Thursday, August 09, 2007

Majlis Pelancaran Buku oleh VIP: Menang Sorak Kampung Tergadai

Barangkali saudara sudah perasan bahawa majoriti majlis pelancaran buku diadakan oleh penerbit yang namanya bukan nama terkenal dalam industri buku.

Dua penerbit terkenal yang suka melancarkan buku adalah DBP dan Utusan Publications. Penerbit besar seperti Fajar Bakti, Pelangi, Sasbadi dan lain-lain tidak mengadakan majlis pelancaran buku.

Dari sudut bisnes, tidak ada data yang menunjukkan jualan buku yang dilancarkan naik mendadak sehingga dapat membayar kos majlis pelancaran.

Tujuan majlis pelancaran buku adalah supaya cerita buku itu masuk media massa. Kalau mahu wartawan datang, saudara perlu ada VIP. Di mana ada menteri, di situ ada wartawan. Jadi saudara panggil menteri supaya wartawan datang.

Kos memanggil menteri amat mahal. Mesti buat majlis itu di hotel besar.

Selepas majlis pelancaran, Pak Menteri masuk bilik khas yang disedikan oleh hotel, supaya wartawan dapat bertanya macam-macam isu buat modal berita.

Apa wartawan tanya? Hal-hal politik si Pak Menteri.

Besok pagi saudara beli semua akhbar, hendak tengok berita dan gambar kulit buku yang dilancarkan. Selak punya selak... habuk tak keluar!

Apa berita yang keluar? Cerita si Pak Menteri berkenaan kementeriannya. Begitulah caranya bagaimana majlis pelancaran buku di-hijack oleh orang politik. Bukan salah si menteri semata-mata, tetapi memang wartawan tidak berminat melaporkan majlis pelancaran buku sebab ia tidak punya nilai berita.

Ini kisah benar: Sebuah penerbit baru muncul berpeluang menerbitkan karya seorang Sasterawan Negara. Maka buku itu dilancarkan secara gilang-gemilang dengan belanja sekitar RM20 ribu menggunakan wang grant yang diterima dari kementerian.

Apa terjadi selepas majlis pelancaran itu? Hendak bayar hutang pencetak pun tidak ada duit lagi....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DBP dan Shahnon Ahmad: RM20,000 10 Tahun Belum Terbit Previous entry: Penyelidikan oleh Pelukis Kulit Novel Sejarah
rastom  on  08/10  at  08:42 AM

Puanku Ainon, (nak menyimpang sedikit)

Menang Sorak Kampung Tergadai, sudah dilakarkan Pak Menteri sebagai kerja wajib sempena sambutan 50 tahun Merdeka. Kibarkan bendera! Satu tidak cukup, biar bersusun susun seperti bendera di Wat Siam.

Kayu ukur patriotisme ialah berapa banyak dan/atau besar bendera anda pamerkan.

Sebagai tanda protes, dan tanda untuk tidak bersama jemaah yang suka Menang Sorak Kampung Tergadai, saya hanya kibarkan bendera di dalam rumah.

Siapa tahu ada bendera di dalam, siapa tahu bagaimana rupa patriotisme di dalam jiwa kita?

Bukannya susah untuk seorang pembelot atau pengkhianat untuk menghiasi kereta atau rumahnya dengan deretan bendera, apa lagi untuk berucap menyeru orang menunjukkan tanda patriotisme sedangkan setelah 50 tahun akhbar Melayu yang besar tinggal dua (yang ke dua duanya itu pula dirantai).

Boleh saja dijemput VIP, syaratnya mestilah beliau orang yang kuat membaca lebih dari berpolitik. Jika dia itu seorang Perdana Menteri, saya akan bisikkan kepadanya supaya mewajibkan semua menteri kabinetnya beli dan baca untuk diuji tahap kecekapannya.

Mereka yang gagal bakal hilang kerusi.. hehehehe

.

Hahaha!... “Puanku Ainon” saya terbaca “Puan Ainonku”!  Hahaha! (barangkali saya mata saya nampak apa yang hati saya mahu tengok… hahaha!


——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: