Kedai Buku Marwilis di Shah Alam Bertukar Pemilik
Ini berita terbaru untuk peminat-peminat buku di kawasan bandar Shah Alam.
Kedai buku MARWILIS yang terletak di kompleks membeli-belah PKNS sudah dijual oleh pemilik asalnya kepada syarikat An Nahl Honey. Walau bagaimanapun, pemilik baru itu akan terus mengekalkan nama 'MARWILIS'.
Pemilik baru MARWILIS sedang dalam proses mendapatkan bekalan buku-buku PTS dengan jumlah yang banyak. Menurut eksekutif fi jabatan jualan PTS, Tn. Azahari Hashim, nilai buku-buku yang dipesan adalah RM50 ribu.
Nota: An Nahl Honey dimiliki oleh sepasang suami isteri Melayu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah,
Sudah lama toko buku itu seakan ‘terbiar’. An-Nahl ini sudah ada kedai di tingkat satu PKNS (jika tidak silap saya). Moga-moga penghijrahan hak milik ini memberi makna dan manfaat yang besar kepada sekalian warga Shah Alam kelak.
mudahlah saya nak mendapatkan buku-buku PTS nanti. Syukur alhamdulillah.
Assalamu’alaikum Puan,
Saya berminat menghubungi pemilik kedai ini. Adakah Puan mempunyai nombor telefon, email dan sebagainya milik empunya kedai?
Terima kasih Puan.
Puan W Nor Ainon
Post a comment