Monday, November 28, 2005

Maklumat dari Pengurus Besar Alaf21

Dalam forum “Buat Duit dengan Menulis” yang diadakan di MPH Alpha Angle semalam, Ahad 27 Nov, beberapa maklumat menarik yang disampaikan oleh Pengurus Besar Alaf21, En. Norden Mohamed adalah:

1. Ada penulis Alaf yang sudah menerima hampir setengah juta ringgit royalti daripada novel-novelnya.

2. Adalah tidak benar novel-novel Alaf21 semata-mata mengemukakan tema cinta-cintaan, meskipun itu menjadi persepsi masyarakat.

3. Novel cinta saat ini sudah mulai menunjukkan tanda-tanda ia ‘lost its magic’, yakni sudah hampir sampai ke hujung zaman gemilangnya dari sudut angka jualan.

4. Novel-novel thriller seperti yang ditulis oleh Ramli Awang Murshid kini mulai meningkat jualannya, dan ada tanda-tanda pembaca perempuan pun sudah meminati genre ini.

5. Alaf sedang dengan serius mengembangkan produknya dengan menerbitkan novel-novel bertemakan selain cinta.

6. Novel-novel yang diterbitkan secara peribadi oleh penulis didapati tidak mendapat sambutan sehangat novel-novel yang diterbitkan oleh penerbit besar seperti Alaf21.

Maklumat ini berguna kepada saudara-saudara yang sedang mencari-cari genre mana yang saudara akan ceburi dalam dunia penulisan.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Trend Pasaran Kaset, CD dan Buku Previous entry: Mungkinkah Alif Firdaus Menjadi Fenomena?
ibnurabi  on  11/30  at  12:03 PM

Novel cinta semakin ‘lost the magic’, mungkin disebabkan banyak faktor. Seperti kebanjiran jenis yang sama di pasaran. Yang tidak ada perbezaannya daripada segi jalan cerita.
Pencipta cerita perlu lebih kreatif & inovatif dalam karya, jika memilih cinta sebagai temanya. Jika memilih genre yang asing perlukan persediaan yang lengkap. Sebagai contoh, kalau menulis genre cerita berunsur jenayah & penyiasat perlu ada ilmu & pengalaman. Di barat penulis buku ‘Crime’ kebanyakkan adalah bekas polis atau penyiasat persendirian. Penulis buku fiksyen perang pula ada pengalaman dalam perang. Untuk buku thriller pula kajian diperlukan. Contoh sahaja..
——-

Ainon Mohd.  on  12/07  at  09:46 AM

Sdr. Ibnurabi, kalau macam ini PTS FORTUNA kena cari penulis di kalangan anggota polis dan tentera bagi menghasilkan karya penyiasatan dan perang.

izan noordiah  on  12/19  at  12:25 PM

kalau berminat untuk menulis bagaimanakah caranya..kalau saya berminat jugak, tetapi bimbang kerana tiada nama….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  04:37 PM

saya pernah menulis novel sendiri,tetapi tak tau mana nak submit…lagi satu,agak kurang keyakinan sbb tak pernah terfikir nak jadi penulis walaupun ada minat..sbb tiada masa..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: