Thursday, February 14, 2008

Mana Lebih Untung: Menulis Buku Melayu ataupun Inggeris

Berkali-kali persoalan ini ditanyakan kepada Sifu: Mana lebih untung, menulis buku Melayu ataupun Inggeris?

Baginilah respon Sifu: Jika saudara warga Amerika, menulislah dalam bahasa Inggeris dan terbitkanlah di Amerika, baru menguntungkan. Jika saudara orang Malaysia tulislah dalam Bahasa Melayu.

Salah satu mentaliti golongan yang fasih berbahasa Inggeris di Malaysia adalah, mereka tidak percaya pada pakar-pakar tempatan yang bernama "Ahmad", "Muthu" ataupun "Chong", meskipun pakar-pakar itu menulis dalam bahasa Inggeris. Jadi amat sukar buku pengarang tempatan mahu dijual kepada golongan ini.

Malah, golongan yang fasih bahada Inggeris tidak percaya pada kualiti buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit beralamat "Kuala Lumpur". Kalau alamat penerbit itu "Singapura" mereka percaya sedikit. Kalau "London" ataupun "New York" mereka amat percaya.

Ada beberapa jenis buku yang menjadi kekecualian, yakni ditulis dalam bahasa Inggeris oleh warga Malaysia, diterbitkan di Kuala Lumpur, tetapi laku. Namun itu adalah kekecualian.

(a) Buku hasil kajian politik Malaysia yang ditulis oleh sarjana tempatan.

(b) Buku autobiografi tokoh politik Malaysia.

(c) Buku fengsui.

(d) Buku panduan membeli saham di BSKL dan hartanah di sekitar Lembah Kelang. 

Maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh PTS menunjukkan bahawa sejak sekitar 10 tahun yang lalu pasaran buku Inggeris di negara ini sudah mem-plateau, yakni tidak berkembang, manakala pasaran buku-buku Cina yang diimpot dari Hong Kong, Taiwan dan China, serta buku-buku Melayu sedang berkembang pesat. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ini Universiti Terbuka yang Betul-betul Demokratik Previous entry: Akademi Latihan DBP
mohamadkholid  on  02/14  at  07:51 AM

ramai yg menulis fiksyen Inggeris dalam bahasa Inggeris lenggok Malaysia, bagaimana mahu masuk pasaran antarabangsa?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/14  at  11:45 AM

Lenggok tempatan juga boleh jadi tarikan…lenggok Asia.
Masalahnya tak dapat naik pentas nak menarikan lenggoknya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: