Monday, August 24, 2009

Maksimum 3 Kali Klik

Laporan kajian yang pernah dilakukan mendapati pengguna emel dan internet tidak suka membuka apa-apa halaman yang menyebabkan mereka terpaksa mengklik lebih daripada 3 kali.

Inilah faktor yang menyebabkan pembaca internet:

(i) Tidak suka mengklik "read more"....

(ii) Tidak suka mengklik "baca di sini".

(iii) Tidak suka mengklik "link".

(iv) Tidak suka membuka fail attachment.

Sinopsis dan contoh-contoh bab hendaklah dihantar dalam emel itu sendiri.

NOTA: Semua agen literari kepada penerbit buku antarabangsa tidak membenarkan sinopsis dihantar dalam bentuk fail attachment. Penghantaran menggunakan fail attachment adalah faktor paling utama mengapa emel tidak menerima respon cepat, ataupun tidak menerima respon langsung, daripada editor!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sastera Remaja Islami Terbaru dari PTS.... Previous entry: Komik-M PTS Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  08/25  at  03:52 AM

Assalamualaikum Puan,

Semoga ibadah puan dan kita semua pada bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah.

Terima kasih sekali lagi kerana persoalan saya selama ini terjawab.

Saya hairan juga mengapa editor ruangan forum Utusan Malaysia memaklumkan bahawa tulisan yang dihantar secara ‘Attachment’ tidak akan dilayan.

Selama ini saya sangkakan berkemungkinan bahan ‘attachment’ dikelaskan sebagai bukan karya asli daripada pengirim.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.