Thursday, May 22, 2008

Tip Survival Penerbit: Buku Kategori Apa Paling Menguntungkan

Jika saudara hendak menjadi penerbit, sebaiknya saudara buat kajian pasaran kategori buku apa yang saudara mahu terjuni.

Soalan ini adalah paling asas: Buku kategori manakah yang lebih menguntungkan dari sudut bisnes?

Lain jenis buku, lain gelagatnya dalam pasaran.

Sebagai contoh, jualan buku-buku remaja PTS sangat tinggi dari sudut jumlah unit yang terjual. Banyak judul novel remaja PTS dicetak 5 ribu naskhah setiap kali cetak.

Tetapi, buku-buku untuk bacaan remaja dibeli menggunakan wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa, oleh itu harganya tidak boleh terlalu mahal. Justeru, margin keuntungan buku-buku remaja adalah nipis.

Yang paling nipis margin keuntungannya adalah buku untuk kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai persepsi buku kanak-kanak tidak patut mahal. Inilah faktor yang menyebabkan kita perlu menjual puluhan ribu unit bagi setiap judul buku kanak-kanak. 

Dari sudut keuntungan, buku-buku bacaan dewasa lebih menguntungkan walaupun jumlah unit jualannya lebih rendah. Orang dewasa sudah bekerja oleh itu mereka mampu membayar lebih bagi buku yang mereka suka. Buku-buku agama adalah jenis buku yang paling banyak dibeli oleh pembaca dewasa.

Namun, yang paling menguntungkan adalah buku-buku profesional kerana golongan yang membeli buku-buku itu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

Buku "Change!" ini dijual pada harga RM55 di Semenanjung dan RM58 di Sabah dan Sarawak. Buku ini adalah buku motivasi harga-mahal yang isi kandungannya ditargetkan kepada golongan pembeli profesional yang bercita-cita tinggi mahu naik cepat di tangga kejayaan.

Keuntungan daripada menjual 2000 naskhah buku profesional adalah sama banyak dengan menjual 10,000 naskhah buku remaja, dan sama banyak dengan menjual 30,000 naskhah buku kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Cover Buku PTS Kurang Islami Previous entry: Promosi Novelis Sai-Fai PTS di Radio KLfm
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  09:34 AM

Salam puan,

Nisbah keuntungan 2:10:30 untuk buku profesional, remaja dan kanak-kanak ini untuk penerbit sajalah. Pengedar buku tetap mendapat diskaun 35% untuk semua jenis kategori buku, bukankah begitu?

Saya sudah tidak sabar lagi untuk memulakan bisnes buku berpandukan fakta ini.

Zamri Seremban.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  03:55 PM

Sdr. Zamri Seremban,

Adalah tidak benar bahawa pengedar mendapat diskaun 35% bagi semua kategori buku.

Dalam industri buku kanak-kanak yang belum pandai membaca, sebagai contoh buku belajar menulis, buku mewarna, buku belajar mengeja, buku belajar mengira, rata-rata pengedar meminta lebih daripada 50%. Malah ada pengedar yang meminta sampai 70%.

Malah, kebanyakan pengedar buku kanak-kanak menerbitkan sendiri buku-buku yang mereka edarkan kerana bisnes begitu adalah amat menguntungkan. Lagipun buku-buku jenis itu amat mudah dihasilkan, tidak memerlukan editor pakar.

Saudara jangan gopoh hendak memulakan bisnes hanya berdasarkan maklumat dalam UNIKA ini, sebab maklumat detailnya adalah lebih kompleks!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: