mana yang hendak dipromosi habis-habisan.

(42) PTS kerap menukar design kulit bukunya menyebabkan orang keliru dan terbeli buku serupa dua kali.

(43) PTS tidak bersikap terbuka terhadap kebebasan berkarya di kalangan artis komik kerana meletakkan syarat-syarat terlalu ketat. 

(44) Sukar mendapat peluang bertugas di PTS, perlu kenal orang dalam, sebab pegawai-pegawai PTS mengamalkan kronisme dan nepotisme. 

(45) Novel-novel remaja PTS terlalu Melayu, terlalu Islamik dan teralu lokal, tidak sesuai untuk bacaan anak-anak keluarga bukan Melayu dan bukan Islam.

(46) Buku cerita kanak-kanak PTS hanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Tidak ada buku cerita untuk bacaan kanak-kanak lelaki.

(47) Sekarang PTS tidak berapa baik sebab sudah mula mencuri staf syarikat lain. 

Komplen-komplen seperti di atas itu ada betulnya, dan ada tidaknya. 

Bagi saudara yang ada komplen selain yang tersenarai di atas, tulislah komplen saudara di sini.

Nota Sifu: Apabila menulis komplen, lebih pendek lebih efektif.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 100 Fonovela PTS-METADOME Dilancarkan Sempena Pesta Buku 2008 Previous entry: Reaksi SN Dato' A Samad Said Tentang KOMSAS
Panaharjuna  on  01/21  at  08:18 AM

Uish!, banyaknya rungutan!

Rungutan NO 46, membuatkan hatiku sedih…

Yam  on  01/21  at  09:06 AM

KOMEN SAYA DALAM HURUF BESAR.

(1) Jika penulis baru hendak menerbitkan buku dengan PTS ia adalah sukar, kerana standard buku-buku PTS tinggi, oleh itu sukar bagi penulis baru hendak mencapai standard itu.
(KOMEN SAYA: TAKKANLAH HENDAK AMBIL SESUATU MANUSKRIP, WALAUPUN TIDAK BERKUALITI?)

(2) PTS hanya mahukan penulis-penulis yang sudah terkenal sahaja.
(KOMEN SAYA: TIDAK BENAR SAMA SEKALI. SELAIN DATO’ FADZILAH KAMSAH DAN DR. DANIAL, PENULIS LAIN TIDAKLAH TERKENAL MANA PUN. KALAU PUN MEREKA KINI TERKENAL, PADA MASA MEREKA MULA-MULA MENULIS DENGAN PTS, MEREKA BELUM LAGI TERKENAL)

(3) PTS mempunyai kumpulan penulisnya sendiri, yang sudah jadi macam kroni PTS, jadi penulis-penulis lain susah hendak masuk. 
(KOMEN SAYA: KALAU PTS MEMENTINGKAN KRONI, TAKKANLAH PELBAGAI BENGKEL DIADAKAN UNTUK MENARIK PENULIS-PENULIS BARU?)

(4) PTS ada gayanya sendiri, oleh sebab itu sesiapa yang tidak menulis ikut gaya PTS, maka karyanya tidak berpeluang diterbitkan oleh PTS.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN.)

(5) Editor-editor PTS suka mengedit karya orang sampai ‘rosak’ bahasanya.
(KOMEN SAYA: KOMEN INI TIDAK 100% BENAR.)

(6) Editor-editor PTS mengamalkan pilih kasih. Sesiapa yang pandai mengampu editor, buku-bukunya akan dicepatkan penerbitannya.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(7) Editor-editor PTS ‘double-standard’. Ada syarat yang dikenakan kepada penulis lain, tetapi syarat itu tidak pula dikenakan kepada penulis lain.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(8) PTS terlalu mementingkan untung, jadi buku-buku yang bagus tetapi sukar dijual, langsung PTS tidak mahu terbitkan.
(KOMEN SAYA: PTS ADALAH SYARIKAT KOMERSIAL. JADI, KALAU TIDAK BUAT UNTUNG, BAGAIMANA PTS MAHU SURVIVE? WALAU BAGAIMANAPUN, PTS PERLU JUGA MEMPERTIMBANGKAN KARYA-KARYA BUKAN POPULAR.)

(9) PTS tidak mahu bertolak ansur tentang kebebasan penulis menulis apa yang mereka mahu. Terlampau banyak syarat itu-tak-boleh ini-tak-boleh.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN.)

(10) PTS menyusahkan penulis dengan pelbagai kerenah kerja seperti penulis dikehendaki menghantar sinopsis lengkap dahulu, dan sinopsis perlu dibaiki sebelum boleh mula menulis.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI TIDAK WAJAR SAMA SEKALI. INI ADALAH CARA KERJA KEBANYAKAN PENERBIT DAN BUKAN HANYA PTS.)

(11) PTS tidak suka menerbitkan novel-novel remaja yang tidak bersiri.
(KOMEN SAYA: TIDAK BENAR. SUDAH BANYAK KARYA REMAJA BUKAN BERSIRI SEPERTI NOVEL-NOVEL JIBUNSYI.)

(12) PTS mengongkong kebebasan penulis menggunakan gaya bahasanya sendiri kerana PTS mewajibkan penulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sahaja.
(KOMEN SAYA: PTS MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB MORAL UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BMT.)

(13) PTS terlalu didominasi oleh teori-teori bahasa dan sastera yang dicipta oleh Chairman PTS (Sifu) dan Penasihat PTS (Prof. Abdullah Hassan).
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN.)

(14) PTS hanya menerbitkan buku-buku karya penulis yang berpendidikan tinggi sahaja, mesti mempunyai segulung ijazah, kalau tidak, PTS tidak pandang sebelah mata.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI TIDAK BENAR.)

(15) PTS penerbit yang sombong terhadap golongan penulis underground dan juga penulis generasi lama.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(16) Editor-editor PTS ada yang tidak menjawab emel.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN.)

(17) Editor-editor PTS tidak bergaul dengan komuniti sastera oleh itu sukar hendak menjalin hubungan mesra dengan mereka.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(18) Editor-editor sastera PTS bukan lulusan sastera, mereka tidak faham teori-teori sastera dan teori-teori kritikan sastera.
(KOMEN SAYA:TIADA KOMEN.)

(19) Semenjak PTS sudah menjadi penerbit “besar”, PTS tidak mesra macam mula-mula dulu.
(KOMEN SAYA: KALAU PTS TIDAK MESRA, TAKKANLAH PRESIDEN SENDIRI TURUN PADANG UNTUK MENGENDALIKAN BENGKEL?)

(20) Editor-editor PTS sombong sebab tidak melayan penulis yang tidak menggunakan internet.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(21) PTS tidak terbuka kepada kritikan. Editor-editor PTS cuma suka dipuji-puji, menyebabkan penulis-penulisnya sendiri takut hendak menyuarakan pendapat, hanya berani bercakap sesama mereka di belakang PTS.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN.)

(22) PTS terlalu agresif dalam pasaran sehingga ada kalanya tidak mementingkan mutu ilmu dalam buku-buku terbitannya.
(KOMEN SAYA: TIDAK BENAR. ILMU BEGITU DIPENTINGKAN OLEH PTS. JIKA PTS TERLALU MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN, SUDAH LAMA PTS MENERBITKAN NOVEL PICISAN YANG BEGITU LAKU DALAM PASARAN.)

(23) Buku-buku agama PTS merendahkan martabat bahasa Arab sebagai bahasa wahyu, menghina Nabi Muhammad dan menjatuhkan imej Islam sebagai agama Allah.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(24) Buku-buku PTS hanya gah pada kulitnya sahaja, sedangkan isinya tidak mantap.
(KOMEN SAYA: KOMEN INI MUNGKIN ADA BENARNYA, BERGANTUNG PADA BUKU.)

(25) PTS pandai main lobi itulah sebabnya setiap tahun buku-buku PTS sahaja paling banyak dipilih untuk pembelian pelbagai agensi kerajaan.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(26) PTS tidak suka menolong penerbit perseorangan sebab tidak mahu mengedarkan buku-buku mereka.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(27) Buku-buku PTS hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku bandar besar sahaja.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN DAN MEMANTAPKAN PENGEDARAN MEREKA. KALAU BUKU TIDAK DAPAT DIBELI, SEMUA PIHAK RUGI.)

(30) Buku PTS asyik out-of-stock sahaja. Ejen dan kedai buku susah hendak mendapatkan bekalan lengkap bagi semua buku yang dipesan.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN. CONTOHNYA, MEMILIKI PRINTING PRESS SENDIRI. KALAU BUKU TIDAK DAPAT DIBELI, SEMUA PIHAK RUGI.)

(31) Harga buku-buku PTS lebih mahal daripada harga buku Melayu terbitan syarikat lain.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN. CONTOHNYA, MEMILIKI PRINTING PRESS SENDIRI UNTUK MENGURANGKAN KOS PERCETAKAN. KALAU BUKU TIDAK DAPAT DIBELI, SEMUA PIHAK RUGI.)

(32) PTS tidak menolong penerbit lain melesenkan buku mereka ke Jakarta.
(KOMEN SAYA: PTS SENDIRI BARU HENDAK BERTAPAK DI JAKARTA. BERILAH MEREKA PELUANG UNTUK BERKEMBANG DAHULU DI SANA SEBELUM MEMBANTU PENERBIT LAIN.)

(33) PTS lambat mengulang cetak buku-buku yang sudah habis. Cuma buku-buku pengarang tertentu sahaja yang cepat diulang cetak.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN.)

(34) Sangat susah hendak memohon menjadi ejen buku-buku PTS, syarat-syaratnya terlalu menyukarkan pemohon yang baru bertatih.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(35) PTS banyak melesen buku-buku dari Jakarta dan perkara itu merugikan penulis-penulis tempatan.
(KOMEN SAYA: HENDAK BUAT BISNES, MESTI DUA HALA. TAKKAN HANYA JAKARTA YANG LESEN BUKU KITA? WALAU BAGAIMANAPUN, PTS PERLU MEMASTIKAN ADANYA KESEIMBANGAN SUPAYA BUKAN HANYA BUKU JAKARTA YANG DILESEN.)

(36) PTS tidak patriotik sebab ada design kulit buku pun sudah di-outsource kepada studio-studio di Jakarta, seolah-olah designer Malaysia tidak cukup berbakat.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(37) Banyak buku PTS yang ada dalam katalog tidak ada di kedai-kedai buku.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN. KALAU BUKU TIDAK DAPAT DIBELI, SEMUA PIHAK RUGI.)

(38) Susah hendak membeli buku PTS sebab tidak semua kedai buku menjual buku PTS.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI ADA BENARNYA. HARAP PTS DAPAT BERI PERHATIAN DAN MEMANTAPKAN PENGEDARAN MEREKA. KALAU BUKU TIDAK DAPAT DIBELI, SEMUA PIHAK RUGI.)

(39) PTS ‘jahat’ sebab PTS merampas rezeki penerbit lain yang selama ini menerbitkan buku-buku ulamak seperti Tuan Guru Hadi Awang tetapi sekarang buku-buku itu hanya dibenarkan PTS sahaja menerbitkannya.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI TIDAK BENAR SAMA SEKALI. SEMUA PENULIS BERHAK MEMILIH PENERBIT YANG MEREKA SUKAI.)

(40) Sesetengah judul buku PTS mengaburi mata pembeli. Judulnya sahaja yang gah tetapi isinya tidak berkualiti.
(KOMEN SAYA: BERGANTUNG KEPADA BUKU.)

(41) PTS pilih kasih apabila memilih penulis mana dan buku mana yang hendak dipromosi habis-habisan.
(KOMEN SAYA: KOMPLEN INI MUNGKIN ADA BENARNYA.)

(42) PTS kerap menukar design kulit bukunya menyebabkan orang keliru dan terbeli buku serupa dua kali.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(43) PTS tidak bersikap terbuka terhadap kebebasan berkarya di kalangan artis komik kerana meletakkan syarat-syarat terlalu ketat.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(44) Sukar mendapat peluang bertugas di PTS, perlu kenal orang dalam, sebab pegawai-pegawai PTS mengamalkan kronisme dan nepotisme.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

(45) Novel-novel remaja PTS terlalu Melayu, terlalu Islamik dan teralu lokal, tidak sesuai untuk bacaan anak-anak keluarga bukan Melayu dan bukan Islam.
(KOMEN SAYA: TIDAK BENAR. BANYAK BUKU PTS YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK BUKAN ISLAM. CONTOHNYA, ADAM KECIL.)

(46) Buku cerita kanak-kanak PTS hanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Tidak ada buku cerita untuk bacaan kanak-kanak lelaki.
(KOMEN SAYA: TIDAK BENAR. BANYAK BUKU PTS YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK LELAKI. CONTOHNYA, ADAM KECIL, PENYIASAT EKSTROVERT, DEWANGGA SAKTI, BUDAK PSIKIK, DLL.)

(47) Sekarang PTS tidak berapa baik sebab sudah mula mencuri staf syarikat lain.
(KOMEN SAYA: TIADA KOMEN.)

Saya ingin menulis ‘komplen’ saya sendiri, iaitu PTS harus bersikap lebih telus. Ini tidaklah bermakna PTS tidak telus, malah memang PTS telus. Tapi, ianya boleh diperbaiki. Contohnya, apabila saya bertanya tentang pengiraan bayaran kepada penulis bagi pembelian terus dari PNM, saya cuma ingin tahu caranya, bukannya saya ingin menyibuk tentang formula in-house atau royalti orang lain.

Terima kasih.

Fable Fox  on  01/21  at  10:26 AM

Saya ada pengalaman tentang 1, 2, 4, 5, 6, 7 (terutamanya 7), 8, 9 10, 13.

Saya rasa di kemudian hari, semuanya adalah perniagaan. dan keuntungan menjadi perkara utama.

Tetapi ingin saya tahu, memandangkan sekarang Puan sudah tahu tentang komplen, apa yang Puan ingin buat?

Menarik juga, ingatkan saya seorang sahaja yang mengalami 1 hingga 13. Nampaknya ramai juga kalau sudah menjadi sebegini rupa…

Mya Marja  on  01/21  at  11:12 AM

Assalamualaikum,
Puan Sifu dan para pegawai PTS yang dihormati, ceria-ceria selalu.

Harap para editor PTS khususnya terus cemerlang dalam tugas masing-masing.

Merujuk kepada perkara (16) Editor-editor PTS ada yang tidak menjawab emel, setakat hari ini hanya seorang editor yang tidak pernah balas emel saya.(Mungkin emel saya tidak sampai.)Yang lain-lain semuanya membalas emel, bezanya pantas atau lambat sahaja. Orang yang paling pantas balas emel ialah Puan Ainon sendiri! Ini bukan ayat bodek, tetapi kenyataan. Gembira sangat apabila mendapat kiriman balas emel daripada Puan Ainon dan para editor yang lain, tidak kira apa pun isi kandungan emel itu.

Jika sesuatu emel itu tidak berbalas, saya tetap bersangka baik. Maklum sahaja, kerja-kerja editorial ini adalah kerja rumit, adakalanya memeningkan.

Wassalam.

Zamri Mohamad  on  01/21  at  11:22 AM

Saya kira perkara komplen-komplen ini timbul apabila penulis dan penerbit jarang duduk berbincang. Masing-masing ada isu baik penulis mahupun penerbit.

Saya bersetuju dengan satu pandangan dan pandangan ini juga disuarakan oleh salah satu anak syarikat PTS. Iaitu mengadakan pertemuan antara penulis-penulis di bawah satu bumbung. Bila, masih tidak mendapat kepastian.

Jadi dengan ini para penulis ambilah peluang jika hendak membuat teguran, memberi cadangan dan mendapat maklum balas daripada penerbit.

Saya ada satu kebimbangan Puan, apabila kumpulan penulis muda bertanyakan kepada saya kenapa sesebuah sinopsis dan proposal mengambil masa melebihi sebulan daripada tempoh yang dijanjikan untuk dinilai.

Perkara ini baru timbul dalam beberapa bulan tahun lalu bermula daripada siri-siri bengkel yang dianjurkan oleh salah satu anak syarikat PTS.

Ada seorang penulis sudah hendak mengeluarkan proposal dan dihantar kepada penerbit lain. Kelihatan rakan-rakan sekelilingnya juga sudah mengambil sikap sangat berhati-hati dengan anak syarikat ini.

Dalam keadaan ini saya melihat penerbit juga berhadapan dengan situasi tersendiri yang tidak difahami oleh para penulis.

1. Jumlah kakitangan satu anak syarikat yang terhad tetapi jumlah kerja berganda.

2. Anak syarikat hendak mengambil peluang segera menyambar penulis-penulis berpotensi baik yang bertaraf selebriti dan sebaliknya. Sekali lagi kakitangan yang sama perlu melakukannya.

3. Keperluan membaca pasaran,R&D;, menilai karya dan mencipta barisan produk baru yang tidak merugikan dan memberi impak kepada pasaran buku. Jika buku tidak laku, penerbit rugi dan penulis pun rugi.

Sebagaimana kata Puan tentang kesan 1:29, ia sudah berlaku dalam kampus itu. Meskipun penerbit perlu proaktif dalam mengambil peluang, pada masa sama faktor kawalan juga perlu diambil kira.

Penulis-penulis muda dan penulis kecil adalah majoriti yang berkarya dan menjadi tunggak mendukung perjuangan PTS. Meskipun mereka bukanlah selebriti, penulis sebalik tabir atau apa sahaja, perkara-perkara kecil ini menjadi sensitif bagi mereka.

Mereka mencipta network mereka sendiri melalui YM, warung kopi dan emel. Jarang menggunakan blog sebagai cara meluahkan rasa, nanti berkonfrantasi dengan penerbit pula.

Saya kira dari sudut penulis, ambil pendekatan berjumpa dengan penerbit jika mahu kepastian. Bahaya jika ambil sikap dengar-dengar sahaja.

Saya mencadangkan, sebagai sebuah penerbitan yang semakin membesar, saya kira di pejabat editorial dan jabatan pentadbiran di Batu Caves perlu digantung penyata misi & visi, budaya kerja, amalan penerbitan dan juga FAQ dasar kerja dan dakwah PTS.

Ia memberi kesan kepada penulis baru yang berkunjung membaca sendiri apa yang cuba dilakukan oleh PTS (Isu buku agama Mat Rempit pun tidak timbul apatah lagi membuang nota kaki tanpa pengetahuan penulis), penulis sedia ada memahami apa yang dilakukan oleh PTS, sebagai pendidikan secara berulang kepada staf-staf yang baru menyertai perjuangan PTS. Ini bagi mengelakan keadaan tersalah cakap dalam memberitahu cara kerja PTS kepada penulis baru.

Cabaran PTS saya lihat perkara biasa apabila PTS bergerak menjadi sebuah penerbitan yang besar. Perumpamaan yang sama seperti kanak-kanak kecil, seronok dan manis ketika kecil tidak sama apabila sudah dewasa. Ada perubahan dalam hidup yang perlu dilakukan.

Memang menjadi impian penulis melihat karyanya diterbit segera dan dibaca. Tetapi dibaca sahaja tidak cukup selagi ia tidak sampai ke hati pembaca dan strategi merancang kejayaan buku tidak dapat dipenuhi.

Ada masanya dalam kita memikirkan kita sedang disusahkan oleh penerbit, perlulah kita fikirkan bagaimana cara kita membantu penerbit.

Dalam diam kita pun adakalanya tidak sedar kita bertindak ‘kejam’ dengan penerbit dan merasakan itu tidak apa-apa.

Pak Samad Said pernah berkata, “Wartawan jarang makan gaji tanpa makan hati.”

Itu kata Pak Samad dalam dunia wartawan yang tidak jauh bezanya dengan dunia penulis buku. Adat menjadi penulis, kita berjuang dengan rasa gembira dan air mata. Ada turun naiknya. Saya penulis ikan bilis rasa malu jika situasi disebutkan dalam entri kali ini menjadi alasan untuk mana-mana penulis menggunakan ia sebagai punch bag bagi menyalahkan penerbit dan mengumpul sokongan kumpulan malangnya.

Fokus kita adalah mencari penyelesaian yang menguntungkan penulis-penerbit. Iaitu kedua-duanya.

Kita selalu berfikir menjadi mangsa, mungkin juga penulis itu sendiri menjadi pemangsa?

Cara penulis dan penerbit melihat buku adalah berbeza. Itu yang menjadi konflik. Cabaran besar kita ialah hendak menyediakan pemikirannya dengan otak bisnes, otak pejuang dan otak pengkarya dalam satu acuan.

Langkah pertama, selain berkata, “Penerbit mesti itu dan ini...,” kita ubah kepada “Apa yang boleh kita buat bagi membantu diri sendiri dan penerbit.”

Jika tidak puas hati dengan penerbit usah dicanang-cangang cerita malang di sana-sini.

Kumpul RM10,000 sama ada wang sendiri atau pinjam, terbit buku sendiri (seorang rakan penulis saya berbuat demikian apabila beliau tidak mahu terbit dengan PTS) dan buktikan buku itu bestseller dan formula kita sendiri formula yang betul. Habis cerita.

Ini cabaran buat pemukul canang kisah malang mereka di sana-sini.

 on  01/21  at  01:03 PM

Saya menyokong pandangan Tuan Zamri tentang keperluan mengadakan sesi pertemuan di antara PTS dan para penulisnya secara berjadual. Sama ada 6 bulan ataupun setahun sekali.

Ini bagi mengeratkan lagi perhubungan dan memastikan segala masalah yang timbul dapat ditangani dengan segera.

REV  on  01/21  at  02:41 PM

Salam, Sifu.

Hm, saya dapati ada antara komen-komen di atas kontra antara satu sama lain. Seorang mengkritik begini - A, seorang pula mengkritik begitu - B.

Didapati kritikan A bertentangan dengan kritikan B!

Majoriti komen mengingatkan saya PTS seperti syarikat perisian gergasi dunia iaitu Microsoft.

Barangkali, sudah muncul genius penerbitan buku di Malaysia, dan bakal genius penerbitan dunia - PTS!

Tahniah PTS. PTS adalah role model dunia penerbitan buku masa kini. Penerbit-penerbit buku dari luar Malaysia juga patut ikut jejak PTS!

REV  on  01/21  at  02:49 PM

Saya berminat untuk mengulas komplen no. 45 yang berbunyi:

“Novel-novel remaja PTS terlalu Melayu, terlalu Islamik dan teralu lokal, tidak sesuai untuk bacaan anak-anak keluarga bukan Melayu dan bukan Islam.”

Terlalu islamik? Ayat-ayat Cinta yang terlalu islamik itu diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan dipasarkan di negara-negara bukan majoritinya orang Islam. Malah jualan buku tersebut mengalahkan jualan buku Harry Potter.

Islam itu sendiri satu fitrah, Nabi Muhammad itu sendiri adalah rasul kepada seluruh umat manusia, sama ada muslim atau non-muslim.

Gaya hidup Islam sesuai untuk semua bangsa. Sangat sempurna, cuma sesetengah golongan yang memperlecehkannya.

rastom  on  01/21  at  02:57 PM

YTH Puanku Sifu,

Seperti orang buat kenduri, lauk tawar, nasi mentah, dalca kurang garam, ayam tak cukup tua, daging terlalu keras dan sebagainya. Segala komplen itu amat bagus sebagai input. Input untuk membangunkan satu jenis sains pengurusan yang menguruskan bakat. Aliran keluar masuk bakat itu lumrah bila ada banyak ruang dan persaingan antara rumah penerbitan, yang boleh bertahan lama ialah yang berjaya “menguruskan” bakat bakat penulis lama (dan terutama yang baru). Saya harap PTS gunakan segala komplen itu untuk memantapkan pengurusan bakat tanpa menggadai prinsip seperti sekarang ini.

Sabri  on  01/21  at  05:04 PM

Terlalu banyak sangat untuk saya komen semuanya. Tetapi ada banyak yang saya alami dan saya tahu tidak benar.

Isu-isu mengenai bahasa, prinsip penulisan PTS, penulis muda, kroni PTS saya jawab terus. Itu semua tidak benar.

Saya boleh katakan berdasarkan penerangan Puan Ainon, saya adalah penulis PTS yang PALING TIDAK MENDENGAR KATA Chairman PTS. Tetapi buku saya diterbitkan juga dan dijemput untuk menulis lagi untuk buku lain pula.

Sedikit contoh “kedegilan” saya:

PTS mementingkan Bahasa Melayu Tinggi, saya ikut selagi boleh. Saya tidak jadikan ia sebagai kemestian sehingga menghalang saya untuk menulis. Buku saya diterbitkan juga dan tidak ada banyak masalah editing.

Gaya penulisan saya juga memang totally tidak sama dengan gaya penulisan PTS. Tetapi buku saya terbit juga.

PTS banyak mengedit sehingga “rosak” buku. Saya tidak setuju dengan pendapat ini. Dengan penulisan saya sebagai orang muda yang tidak mementingkan BMT ketika menulis, tidak banyak editing kepada buku saya. Cuma tatabahasa seperti di dekat, di jauh, dll yang diubah.

Saya penulis muda. Buku pertama saya saya hantar kepada
PTS sebab PTS penerbit Dr Fadzillah Kamsah (penerbit DFK pasti kredibel!). Alamatnya
saya dapat dari buku PTS sendiri. Saya tidak kenal siapa-siapa. Tetapi buku saya diterima dan diterbitkan, tidak sampai 5 bulan proses tersebut).

Buku tersebut juga dicetak berkali-kali walaupun tanpa promosi besar-besaran oleh PTS.

Prinsip saya dalam menulis:

1) Misi memandaikan bangsa.
Tulislah apa-apa yang kita hendak tulis untuk menyampaikan sesuatu. Insyaallah, jika kualiti itu bagus, saya rasa PTS akan terima.

2) Buku yang bagus, “Speak For Itself”.
Disamping itu, penulis pun perlu ada inisiatif tambahan. Jangan banyak merungut. Jika kita banyak merungut, memang patutlah kerja kita jadi susah, sebab kita banyak menyusahkan kerja orang dengan rungutan kita.

Walaupun sifu PTS nampak garang dari bahasanya, tapi beliau baik dan “sporting”

Selamat Berjaya!

Sabri

p/s: (harap2lah tidak kena “sembur” dengan sifu sebab “degil")

Alang  on  01/22  at  01:21 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Wah, komplen, komplen dan komplen lagi… Kalau sudah sudah terlalu banyak komplen, sudah bukan jadi penulis lagi tetapi jadi “pengomplen”

Nampaknya sesiapa sahaja tidak mungkin dapat immuniti dari komplen. Rakyat komplen tentang pemimpin dan kerajaan, anak komplen tentang ibu bapa, ibu bapa komplen tentang guru, suami komplen tentang isteri-isteri, isteri-isteri pula komplen tentang suami, penulis komplen tentang penerbit.

Saya pun nak komplen tentang orang yang terlalu banyak komplen. smile

Riduan Khairi  on  01/22  at  11:31 AM

Saya tiada apa yang hendak dikomplen.

Semoga PTS terus menganjurkan kursus-kursrus bermanfaat secara percuma.

Dan saya (walaupun buku belum siap) akan terus promosi PTS kepada rakan-rakan dan kenalan, supaya suatu hari nanti ada yang berjaya menulis buku bersama PTS

jumie  on  01/22  at  02:30 PM

Assalamualaikum,

Izinkan saya yang bukan siapa-siapa ini mengutarakan sedikit cadangan.

1.Font diperbesarkan sedikit untuk sesetengah buku yang font tulisannya agak kecil.
2. Perenggan tulisan dijarakkan.

Ini bagi memudahkan proses pembacaan.

 on  08/15  at  06:07 PM

Salam Sifu dam Pn Ainon..
perlayaran internet saya telah menemukan saya dengan episod baru kehidupan..tentang kewujudan pts..sebagai wadah pemindahan ilmu yang amat baik sekali...saya “bakal penulis”...agaknya...selalu bermimpi ingin mengarang buku sendiri..rentetan pengalaman peribadi yang agak menarik dengan bangsa lain merentas benua..tapi selalu sajer terhenti selepas episod pertama selesai...saya akan terus mengikuti perkembangan pts dan kata-kata mutiara dari Pn ainon.saya perlu bagi masa pada diri sendiri untuk menghayati sulur galur pts..wasssalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: