Saturday, December 19, 2009

Manfaat PTS Memasarkan Sastera Indonesia di Malaysia

Seorang rakan-FB saya yang bernama Alkaha Romli menulis nota ini pada posting saya: "Terima kasih PTS kerana membawa masuk 'Lasykar Pelangi". Ia membangkitkan semula cinta saya pada sastera Melayu."

PTS komited pada aktiviti memperkenalkan lebih banyak karya Indonesia ke dalam pasaran buku Melayu di negara ini. Objektif PTS adalah membangunkan jumlah peminat buku sastera di kalangan rakyat Malaysia. Apabila banyak rakyat Malaysia suka membaca karya sastera maka barulah jualan buku-buku sastera dapat ditingkatkan.

Pada masa ini buku-buku sastera Melayu sukar dijual, melainkan sastera popular. Punca situasi negatif ini adalah disebabkan rakyat Malaysia tidak menggilai sastera. Antara faktor yang menjadi puncanya karya sastera tidak digilai adalah kerana kualiti dan pilihan buku-buku sastera yang dipamerkan di kedai-kedai buku sangat terhad.

Justeru PTS komited menerbitkan lebih banyak karya sastera kerana rakyat Malaysia perlu didorong supaya membaca banyak sastera. Jikalau kedai-kedai buku tidak berminat mempamerkan karya sasterawan tempatan (atas alasan mereka sendiri) maka PTS akan memperkenalkan karya sastera Indonesia dan antarabangsa yang diterbitkan semula sebagai edisi bahasa Melayu. Karya luar itu akan dipilih-pilih supaya kedai-kedai buku mahu mempamerkannya.   

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Penerbit Kecil Boleh Membunuh Bisnesnya Sendiri Previous entry: Kedai Buku Pustaka Darussalam Alor Setar
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  05:04 PM

Assalammualaikum,
Sesiapa sahaja bisa jatuh cinta dengan Laskar Pelangi. Saya juga. Saya sedang membacanya untuk kali kedua.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: