Maklumat Terkini: Melayu, Cina, India dan Orang Asli Bergabung dalam Perarakan Hapuskan PPSMI
Sdr. Hasni Abas, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Hapuskan PPSMI memberitahu saya bahawa perarakan anti-PPSMI akan disertai oleh kaum Cina, India dan Orang Asli.
Pihak Dong Jiou Zong sudah menghubungi beliau dan menyatakan hasrat mahu bergabung dalam gerakan itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu,
Agak memeranjatkan kerana isu PPSMI tidak kedengaran dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
PKR pun seperti UMNO menganggap isu ini kecil jugakah?
salaam,
saya juga hairan, kenapa Anwar Ibrahim tidak mengambil isu ini sebagai ¨keuntungan politik.¨ itu lebih baik dari senyap.
Salam Puan.
Sekadar bertanya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tak ikut? Mungkin saya silap, tetapi rasa-rasanya tidak terjumpa dan tidak terbaca saya pandangan dan suara pemimpin GPMS dalam isu PPSMI ini (dah lama tak baca akhbar UM dan BH). Sudah kehilangan suarakah pemimpinnya? Atau sudah hilang keberaniannya dalam isu ini? Atau sebenarnya hendak menunggu “apa kata bosnya (pemimpin besar UMNO) terlebih dulu”, baru hendak bersuara dan bertindak?
Atau Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sudah bertukar kepada Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung?! Maka isu PPSMI ini dianggap sebagai sipi-sipi saja mengenai mereka?
Alahai Melayu UMNO, kasihan bercampur geram betul saya kepada mereka! Sindrom Pak Turut masih lagi menebal dalam kalangan mereka, sehingga mereka buta hati dan sudah hilang keintelektualannya (bahasa kasarnya: bangang ibnu bahalul!).
Post a comment