Masa Depan Pasaran Buku
Masa hadapan pasaran buku adalah pada generasi seperti yang ada dalam foto. Sejak kecil mereka terus diperkenalkan dengan buku digital.
Ini bermakna, penulis mesti bersedia beralih daripada menulis buku cetak kepada menulis buku digital.
Begitu juga bagi penerbit, mereka perlu mengubah cara kerja mereka daripada menerbitkan buku-buku cetak kepada menerbitkan buku-buku digital.
Berdasarkan teknologi yang digunakan bagi menerbitkan buku digital, besar kemungkinan syarikat-syarikat yang sekarang tidak menerbitkan buku akan menjadi penerbit buku disebabkan mereka lebih menguasai penggunaan teknologinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih untuk kuliah ini. Menarik sekali perkembangan digital kala ini.
Kalau dahulu kita nonton filem guna tape. orang buat sewaan tape untuk tengok filem menarik yang tidak ditayangkan di tv. banyak koleksi tape di rumah dulu2.
lepas itu ada dvd, lebih murah dan tidak gedabak. kemudian orang boleh muatturun dari internet saja. Sekarang langsung tiada duit spend untuk beli dvd. cuma beli potable disk untuk save movie yang beratus-ratus download dari internet.
dulu saya simpan manuskrip yang saya tulis dalam disket. berkotak2 disket. lepas itu save dalam cd yang lebih besar kapasiti. lepas itu ada pendrive yang lebih kecil dengan kapisiti yang lebih besar. orang dah tak kenal barangkali disket.
betul kata Puan, rasanya nanti penerbit buku konvensional lebih bersaing untuk menerbitkan buku secara digital, mungkin baca buku secara 3D seperti animasi pixar. saya membayangkan tiada lagi buku2 cetakan kertas. Malah kitab-kitab Arab juga akan dimuat turun ke digital sahaja.
era ledakan maklumat di hujung jari ini juga menjawab persoalan kenapa belajar PHD dulu perlukan hingga 4-5 tahun tetapi sekarang minimum 2 tahun saja.
saya rasa langkah PTS untuk bersedia menghadapi era e-book sungguh tepat.
Setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk membendung cetak rompak. Nasib penulis selalunya tidak terjamin dan sukar untuk diselamatkan apabila e-booknya dicetak rompak. Cetak rompak e-book boleh menggulingkan sebuah syarikat penerbitan dan menjatuhkan motivasi penulis.
Berbanding penulis (dan penerbit) buku fizikal yang lebih terjamin pendapatan / royaltinya (walapun ada sedikit sebanyak penipuan), penulis dan penerbit buku digital mungkin akan lebih ‘perit’ untuk kekal meraih pendapatan / royalti.
Ini kerana medium digital menyebabkan dua kemungkinan besar:
1. Cetak rompak.
2. Sebaran percuma.
Nasib ini sudah dialami produk video apabila ia beralih dari medium tape / cd / dvd kepada medium Internet. Hal sama akan dialami produk buku digital.
Jadi, apa nasib penulis buku kelak?
Ini hanya dapat diatasi jika inovator teknologi dapat mencipta mekanisme mengekang cetak rompak dan sebaran percuma produk digital.
Post a comment