Thursday, November 16, 2006

Malu Membaca Buku Agama

Pernahkah saudara ternampak orang membaca buku agama di tempat awam? Umpamanya di airport sambil menunggu penerbangan, ataupun di dalam LRT, kereta api ataupun dalam bas?

Beranikah saudara membaca buku bertajuk "Asas-asas Aqidah Islam" dalam LRT di mana dalam koc itu ada penumpang-penumpang Melayu lain?

Mengapakah buku-buku agama malu dibaca di tempat-tempat awam?

.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Artikel Terbaru Previous entry: Hari Sabtu! Jangan Lupa Kursus Menulis Cerita di PTS
ibnurabi  on  09/01  at  01:14 AM

Wajah buku-buku agama kita membuatkan pembacanya terasa jauh. Huraian dalam buku-buku yang begitu menbuai-buai. Dalam ertikata lain panjang berjela. Sedangkan perjalanan dari hentian KL Central ke KLCC cuma dalam masa kurang 15 minit. Judulnya terlalu “alim @ masjid @ ustaz”, membuatkan golongan yang tidak berapa “alim/masjid/ustaz” ini segan.
——-

syahid_zul  on  10/09  at  12:12 PM

Hakikat pahit yang harus diterima.Budaya malu membaca buku agama telah meresap kedalam pemikiran ummat islam umpama racun yang membunuh perkembangan ilmu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/16  at  03:37 PM

Saya berminat untuk berkongsi pengalaman saya di Mesir. Semasa saya dalam perjalanan menaiki keretapi ke damanhour, saya mengalami peristiwa yang membuatkan saya insaf hingga kini. Peristiwa tersebut berlaku dalam malam bulan Ramadhan. Sepanjang perjalanan saya tidak mempunyai sebarang aktiviti lalu saya isikan dengan amalan tahfiz. Mushaf al-Quran masih tersimpan di dalam poket. Biasa la, orang Melayu ni kalau hal-hal berkaitan ma’ruf kurang menonjol. Kononnya takut orang kata berlagak la, nak menunjuk la dan macam-macam. Tapi hal-hal mungkar lain pula halnya. ok, berbalik atas keretapi tadi saya terpandang seorang gadis Arab (TERpandang ye..) yang kebetulan duduk tidak jauh dari kerusi saya. Cara pemakaiannya sosial; tanpa tudung, t-shirt sederhana ketat dan berseluar jeans. Cara pakaiaan tersebut biasa bagi kita rakyat Malaysia. Tapi yang membuatkan saya hairan ialah dia tekun seolah membaca sesuatu. Bila diamati.. SubhanaAllah, kalau mushaf al-Quran saiz cetakan Arab Saudi kita simpan dalam almari sebagai koleksi, gadis tadi tekun membaca al-Quran tersebut tanpa rasa malu atau bersalah. Sejak itu, saya benar-benar insaf. Sekarang saya dah tak malu lagi. Baik dalam bas, dalam komuter tak kira di mana (kecuali dalam tandas la..) saya amalkan membaca buku agama walaupun al-Quran sekali pun. Kalau orang lain tak buat, biarlah kita jadi ‘stater’ nya. Orang lain nak kata? bukan mereka yang bagi pahala.. smile

zalisa  on  11/16  at  11:17 PM

eldamanhoury,

cerita ini biasa saya dengar dari mulut guru2 saya. pengalaman mereka ketika berada di tanah arab dan sekitar sana. bila agaknya budaya itu mahu menular ke sini?

hanya budaya barat yang tunggang terbalik sahaja yg berebut2 kita mahu amalkan.

alang kelana  on  11/17  at  12:20 AM

Saya datang kerja dan balik dari kerja dengan menaiki keretapi komuter (KTM) dan beberapa kali saya ternampak seorang lelaki yang memakai baju jenis ‘bush jeket’ (bukan Bush presiden A.S punya..), seluar panjang. Di kepalanya ada kopiah dan serban.

Sebaik sahaja naik keretapi dia mengeluarkan buku hard cover, membuka dan membacanya. Tajuk buku itu?—-“Melawat Alam Barzakh’——...

rastom  on  11/17  at  01:24 AM

Kedai buku terpakai masih boleh hidup di Chulia Street Penang. Kenapa ya? Banyak buku seperti novel. panduan melancong yang sudah lebam lebam dan ada yang ditampal dengan selotep untuk mengelak dari terlerai. Berbagai bahasa, Jerman, Belanda, Swedia dan agak kurang yang dalam BI. Di kulit sebelah dalam selalu nya ada tandatangan bekas pembeli/pembaca serta sedikit komen dan ucap selamat. Kedai kedai begini bukan saja jual buku, mereka jual mengurup wang (tiada kaitan dengan Joe Kurup di Sabah).

Semasa saya menganggur, bergaul pula dengan para wisatawan dari luar, saya dapati mereka bercuti sambil membaca. Novellah yang selalunya diuliti. Tak dkira dimana (mungkin semasa ya qadhial hajat juga, siapa tau) dalam berbikini grin pun membaca sambil berlunjur di bawah pohon kelapa yang daunnya sepoi sepoi “language”.

Amiene Rev  on  11/17  at  06:30 AM

saya berpendapat itu bukan suatu yang pelik. saya juga ke mana-mana dengan membawa buku. kebiasaannya.

dingin  on  11/17  at  05:10 PM

tajuk buku2 agama secara psikologinya membuat si pembaca terlihat terlalu daif

dan kepantangan orang kita untuk terlihat daif dalam soal agama…ehehe

org kita (termasuk aku..ehehe) masih bisa sabar jika di panggil bodoh, tapi melenting jika dikata tidak pandai agama..

ehehe

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/19  at  12:49 AM

Salam ..pada pendapat saya .. orang kita malu tak bertempat ..rabun membaca ,,, lumpuh menulis ...

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  05:06 PM

salam
eldamanhoury,
sy pelik juga (mgkin tiada pengalaman),mengapa gadis arab yg berpakaian sosial boleh membaca alQuran dalam keadaan sebegitu, dan mgkin beliau selalu mengamalkannya?mgkinkah alQuran tidak terkesan di hatinya kerana alQuran menggunakan bahasa arab,lalu ia menjadi terbiasa?hanya ingin tahu..(byknye mgkin :D)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/05  at  03:48 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Terima Zalisa dan Harus_Ada, perbuatan gadis Arab yang membawa penampilan sosial sambil membaca al-Quran bukanlah budaya baru dalam sesetengah masyarakat Arab masa kini. Sebahagian mereka pada Islam pada jiwanya tidak pada amalannya.

Berbanding kita masyarakat Islam Melayu yang menganggap agama Islam sesuatu yang tinggi dan suci sehingga sebahagiannya terasa asing untuk dizahirkan dalam kehidupan kita.

Kerana itulah, orang yang lebih mempamerkan Islam itu biasanya terdiri daripada kelompok yang berkopiah, berjubah, berserban dan sebagainya (walaupun Islam bukan sekadar itu). Manakala orang yang berfikiran sosial terus hidup sosial dan jahil agama terus hidup dengan jahil agama, inilah yang lebih ditakutkan.

Apa pun, Islam yang sebenar ialah Islam yang seimbang di antara ilmu dan amal.

Wallahu a’lam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.