Wednesday, February 27, 2008

Market Utama Novel-HP PTS-METADOME

Menurut Tuan Syaizul Amal, Pengarah Urusan METADOME, M-book dibeli oleh peminat buku yang dalam usia muda kerana budaya bermain-main dengan HP adalah budaya orang muda.

Menurut beliau lagi, data jualan di Jepun menunjukkan novel-HP dibeli oleh majoritiya remaja perempuan. 

Implikasi daripada data ini bermakna, kita meramalkan novel-novel yang bertemakan dunia remaja perempuan akan laku keras apabila PTS dan METADOME melancarkan 100 judul Mbooknya pada Pesta Buku 2008 nanti.

Bagi para penulis novel remaja, ini bermakna saudara perlu mempunyai maklumat yang lebih baik tentang dunia remaja perempuan bagi menghasilkan karya-karya yang menjadi kegemaran mereka.

Inilah eloknya apabila saudara meniru teknik promosi yang dilakukan oleh Puan Ain Maisarah bagi mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang menjadi isu dalam dunia remaja perempuan. Cuba baca apa remaja perempuan kata tentang cerita-cerita yang mereka suka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jawatan Kosong Previous entry: Dialog dalam Novel untuk Ringtone
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/27  at  02:12 PM

Pujangga sering berkata, lelaki takkan dapat memahami wanita. Saya selalu sering menambah, inikan pula memahami remaja perempuan. Contoh… merah jambu. Mimpi ngeri setiap remaja lelaki sihat ialah apabila terperangkap di lorong jualan barbie doll di toko toys r us.

Sesungguhnya sifu telah melontarkan satu cabaran yang amat tidak terkata tahap kepayahannya untuk (sesetengah) penulis lelaki.

Lantas terdetak satu dilema… haruskah kita menulis untuk menangguk di air yang tidak keruh… atau kita menulis melampiaskan segala naluri sastra peringkat tertinggi mencabar kemampuan diri tapi tiada orang membeli (sindrom syok sendiri).

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.