“Mahukah kamu…”
Sifu sedang melakukan kajian linguistik jenis-jenis frasa yang Nabi Muhammad gunakan apabila beliau bercakap.
Frasa pertama yang saya mahu kaji, dari sudut posisi dan fungsi semantikya, adalah "mahukah kamu...".
Kepada saudara yang hafal hadis, mohon tuliskan contoh ayat-ayat hadis yang dimulakan dengan frasa pertanyaan "Mahukan kamu..."
Saya tidak perlukan matan Arabnya. Cukup dengan terjemahan Melayunya sahaja.
Terima kasih banyak-banyak.
.
.
Frasa pertama yang saya mahu kaji, dari sudut posisi dan fungsi semantikya, adalah "mahukah kamu...".
Kepada saudara yang hafal hadis, mohon tuliskan contoh ayat-ayat hadis yang dimulakan dengan frasa pertanyaan "Mahukan kamu..."
Saya tidak perlukan matan Arabnya. Cukup dengan terjemahan Melayunya sahaja.
Terima kasih banyak-banyak.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum;
Saya bukan Ahli Hadis waima hafiz Hadis:
Mahukan kamu aku nyatakan suatu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? (Iaitu) apabila kamu hendak masuk ke tempat tidurmu, maka ucapkanlah Allahu Akbar 34 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Subhan Allah 33 kali. Ini adalah lebih baik daripada yang kamu pohonkan.”[ Al-Bukhari, Jld. VI, hadith 344]
MBA-san,
Terima kasih atas data ini. Dalam kes ini ‘mahukah kamu’ digunakan dalam ayat tawaran positif. Subjek meminta sesuatu yang baik, maka Nabi Muhammad menawarkan sesuatu yang lebih baik lagi.
Jadi, Nabi Muhammad tidak menggunakan frasa ‘mahukah kamu’ dalam ayat tawaran negatif (ancaman), sebagaimana yang kita kerap dengar, seperti pada ayat, “Mahukah kita melihat anak bangsa kita merempat di bumi sendiri?” ataupun “Mahukah awak tengok saya buat dosa (kalau awak tidak benarkah saya kahwin satu lagi)?”
——-
Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu amalan yang jika dilakukan akan masuk syurga? Sebarkan salam di kalangan kamu.” (Hadis sahih riwayat Muslim)
MBA-san,
Dalam kes ini frasa “mahukah kamu” digunakan bagi mengajar perkara positif, yakni, suatu perkara yang hasilnya masuk syurga.
Jadi, Nabi Muhammad tidak menggunakn frasa “mahukah kamu” bagi mengajar perbuatan negatif, sebagai contoh, “Mahukah kamu tahu perkara-perkara yang menyebabkan sembahyang kamu tidak diterima oleh Allah?” ataupun bagi menawarkan pilihan negatif, seperti pada ayat, “Mahukah kamu aku berikan hadiah payung emas di akhirat nanti?”
Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu kuberitahukan tentang wanita ahli syurga?”
Para sahabat menjawab, “Tentu, ya Rasulullah!”
Rasulullah menjelaskan, “Dia itu wanita yang menyayangi suami, banyak anak, jika membuat suami marah atau menyakiti hatinya ataupun tatkala suaminya marah, dia berkata, ‘Inilah jiwa ragaku, kuserahkan sepenuhnya ke pangkuanmu. Aku tidak akan dapat tidur dan istirehat, sebelum engkau redha.’” ( At-Thabarani)
MBA-san,
Dalam ayat ini Nabi Muhammad menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan maklumat positif, yakni 3 perbuatan yang menyebabkan perempuan dapat masuk syurga.
Jadi, Nabi Muhammad tidak menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan maklumat negatif, sebagai contoh dalam ayat, “Mahukah kamu tahu mengapa lebih ramai perempuan daripada lelaki masuk neraka?”
Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah kamu kukhabarkan kepada kamu tentang simpanan yang paling berharga? Ia adalah isteri solehah, yang apabila dipandang mata, dia menyenangkan suaminya, apabila diperintah (suami) dia mentaatinya, dan apabila ditinggalkan suaminya dia akan menjaga kehormatan diri dan menjaga harta suaminya).” Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai.
MBA-san,
Dalam ayat ini Nabi Muhammad menggunakan frasa ‘mahukah kamu” bagi menerangkan ciri-ciri positif. Dalam kes ini ciri-ciri isteri yang menjadi harta lelaki yang paling berharga.
Jadi, Nabi Muhammad tidak menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan ciri-ciri negatif, sebagai contoh pada ayat, “Mahukan kamu aku terangkan tentang perempuan yang paling tidak berguna kepada suaminya?”
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda, “Mahukah kamu aku ceritakan apakah ia a’dh (bohong dan fitnah)? Ia adalah namimah iaitu yang mereka-reka kata-kata (mengadu domba) di antara manusia.”
Hadis riwayat Muslim.
MBA-san,
Dalam ayat ini Nabi Muhammad menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan definisi 2 istilah yang belum diketahui maknanya oleh subjek. Jadi frasa “mahukah kamu” diikuti oleh penerangan konsep yang baru diperkenalkan itu.
Nabi Muhammad kita menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan konsep yang sudah diketahui oleh subjek, sebagai contoh pada ayat, “Mahukah kamu aku ceritakan apa itu payung emas?” kepada orang yang sudah tahu makna simpulan bahasa ‘payung emas’.
“Mahukah kamu aku ceritakan tentang asas sesuatu perkara, tiangnya dan kemuncaknya?”
Aku menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasululah.”
Sabda baginda, “Asas sesuatu perkara ialah Islam dan tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah berjihad.”
Kemudian baginda bersabda lagi, “Mahukah kamu aku tunjukkan perkara yang mendokong semua perkara tadi?”
Aku menjawab, “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Baginda pun mengambil lidahnya dan bersabda, “Kamu jagalah (benda) ini.”
Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kita akan diambil kira dengan apa-apa yang kita cakapkan?”
Baginda menjawab, “Semoga emakmu tiada (kamu tersangat lalai). Tidakkah ramai manusia yang dibalik-balikkan muka-muka mereka di dalam neraka disebabkan oleh hasil percakapan mereka?”
Hadis riwayat Tirmizi dan beliau berkata: hadis ini hasan sohih.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kamu sekiranya aku ajarkan kepada kamu satu amalan yang akan dapat menyamai orang-orang yang sebelum kamu dan dapat mengatasi orang-orang yang sebelum kamu? Tiada seorang pun yang lebih baik daripada kamu melainkan mereka yang melakukan amalan sebagaimana yang kamu lakukan itu.”
Mereka menjawab, “Tentu saja, wahai Rasulullah!”
Rasulullah s.a.w bersabda, “Kamu bertasbih سُبْحَانَ اللَّهُ bertakbir اللَّهُ أَكْبَرُ dan bertahmid الحَمْدُ لِلَّهِ setiap kali setelah selesai dari sembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Hadith ini riwayat Muslim, dalam Kitab Masjid dan tempat-tempat sembahyang, dalam Bab Galakan supaya berzikir selepas sembahyang dan cara-caranya.
Dalam kes ini, Nabi Muhammad menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan maklumat positif.
Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda, “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa, dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu”.
Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata, “Semoga baginda berhenti daripada menyebut Hadis tersebut.”
Hadis riwayat Muslim, di dalam Kitab al-Iman, Bab dosa-dosa besar dan yang paling besar.
Dalam kes ini Nabi Muhammad menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan maklumat baru, yakni dosa-dosa besar yang paling besar, iaitu maklumat yang belum diketahui oleh subjek.
Dari Haritsah bin Wahab r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kamu sekalian kuberitahu siapakah penduduk syurga?”
Jawab para sahabat, “Tentu, ya Rasulullah!”
Sabda beliau, “Orang-orang daif (lemah) apabila dihina (dizalimi) orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah (dan berdoa kepadaNya), maka doanya sungguh diperkenankan Allah.”
Kemudian baginda bertanya pula, “Mahukah kamu aku beritahukan siapa penduduk neraka?”
Jawab mereka, “Tentu!”
Sabda beliau, “Setiap orang yang kasar, cakap besar, angkuh, mewah tetapi kedekut dan sombong.”
Hadith ini Riwayat Muslim.
Dalam kes ini Nabi Muhammad menggunakan frasa “mahukah kamu” bagi menerangkan maklumat positif dan maklumat negatif yang belum diketahui oleh subjek.
Puan Ainon,
Cara begini dalam Psikologi Persuasif dipanggil cara apa? Adakah teknik Sebelah Kaki Masuk Pintu atau apa?
Wah! Ini soalan yang berat!
Teknik ‘sebelah-kaki-masuk-pintu’ ada digunakan oleh Nabi Muhammad. Dalam suatu peristiwa, ada seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan mengaku dia biasa banyak buat macam-macam dosa, jadi susahlah dia hendak masuk Islam, sebab dia terpaksa berhenti semua dosanya serentak.
Nabi kata, tak payahlah berhenti semua serentak. Berhenti satu sahaja sudah cukup.
Jadi lelaki itu berasa lega, maklumlah, dia cuma perlu berhenti satu sahaja, yang lain dia boleh sambung.
Lalu dia pun bertanya, dosa yang masa satu dia kena berhenti. Nabi beritahu, dia cuma perlu berjanji kepadanya, dia akan berhenti berdusta sahaja.
Lelaki itu pun veri hepi, maklumlah yang lain macam arak dan zina dia boleh teruskan. Dia pun bersumpah dia akan berkata benar setiap masa.
Maka… apabila lelaki itu teringin hendak minum arak, dia takut hendak minum, sebab nanti kalau Nabi Muhammad bertanya adakah dia minum, dia sudah berjanji dia tidak akan berdusta kepada beliau…
Maka, akhirnya dia berhenti semua!
Dipendekkan cerita, masukkan sebelah kaki dulu…
Jadi, hadith “Mahukah kamu…” termasuk dalam teknik mana, ke tidak termasuk dalam kaedah ini?
Post a comment