Mana Mercedes!
Bual-bual malam minggu...
Musim kenduri kahwin begini, selalulah kita berjumpa dengan kaum kerabat jauh dan dekat, serta sahabat handai dan kawan-kawan sepengajian semasa belajar di universiti dahulu.
Pada usia 57 tahun, antara kawan-kawan dan kenalan, ada yang sudah jadi jutawan, ramai yang baru bersara, dan tidak kurang yang sudah jadi Dato' dan Datin.
Apabila mereka nampak kita datang dengan kereta SUV Jepun 2.0 cc sahaja, maka antara kata-kata yang kerap diucapkan adalah, "Mana Mercedes?" dengan nada macam tidak percaya....
Selepas 30 tahun keluar universiti... masih bercakap tema yang sama.
Merdeka Jiwa!
.
.
Musim kenduri kahwin begini, selalulah kita berjumpa dengan kaum kerabat jauh dan dekat, serta sahabat handai dan kawan-kawan sepengajian semasa belajar di universiti dahulu.
Pada usia 57 tahun, antara kawan-kawan dan kenalan, ada yang sudah jadi jutawan, ramai yang baru bersara, dan tidak kurang yang sudah jadi Dato' dan Datin.
Apabila mereka nampak kita datang dengan kereta SUV Jepun 2.0 cc sahaja, maka antara kata-kata yang kerap diucapkan adalah, "Mana Mercedes?" dengan nada macam tidak percaya....
Selepas 30 tahun keluar universiti... masih bercakap tema yang sama.
Merdeka Jiwa!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan,
“Mana Mercedes?”
“Oh, ada dalam garaj di rumah. Majlis begini SUV ini lebih sesuai sebab jalan berlopak-lopak. Lagipun cuaca sekarang tidak menentu, kadang-kadang hujan lebat, boleh jadi banjir. SUV ini tinggi, lebih yakin dipandu dalam hujan lebat”.
“Awak masih memandu BMW lama?”
.
MBA-san,
Lagipun SUV Nissan X-Trail, apabila jalan buruk, berlumpur dan berlopak-lopak, mahu masuk pacuan 4-roda, tekan control di dashboard dengan menggunakan telunjuk sahaja!
“Awak masih dengan isteri lama?”
——-
Assalamualaikum,
Saya pelawat baru di sini.
- Shueqry -
Salam Puan,
Orang Melayu memang begitu, kalau mereka hendak tunjuk bahawa mereka sudah ‘successful’ bukti material mesti ada. Namun sebenarnya kalau ada ‘mercedes’ itu tidak semestinya benar-benar ‘kaya’, cuma ‘action’ sahaja.
Ada orang yang punya kereta mercedes SL300 yang berhutang sampai beratus-ratus ribu dengan bank, bayar kereta pun tercungap-cungap, kadang-kadang bayar, kadang-kadang tidak, bila bisnes meleset, pekerja dipecat sebab tidak cukup duit hendak bayar mercedes! Kadangkala ‘miss’ bayar ‘supplier’ juga.
Biar papa asalkan bergaya, inilah pengurusan wang cara ‘orang Melayu’ yang fikirannya masih dijajah! Seperti orang ‘British’ zaman dahulu, gaya dan status lebih penting daripada ‘kebijaksanaan’.
Apabila mereka ada duit banyak, lebih suka beri pada orang German (BMW & Mercedes), mereka tidak sedar RM ratusan ribu ini dihantar ke luar negara! Maka sebab itulah ekonomi negara kita lembab, lebih banyak kontrak kerajaan keluar, lebih banyak kereta BMW dan Mercedes laku, lebih banyak wang kita terbang ke luar negara!
Kita mesti merdekakan ‘mentality’ ini jika orang Melayu ingin berjaya!
Sekian,
Azila
*Kalau kaya (angan-angan macam Bill Gates) mahu beli kereta tunai, tidak mahu hutang-hutang!
.
lembab (SALAH) = lembap (BETUL)
Salam Puan SifuPTS
Saya tidak memiliki apa-apa kenderaan sama ada di Dubai (kereta syarikat) mahupun di sini. Bila balik bercuti sama ada jalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam sahaja atau menyewa kereta.
Kawan-kawan sebaya (dari universiti) di sini juga hampir semua berjaya dalam kerjaya atau bisnes dan berkereta mewah, tetapi nampaknya mereka memahami yang saya memang begini sejak dari dulu, tiada pertanyaan mengenai kereta, sekadar jenaka mengusik. Mungkin pendidikan di New Zealand masih subur kerana orang-orang di sana tidak begitu menekankan perkara-perkara remeh sebegini.
Baru-baru ini, saya ditawarkan untuk berkhidmat dengan sebuah syarikat besar Malaysia. Antara yang saya minta ialah sebuah kenderaan, lantas soalannya, “Kamu mahu Mercedes, Lexus atau Volvo?”
Saya menjawab secara bergurau, “BMW pun OK!”
Rupanya dianggap serius lalu keputusannya minggu depan.
Moral ceritanya, saya tidak berniat untuk kembali ke tanah air tetapi syarikat tersebut nampaknya bersungguh memancing dan jenis kereta seakan satu umpan besar. Mungkin itulah taraf pemikiran orang kita mengenai kereta dalam kehidupan.
Terima kasih.
“Awak masih dengan isteri lama?” Ini komen dari Puan Ainon atau sesiapa yang mempunyai access
Buat masa sekarang kalau ada duit saya akan beli Hilux
Saya lebih sukakan yang ini… http://www.osufund.com kalau ingin bazirkan duit
السلام عليكم ورحمة الله
Semoga Allah memberkati Puan dan warga PTS.
Kisah kereta sangat menarik. Sebulan yang lepas saya masih memandu Perdana V6, kereta kerajaan. Bila saya pulang ke Fakulti [tiada lagi kereta rasmi], maka saya beli Proton WIRA 1.5. Kenapa? Murah dan dapat diskaun lagi sebanyak RM4000 sempena 31 Ogos.
Semua member-member mengutuk! Entah. Saya bukannya peduli sangat. Asal jalannya ke hadapan, sudah kira berpatutanlah.
Soal asas, kita gembira dengan pilihan yang dibuat sendiri.
.
Hahaha! “Asal jalannya ke hadapan…” Saya suka frasa ini, Prof! Frasa yang sungguh dalam falsafahnya.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“Mana Mercedes?”
Isteri tua saya pakai MPV Mewah - senang hantar anak-anak (anak ramai) ke sekolah.
“Mana Mercedes?”
- Mercedes - isteri muda pakai.
“Awak pakai kereta buruk saja?”
- Ya, saya guna kereta buruk supaya akan ada wanita yang beranggapan “kereta dia buruk, ertinya dia tidak punya hutang (sebab - kereta buruk dia beli cash, kalau kereta mewah, tentu duit dia habis bayar ansuran bulanan kereta itu), tentu duit dia banyak”
- untung-untung, dia ingin tawarkan diri menjadi isteri ketiga…
“Awak tidak adil!!”
- Tetapi kedua-dua isteri saya setuju dengan MPV & Mercedes masing-masing.
“Awak masih seorang isteri lagi..??”
“Awak masih seorang isteri lagi..?” - Ayat mencabar kelelakian.
“Mana Mercedes?” Ayat ukur status (piawai zaman filem hitam/putih.)
Dan di PTS, ayat yang menikam kalbu: “Mana buku?”
.
“Mana buku? Baca buku bukan main banyaknya. Ingat! Membaca buku adalah diri sendiri yang bertambah pandai. Sudah baca buku, tulislah buku supaya orang lain ikut jadi pandai…” (Nah! Terimalah tikaman ini, wahai pandai-buku!)
Bisa-bisa masing-masing.
“Mana buku? Baca buku bukan main banyaknya. Ingat! Membaca buku adalah diri sendiri yang bertambah pandai. Sudah baca buku, tulislah buku supaya orang lain ikut jadi pandai…” (Nah! Terimalah tikaman ini, wahai pandai-buku!)
Tengah tukar dari 200 ke 400… Grrr…. Hendak siapkan skrip lagi… arghhh…
Mana Mercedes?
MBA: “Ada dalam garaj.”
Alang Kelana: “Isteri muda pakai.”
Prof MKI: “Saya bukan peduli sangat.”
Fable Fox: “Saya akan beli hilux.”
Tuan Rastom: “Mana buku?”
Abu Marwan: Saya bawa teksi bandar, guna kereta kebangsaan. Teksi kampung sahaja yang guna mercedes…
(Teringat iklan Volvo) “Sekiranya Puteri Diana menaiki volvo pasti beliau masih hidup…”
Minda masih belum merdeka. Material masih lagi dijadikan alat ukur kekayaan seseorang. Alangkah sedihnya…
:-(
“Minda masih belum merdeka. Material masih lagi dijadikan alat ukur kekayaan seseorang. Alangkah sedihnya…”
Biarpun sejauh mana jiwa merdeka, keperluan fizikal kepada material tidak bisa dipisahkan - umpama selama mana solat malam dan selama mana berpuasa di siang hari, namun kita perlu berbuka puasa juga…
>Minda masih belum merdeka. Material masih lagi dijadikan alat ukur kekayaan seseorang. Alangkah sedihnya…
Mengukur kejayaan dengan kebendaan memang lumrah dunia. Mereka ini kemudian dinilai lagi berdasarkan apakah mereka menghambakan diri padanya atau menjadikannya alat untuk kebaikan sejagat.
Mana Mercedes?
Kata Sahibul Hikayat Minda masih belum merdeka. Material masih lagi dijadikan alat ukur kekayaan seseorang. Alangkah sedihnya…
Menteri Kekkwa: Mana bendera?
Alangkah sedihnya, 50 tahun merdeka, kayu ukur patriotisme ialah berapa banyak bendera dipacakkan di laman pejabat dan di atas kereta.
Selepas “merdeka”, masih lagi dengan Mercedes tua ku!...
(kerana ketika zaman kanan-kanak dahulu, terlalu asyik dengan “basikal tua!”)
Begitulah juga al-kisahnya KeKWa /Arkib Negara, mencari sampai ke Ohio USA untuk kereta model 1951 yang digunakan Almarhum Tunku ketika di bawa mengelilingi padang Bandar Hilir, Melaka 51 tahun dahulu…
.
Mercedes tua ku (SALAH) = Mercedes tuaku (BETUL)
di bawa (SALAH) = dibawa (BETUL)
Mercedes, Bendera dan Merdeka
Namun tidak kubiarkan minda
Terkongkong dek meterialisme
Hingga rentung fikiran jadinya
Memang itu lumrah dunia
Memandang pada yang kaya
Simiskin selalu dihina
Akan terus begini sampai bila?
Aku anak warga merdeka
apa pemimpin kata
aku ikut sahaja semuanya
sudah malas berfikir rasanya
Jiran tidak makan sudah tiga hari?
Ah, apa perlu aku peduli
kerna aku mahu hidup seribu tahun lagi
setiap malam hingga terlelap depan TV
Segala rasa resah di hati
aku bawa berlari
rumah ke ofis ke rumah, tanpa kusedari
telah habis umur setahun lagi
Post a comment