Maklumat Saintifik dalam Novel Fantasi
Novel awal remaja "Ini Bukan Dunia Kami" oleh Puan Qayyum Nur adalah contoh buku motivasi belajar sains yang digemari oleh kanak-kanak dan remaja. Meskipun cerita dalam novel ini adalah cerita fantasi tetapi semua fakta sains yang dihidangkan dalam novel ini adalah tepat.
Cik Nurismaliza, Ketua unit teen-pro dalam anak syarikat PTS Profesional Sdn. Bhd. yang menerbitkan siri ini memberitahu bahawa beliau akan menerbitkan lebih banyak novel remaja yang menggabungkan fantasi dan sains.
Tujuan PTS Profesional menerbitkan novel kategori ini adalah bagi mendorong remaja supaya berminat menjadi saintis apabila mereka dewasa nanti.
Majoriti ibu bapa mahukan anak-anak mereka memasuki aliran sains, namun kanak-kanak dan awal remaja tidak berminat membaca maklumat sains yang disampaikan dalam bentuk buku-buku teks ataupun ensiklopedia sains.
Banyak ibu bapa membeli set-set ensiklopedia yang cantik-cantik dan mahal-mahal, dengan harapan buku-buku itu akan diratah oleh anak-anak mereka, namun itu tidak berlaku.
Justeru ibu bapa memerlukan buku-buku cerita yang dapat mencetuskan minat sains dalam kalbu anak-anak mereka. Maka, inilah yang dilakukan oleh unit teen-pro dengan menerbitkan novel "Ini Bukan Dunia Kami".
Bagi tuan dan puan yang berminat menulis novel remaja dalam siri ini, mohon kemukakan konsep cerita dan maklumat sains yang akan digabungjalinkan dalam novel tuan itu nanti kepada Cik Nurismaliza (foto) di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) . Beliau akan membacanya dan menilai serta memberi input kepada cadangan tuan itu sebelum meluluskannya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment